omniture

Neusoft Medical pamer inovasi baharu di RSNA 2019

Neusoft Medical
2019-12-09 08:40 391

CHICAGO, 9 Disember 2019 /PRNewswire/ -- RSNA 2019 melambangkan tahun ke-20 Neusoft Medical sebagai pempamer. Penyelesaian pengimejan diagnostik Neusoft Medical memberi nilai maksimum bagi membolehkan penyedia penjagaan kesihatan untuk menyediakan penjagaan yang lebih baik kepada pesakit mereka. Neusoft Medical terus meneroka inovasi baharu bagi memenuhi cabaran radiologi pada masa kini dan masa depan. Produk-produk baharu yang diperkenalkan di RSNA 2019 membawa Neusoft "Melangkaui Pengimejan" ("Beyond Imaging").

Neusoft Medical pamer inovasi baharu di RSNA 2019
Neusoft Medical pamer inovasi baharu di RSNA 2019

Neusoft Medical Systems dengan sukacitanya memperkenalkan NeuViz Epoch*, pengimbas CT 512-hirisan, menggabungkan teknologi Kecerdasan Buatan ("AI") yang rintis. Algoritma "AI" khusus organ mengenal pasti anatomi untuk pengimbasan yang jitu. Dengan "AI", pemeriksaan dioptimumkan berdasarkan anatomi pesakit yang khusus. Menggabungkan teknologi "AI" dengan perisian Rekonstruksi Berlelaran ("IR") dan imbasan 60kV dapat mengurangkan lagi dos pesakit. Keputusannya ialah hasil klinikal yang konsisten. Pengesan 16cm yang baru direka meliputi seluruh jantung, meminimumkan keperluan untuk mengalihkan meja. Pengimbasan jantung dengan hanya satu-degupan, menggunakan putaran 0.259s ultra pantas dengan resolusi temporal 25ms. Pemeriksaan perfusi otak dan tubuh turut meliputi seluruh anatomi – memastikan liputan yang lengkap, teknologi togol meja membolehkan liputan dibuat untuk pemeriksaan yang paling mencabar.

Nilai diperkasa oleh AIM, NeuMR 1.5T* memberikan pengimejan yang tangkas dan hebat. Aliran kerja berasaskan AIM untuk pengendalian mudah dan pengimejan yang pantas. BrainQuant untuk berbilang kontrak 3D dan pengimejan kuantitatif seluruh otak. Gegelung gradien ARM untuk kualiti imej yang konsisten.

NeuAngio 30C* ialah angiografi kurang-rel, lekap-siling yang pertama di dunia dengan 7 paksi unik, reka bentuk robotik memberikan lebih ruang dan kefleksibelan, mencapai liputan pesakit 2.3m dan pengimejan 2k waktu sebenar. NeuAngio 30C mencapai kualiti imej yang lebih baik dengan dos sinaran-x yang sedikit.

PET/CT* NeuWise memberikan Pengimejan Pintar dengan pengimejan panorama 360. Nafas Pintar memperoleh maklumat interaktif secara automatik, mengoptimumkan proses pengumpulan dan membetulkan artifak gerakan pernafasan. QC Pintar tanpa sumber radioaktif, tanpa radiasi dan pengoptimuman pintar. PET/CT NeuWise memberikan penjagaan pesakit yang lebih baik.

MDaaS* memberi tumpuan pada AI, awan perubatan dan penyelesaian klinikal yang menawarkan penyelesaian pengimejan perubatan yang komprehensif.

Neusoft Medical ialah penyedia diagnosis klinikal dan penyelesaian rawatan bertaraf global. Ibu pejabat kami terletak di China dengan subsidiari-subsidiari berada di Amerika Syarikat, Dubai, Peru, Rusia, Brazil, Kenya, Vietnam dan Jerman. Neusoft Medical Systems berdedikasi untuk menjadi penginovasi nilai yang cemerlang bagi perkhidmatan penjagaan kesihatan global. Melalui inovasi dan operasi yang cemerlang, Neusoft Medical Systems memajukan produk-produk penjagaan kesihatan merentas pelbagai penyelesaian dan perkhidmatan perubatan bagi meningkatkan penjagaan kesihatan global buat semua.

*tidak tersedia di AS

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191204/2659835-1?lang=0

Source: Neusoft Medical
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Trade show news