omniture

Kajian oleh Agoda menunjukkan pelancong mencari "alam semula jadi dan pemandangan" yang boleh didapati di Pulau Jeju -- destinasi hebat, meskipun pada musim sejuk

Agoda
2019-12-10 13:03 312

SEOUL, Korea Selatan, 10 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Menurut kajian baharu oleh Agoda, salah satu platform perjalanan digital yang paling pantas berkembang di dunia, alasan utama orang ramai mengembara ialah 'Alam Semula Jadi atau Pemandangan', 'Matahari, Pantai atau Pulau' dan 'Makanan & Menjamu Selera'. Pulau Jeju, di Korea, menawarkan semua ini -- maka tidak hairanlah ia sangat popular. Sememangnya, dengan gunung ganang, pantai serta gaya hidup yang santai, Jeju disukai oleh pelancong domestik mahupun antarabangsa. Ia merupakan destinasi Korea yang paling popular (selepas Seoul) untuk pelancong dari seluruh Asia Pasifik, sebagaimana yang didedahkan oleh data tempahan Agoda sepanjang dua tahun lalu.

Apa yang mungkin tidak diketahui oleh pelancong ialah Jeju merupakan destinasi sepanjang tahun. Semasa musim panas, semestinya pantai Jeju yang hebat menarik perhatian pelancong. Namun, pada musim sejuk, kelembapan menjadi lebih rendah, langit cerah dan udara lebih nyaman -- maka ia cukup sempurna untuk jenis kegiatan yang lain, khususnya mendaki di kawasan pergunungan. Selain itu, tanpa mengira jenis kegiatan yang dapat menggamit perhatian pelancong, atau sama ada mereka mencari hotel, pangsapuri, rumah atau vila, keindahan alam semula jadi Jeju boleh ditemui semasa menginap di penginapan yang ditawarkan Agoda.

Perjalanan pantai penuh misteri alam semula jadi, sebagaimana dipaparkan dalam drama TV Korea
Perjalanan pantai penuh misteri alam semula jadi, sebagaimana dipaparkan dalam drama TV Korea

Ayuh kita mulakan dengan pinggir pantai Jeju, yang menawarkan pelbagai persekitaran alam semula jadi yang luar biasa. Jusangjeolli Cliff, salah satu destinasi pantai yang paling terkenal di pulau tersebut, boleh ditemui di kawasan Pelancong Jungmun timur. Di balai cerap yang berdekatan, pelancong boleh menikmati pemandangan luar biasa ombak yang menghempas tangga tiang batu yang besar. Seongsan Ilchulbong Peak, terkenal dengan matahari terbit yang indah, memberi sekilas pandang tebing tinggi pantai misteri yang berdekatan. Sama ada pelancong ingin mendaki ke puncak atau memilih untuk menikmati pemandangannya dari pantai berhampiran seperti Pantai Gwangchigi, ia patut dilihat. Seopjikoji, terkenal sebagai tempat lokasi TV untuk drama-drama Korea mempunyai denai berjalan kaki yang menawarkan pemandangan pantai yang mengagumkan, manakala Air Terjun Jeongbang menawarkan pemandangan unik air yang terjun terus ke dalam lautan.

Musim Sejuk Merah
Musim Sejuk Merah

Hallasan, gunung yang tertinggi di Korea Selatan, merupakan ciri menonjol landskap Jeju. Gunung berapi yang tidak aktif, puncaknya hampir 2,000 meter di atas aras laut. Ia amat selamat -- gunung berapi ini tidak pernah meletus selama 1,000 tahun -- namun demikian, banyak gua Jeju mengekalkan kesan laluan lava ini dan telah lama menimbulkan rasa ingin tahu dalam kalangan pelancong. Manjanggul Lava Tube, (7.4km panjang), mempunyai pelbagai formasi gua termasuk kolum gua yang terbesar di dunia. Hyeopjaegul Lava Tube dan Gua Ssangyonggul, terletak di Taman Hallim, ialah contoh hebat lava dan gua batu kapur.  

Pemandangan salji yang hebat di Gunung Hallasan

Gunung Hallasan turut menawan hati pelancong menerusi lanskap diliputi saljinya sepanjang bulan-bulan musim sejuk. Pelbagai denai pendakian mempunyai pelbagai vista yang diliputi salji, maka pelancong boleh membuat pilihan mereka sendiri. Laluan Seongpanak, yang membawa ke tasik kawah Baengnokdam yang indah, merupakan yang paling mencabar, tetapi turut menawarkan pemandangan diliputi salji yang terbaik untuk pendaki tahan lasak yang bersedia untuk membuat perjalanan pada musim sejuk. Bagi pemula, mereka boleh memilih laluan Yeongsil, yang merupakan denai paling dekat, atau laluan Eorimok, yang mempunyai cerun yang agak rendah. Pelancong boleh ke Hallasan dengan hanya menaiki bas. https://www.visitjeju.net/en/detail/view?contentsid=CONT_000000000500685#  

Sebuah pulau gunung berapi
Sebuah pulau gunung berapi

Musim sejuk di Jeju bukan sahaja berwarna putih -- ia turut bersinar kemerah-merahan. Biarpun dalam musim salji, Jeju dihiasi dengan bunga camellia yang mekar semasa musim sejuk. Pelancong dapat mengabadikan keindahannya dari banyak tempat. Salah satu tempat yang terbaik ialah Bukit Camellia yang sesuai benar dengan gelarannya, sebuah taman botani yang mempunyai 6,000 tumbuhan camellia daripada 500 spesies, termasuk camellia yang paling besar di dunia. Atau, kunjungilah Sinheung-ri Camellia Town, dipenuhi dengan haruman camellia dan Seonheul-ri's Gotjawal, hutan dara unik di kawasan lava.

Dengan penerbangan sambungan harian dari seluruh Korea dan penerbangan terus dari pasaran asal termasuk Tanah Besar China, Taiwan, Hong Kong, Jepun, Malaysia dan Thailand, Pulau Jeju hanya menanti untuk diterokai.

Latar Belakang Agoda

Agoda ialah salah satu platform tempahan perjalanan dalam talian yang paling pantas berkembang di dunia. Bermula sebagai sebuah syarikat baharu e-dagang yang berpangkalan di Singapura pada tahun 2005, Agoda telah berkembang untuk menawarkan jaringan global dengan lebih 2.5 juta hartanah di lebih 200 buah negara dan wilayah di seluruh dunia, lantas menyediakan pelancong akses mudah kepada pilihan luas hotel mewah dan hotel kelas ekonomi, pangsapuri, rumah dan juga vila bagi memenuhi semua belanjawan dan peristiwa perjalanan.

Beribu pejabat di Singapura, Agoda merupakan sebahagian daripada Booking Holdings (Nasdaq: BKNG) dan mempunyai lebih daripada 5,000 kakitangan di lebih 30 buah negara. Agoda.com dan aplikasi mudah alih Agoda disediakan dalam 38 bahasa.

Ketahui lebih lanjut tentang Jeju:

Maklumat pelancongan boleh didapati di visitjeju.net/en
Semua imej dikaitkan dengan Visit Jeju

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191205/2662255-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191205/2662255-1-c?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191205/2662255-1-b?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190925/2590363-1LOGO?lang=0

Source: Agoda
Related Stocks:
NASDAQ:BKNG
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Travel Survey, Polls & Research