omniture

Daerah Wenjiang Chengdu lakar kemajuan hebat dalam ekonomi, persekitaran

Publicity department of the Wenjiang committee
2019-12-07 04:09 339

CHENGDU, China, 7 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Daerah Wenjiang Chengdu, wilayah Sichuan Barat Daya China, dianugerahkan gelaran "bandar indah dan sesuai didiami" semasa Forum Bandar Bahagia China 2019 yang diadakan di Guangzhou pada 25 November lalu.

The urban landscape of Wenjiang district in Chengdu has experienced rapid development in recent years.
The urban landscape of Wenjiang district in Chengdu has experienced rapid development in recent years.

Wenjiang, meliputi kawasan seluas 277 kilometer persegi, ialah tapak Kerajaan Yufu purba lebih 4,000 tahun yang lalu.

Wenjiang menyepadukan sains perubatan, ubat-ubatan dan rawatan perubatan bagi mewujudkan industri penjagaan kesihatan semua-dalam-satu. Ia telah memperkenalkan beberapa dasar perindustrian yang utama di negara ini bagi membina kawasan reformasi kolaboratif Zon Perdagangan Bebas Rintis (Sichuan) China.

Pada masa kini, daerah Wenjiang telah menghimpunkan lebih 300 perusahaan bioperubatan dan institusi penyelidikan perubatan yang terkemuka seperti WuXi AppTech dan Sichuan Kelun Pharmaceutical. Penanggung insurans seperti China Life dan Taikang juga telah melabur di daerah berkenaan.

Wenjiang mempunyai persekitaran yang selesa dan sesuai didiami dengan sistem pengangkutan yang komprehensif meliputi seluruh kawasannya.

Wenjiang mempunyai beberapa buah sekolah cemerlang, tiga daripadanya disenaraikan sebagai 100 terbaik di negara ini. Ia mempunyai lima buah hospital besar gred-3A. Tujuh buah institusi perubatan khas sedang dibina. Tahun ini, daerah ini membangunkan projek-projek baharu bagi meningkatkan penggunaan.

Dengan sumber ekologi luar biasanya, Wenjiang ialah sebuah bandar taman antarabangsa yang terkenal, iaitu sebuah tempat yang disifatkan mesra alam oleh kerajaan Cina. Ia merupakan kawasan demonstrasi pembinaan tamadun ekologi kebangsaan dengan kadar penghijauan bandar sebanyak 47 peratus.

Jalur hijaunya bermula dari selatan ke utara daerah ini, menghubungkan 133 kilometer persegi bunga dan pokok serta lebih 2,000 linpan hutan.

Bahagian selatan daerah ini dibangunkan menjadi kawasan mesra ekologi moden seluas 110 kilometer persegi, yang mempunyai air dan tumbuhan hijau. Ia dianggap kawasan yang sesuai didiami. Bahagian utara pula merupakan taman ekologi berkeluasan 167 kilometer persegi dipenuhi kevitalan.

"Saya berpuas hati dengan persekitaran di sini kerana taman serta sungainya bagus. Saya suka berlari di tepi sungai," kata Francisco Rubio Morales, seorang ekspatriat Sepanyol yang telah bekerja di China selama lapan tahun.

"Persekitarannya berciri moden dan setiap hari anda boleh melihat peningkatan dalam perkhidmatan serta kawasan komersial baharu."

"Dengan cara lain, transformasi Wenjiang menjadi sebuah kawasan moden adalah amat istimewa buat saya. Peluang melihat banyak keluarga muda dan golongan muda menggiatkan semula Wenjiang baharu adalah mengujakan dan memberi saya keyakinan untuk masa depan."

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191205/2662086-1?lang=0

Source: Publicity department of the Wenjiang committee
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Banking/Financial Service Travel Awards