omniture

SUEZ menang dua kontrak dalam pengurusan mampan sumber air di Asia Tenggara

SUEZ
2019-12-09 10:51 377

HONG KONG, 9 Disember 2019 /PRNewswire/ -- SUEZ telah menandatangani satu kontrak di Singapura dan satu di Malaysia dengan jumlah nilai mencecah EUR10.8 juta. PUB, Agensi Air Kebangsaan Singapura, memilih SUEZ untuk meluaskan dan mengekalkan sistem untuk pemantauan dan pengoptimuman pada waktu sebenar operasi takungan dan tadahan sepanjang tempoh empat tahun. Hal ini sejajar dengan Hala Tuju PUB Pintar yang menyasarkan untuk memenuhi keperluan air masa depan dan pengoptimuman pengurusan sumber air Singapura melalui pendigitalan komprehensif. Kontrak kedua akan menyediakan air minuman kepada 400,000 orang penduduk di Negeri Terengganu, Malaysia.

SUEZ's AQUADVANCED(R) Urban Drainage is a real-time monitoring system that provides decision support to the PUB to optimise the operation of the catchment and measure water quality.
SUEZ's AQUADVANCED(R) Urban Drainage is a real-time monitoring system that provides decision support to the PUB to optimise the operation of the catchment and measure water quality.

Kontrak yang dianugerahkan di Singapura itu mengukuhkan kolaborasi antara PUB dan SUEZ yang bermula pada tahun 2015 untuk berkongsi pengetahuan dan bersama-sama membangunkan teknologi bagi melindungi sumber air dan menangani cabaran kekurangan air dan banjir di Singapura.

Berjaya digunakan sejak tahun 2016 untuk Marina Catchment, Saliran Bandar AQUADVANCED® SUEZ ialah satu penyelesaian digital inovatif yang kini dilanjutkan ke seluruh negara kota ini. Penyelesaian ini menyediakan kesedaran situasi waktu sebenar dalam Marina Catchment menggunakan maklumat cuaca dan data sensor medan dalam rangkaian. Dengan menganalisis data ini, penyelesaian ini dapat menjangkakan tahap dan aliran dalam rangkaian dan memberi sokongan keputusan kepada PUB. Penyelesaian ini membantu mengurangkan risiko banjir dan dapat mengurus sumber air dengan lebih baik.

Di Malaysia, SUEZ akan membekalkan dua UCD®[1] kilang pengeluaran air minuman bagi memenuhi permintaan penggunaan yang semakin meningkat daripada penduduk di Negeri Terengganu di bahagian timur Semenanjung. Kilang ini akan dibangunkan pada pertengahan tahun 2020 dan akan mengeluarkan 64,000 m3/hari air minuman untuk dibekalkan kepada 400,000 orang penduduk.

Kedua-dua kontrak ini mengukuhkan kehadiran Kumpulan berkenaan di Asia Tenggara yang mana ia telah menyokong pihak-pihak berkuasa tempatan sejak tahun 1953 bagi meningkatkan perkhidmatan pengurusan air minuman, sanitasi dan pengurusan sisa untuk populasi yang berkembang pesat. Sejak tahun 2015, Kumpulan ini telah menyokong PUB dalam projek air pintar, penyahgaraman dan teknologi rawatan air buangan cekap tenaga dengan sokongan daripada EDB. Selain itu, SUEZ telah memilih Singapura sebagai hab perniagaannya di Asia Tenggara, memanfaatkan Pusat Inovasi dan Pusat Teknologi Air yang terdiri daripada sekitar 50 orang saintis penyelidikan dan jurutera yang menyokong pembangunan projek di rantau ini melalui inovasi.

Steve Clark, Ketua Pegawai Eksekutif SUEZ Asia, berkata: "Sebagai peneraju dunia bagi pengurusan sumber yang pintar dan mampan, SUEZ telah memimpin transformasi digital di lima benua bagi membantu membina bandar-bandar yang pintar dan bijak. Di peringkat global, inovasi digital kami, didorong oleh misi untuk menjalankan ekonomi mampan dan pusingan, telah mendapat manfaat dalam pengurangan risiko perindustrian, pengurangan kos operasi, kemampanan kewangan, prestasi aset jangka panjang dan peningkatan pengalaman pengguna akhir."

 [1] Unit rawatan air UCD® bersifat modular dan fleksibel, ia boleh dihantar dan dipasang dengan cepat. Ia menggunakan proses rawatan berprestasi tinggi untuk menyediakan sumber air amat andal yang memenuhi piawaian kualiti Eropah.

SUEZ

Dengan 90,000 kakitangan di lima benua, SUEZ ialah peneraju dunia bagi pengurusan sumber yang pintar dan mampan. Kami menyediakan penyelesaian pengurusan air dan sisa yang membolehkan bandar-bandar serta industri-industri mengoptimumkan pengurusan sumber mereka dan mengukuhkan prestasi alam sekitar dan ekonomi mereka, sejajar dengan piawaian pengawalseliaan. Dengan potensi penuh teknologi digital dan penyelesaian inovatif, Kumpulan ini merawat lebih 45 juta tan sisa setahun, menghasilkan 4.4 juta tan bahan mentah sekunder dan 7.7 TWj tenaga boleh diperbaharui tempatan. Ia turut memperoleh sumber air, menyediakan perkhidmatan rawatan air buangan kepada 66 juta orang dan menggunakan semula 1.1 bilion m3 air buangan. SUEZ menjana jumlah pendapatan sebanyak 17.3 bilion euro pada tahun 2018.

SUEZ di Asia

SUEZ telah berada selama lebih 60 tahun di Asia Tenggara dan 40 tahun di Rantau Besar China dalam pengurusan air dan sisa. Menerusi lebih 9,000 kakitangan dan lebih 70 projek air dan sisa bersama rakan-rakan kongsi tempatan, SUEZ membantu pihak-pihak berkuasa dan industri-industri untuk membangunkan penyelesaian yang inovatif bagi menangani perubahan iklim dan pengurusan sumber yang mampan. Kumpulan ini membina lebih 460 loji rawatan air dan air buangan di Asia, dengan lebih 32 juta orang mendapat manfaat daripada perkhidmatan air dan sisa kami. Ia mengendalikan kontrak air PPP pertama China di Macau dan konsesi air pertama Tanah Besar China di Chongqing. Ia juga merupakan peneraju bagi pengurusan sisa di Hong Kong dan membawakan kepakarannya dalam pengurusan perkhidmatan alam sekitar kepada 15 taman perindustrian di Tanah Besar China.

Ketahui lebih lanjut tentang SUEZ Asia di laman sesawang kami & media sosial: Twitter, LinkedIn, YouTube, Instagram

Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20191203/2657830-1?lang=0

Source: SUEZ
Related Links:
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Utilities Water Utilities