omniture

Skymind dan HUAWEI CLOUD Tandatangani MoU Bangunkan Ekosistem AI di Asia Tenggara

HUAWEI CLOUD
2019-12-09 09:10 200

KUALA LUMPUR, Malaysia, 9 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Skymind AI Berhad, cabang Skymind Asia Tenggara dan syarikat ICT terkemuka global Huawei Technologies (M) Sdn Bhd menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) bagi membangunkan Hab Inovasi Awan dan Kecerdasan Buatan (AI) bagi memupuk inovasi dan pembangunan bakat di ASEAN, yang bakal bermula dengan Malaysia dan Indonesia. 

MoU berkenaan ditandatangani oleh Shawn Tan, Ketua Pegawai Eksekutif, Skymind AI Limited dan Lim Chee Siong, Naib Presiden Huawei Cloud Wilayah Pasifik Selatan. Perjanjian berkenaan bakal menyaksikan satu kolaborasi antara kedua-dua syarikat bagi membangunkan ekosistem AI yang mantap termasuk pembangunan infrastruktur dan bakat di wilayah berkenaan, selain meningkatkan pembangunan ekonomi digital tempatan. Skymind dan HUAWEI CLOUD akan turut membangunkan program-program latihan AI bagi menggalakkan kumpulan bakat tempatan dengan meningkatkan keupayaan ICT.

Mengulas tentang perkongsian berkenaan, Shawn berkata, "Kami teruja untuk menjalin perkongsian rintis bersama Skymind dan Huawei ini. Gabungan kepakaran dan keupayaan teknikal kedua-dua syarikat akan menyediakan asas kukuh bagi meletakkan kedudukan Asia Tenggara sebagai hab inovasi AI. Ini juga merupakan detik yang mengujakan buat Skymind tatkala kami meneruskan rancangan peluasan antarabangsa kami. Kami sedang membangunkan tapak yang kukuh di wilayah berkenaan dan perjanjian ini merupakan langkah yang penting buat kami tatkala kami terus mengukuhkan kedudukan kami di Asia."

Sebagai sebahagian daripada pengaturan berkenaan, kedua-dua syarikat akan menubuhkan kumpulan kerja bersama bagi membangunkan inovasi bandar pintar dengan menyediakan kepakaran strategik dan teknikal. Kolaborasi ini akan bermula di Indonesia dan tiga buah negeri di Malaysia iaitu Pulau Pinang, Kedah dan Johor.

Lim Chee Siong, Naib Presiden Huawei Cloud Wilayah Pasifik Selatan berkata, "HUAWEI CLOUD menyediakan platform pengkomputeran yang hebat dan platform pembangunan yang mudah digunakan untuk menyokong strategi AI tindanan-penuh, senario-penuh Huawei. Melalui perkongsian ini, kami membayangkan Huawei Cloud dan AI sebagai pendorong platform dalam memupuk ekosistem Pembangun AI setempat dan menggalakkan kolaborasi bersama pembangun, rakan kongsi, universiti dan institusi penyelidikan, dengan matlamat utama untuk menjadikan AI lebih inklusif. Di samping itu, Huawei Cloud dan AI, digandingkan dengan teknologi 5G, akan mendayakan masa depan pengkomputeran dan kecerdasan merata bagi membawakan pengalaman digital yang terbaik dalam bidang digital yang semakin berkembang ini menjelang ketidakterhindaran gelombang digital hari ini bagi merealisasikan Malaysia Digital."

Latar Belakang Skymind AI Berhad 

Skymind ialah sebuah syarikat AI perusahaan yang menawarkan platform pembelajaran-mesin teras-terbuka, sokongan dan latihan komersial untuk melaksanakan penyelesaian AI yang canggih. Beribu pejabat di San Francisco, Skymind menawarkan perkhidmatan kepada berpuluh-puluh syarikat Fortune 500 yang menggunakan perisiannya untuk menukarkan tindanan data rayanya kepada tindanan AI. Eclipse Deeplearning4j Skymind ialah rangka kerja AI yang paling banyak digunakan untuk Java dan Scala serta bertindak sebagai penghubung antara komuniti sains data Python dan alatan data raya seperti Spark dan Kafka.

Latar Belakang HUAWEI CLOUD 

HUAWEI CLOUD ialah jenama perkhidmatan awan utama Huawei. Ia menghimpunkan kepakaran Huawei selama lebih 30 tahun dalam produk dan penyelesaian infrastruktur ICT dalam satu pakej agar pelanggan dapat membina apa yang diperlukan oleh mereka pada profil mereka dengan kemudahan seakan-akan blok binaan. HUAWEI CLOUD komited untuk menyediakan perkhidmatan awan yang stabil, selamat, andal dan mampan bagi membantu semua saiz organisasi berkembang dalam dunia pintar. Bagi melengkapi tawarannya yang telahpun hebat, HUAWEI CLOUD meneruskan visi AI inklusif dengan keupayaan AI yang berpatutan, berkesan dan andal buat semua.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Huawei Cloud secara dalam talian di: https://intl.huaweicloud.com/en-us/ 

Source: HUAWEI CLOUD
Keywords: Internet Technology Telecommunications Contracts Licensing/marketing agreements