omniture

Kompleks perniagaan antarabangsa Forest City Feathers of the Sea menang Asian Townscape Jury's Award 2019 buat julung kali

Forest City Malaysia
2019-12-10 20:04 463

Penerimaan anugerah perlihatkan pengiktirafan antarabangsa terhadap konsep pembangunan hijau dan lestari Forest City

JOHOR BAHRU, Malaysia, 9 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Pada 29 November 2019, upacara untuk Asian Townscape Awards 2019 dan Ulang Tahun Kesepuluh Anugerah berkenaan telahpun diadakan di Kyushu University di Fukuoka, Jepun. Hampir 300 pegawai-pegawai kerajaan, eksekutif-eksekutif perniagaan dan wakil-wakil daripada institusi-institusi akademik di seluruh Asia menghadiri upacara persidangan dan sambutan peringkat antarabangsa ini. Bertema Landskap Bandar Bingkas Yang Beradaptasi terhadap Perubahan Iklim, upacara berkenaan memberi tumpuan pada penambahbaikan dan peningkatan berterusan lingkungan kehidupan di negara-negara Asia dalam proses pembandaran. Khususnya, Forest City, sebuah projek bandar pintar yang dibangunkan oleh Country Garden Holdings Company Limited ("Country Garden," 2007.HK), memenangi Asian Townscape Jury's Award 2019 untuk kompleks perniagaan antarabangsanya Feathers of the Sea, termasuk reka bentuk pembinaan hijau dan mesra alam, konsep reka bentuk dan perancangan pembangunan lestari, perancangan yang menyeluruh untuk bandar-bandar pintar serta langkah-langkah komprehensif untuk melindungi persekitaran ekologi. Feathers of the Sea merupakan satu-satunya kompleks yang menerima anugerah ini pada tahun ini. Ia juga merupakan kali pertama Country Garden Forest City mengambil bahagian dalam acara berkenaan dan memenangi anugerah peringkat antarabangsa. Selain itu, kompleks berkenaan turut meraih Anugerah Reka Bentuk Inovatif daripada Asian Townscape Design Award oleh Asia Townscape Design Society.

Kiri: Anugerah Rekaan Inovatif Asian Townscape Design Award, Kanan: Asian Townscape Jury's Award
Kiri: Anugerah Rekaan Inovatif Asian Townscape Design Award, Kanan: Asian Townscape Jury's Award

Dalam ucapan dasar beliau yang bertajuk Bandar Pintar dan Inklusif, pengarah Pejabat Serantau Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-Habitat) untuk Asia dan Pasifik Atsushi Koresawa menyebutkan bahawa revolusi teknologi mengubah cara orang ramai berhubung, menjalankan perniagaan, menyediakan perkhidmatan dan menetap di bandar-bandar. Kemajuan teknologi menyediakan banyak peluang untuk pemimpin bandar menangani cabaran bandar, membantu mereka membuat keputusan yang bermaklumat secara berkesan. "Bandar Pintar" bukan lagi sekadar satu konsep. Menurut juri Asian Townscape Award, Forest City ialah sebuah projek kolaboratif antarabangsa yang diwujudkan untuk menggalakkan pembangunan selatan Malaysia, manakala kompleks perniagaan antarabangsanya Feathers of the Sea bukan sahaja menunjukkan cara pemikiran yang unik apabila melibatkan reka bentuk seni bina, tetapi turut menambah baik persekitaran ekologi yang mudah terjejas di kawasan pantai melalui pembinaan taman tanah lembap serta pembangunan pelan pemulihan rumput laut. Kompleks berkenaan membantu melindungi kepelbagaian bio dari segi aspek-aspek alam sekitar dan sosial serta menetapkan contoh yang baik untuk pembinaan bangunan masa depan di negara-negara lain.

Timbalan pengurus besar bahagian luar negara di Country Garden Wang Jiying berkata dalam ucapan beliau bahawa cara yang terbaik untuk memikirkan tentang penggunaan daratan yang berkesan dan perancangan untuk pembangunan lestari dalam jangka masa lebih panjang dengan menerima teknologi secara prospektif merupakan satu topik yang wajar dipertimbangkan. Berdasarkan prinsip pembangunan lestari dan bingkas, Forest City telah mengambil pendekatan yang inovatif untuk meneroka topik berkenaan dengan memastikan agar sudut pandangan yang bertanggungjawab dari segi alam sekitar dirangkumkan dalam segenap aspek. Penerimaan anugerah tersebut memperlihatkan pengiktirafan penting terhadap konsep pembangunan hijau dan lestari daripada Forest City.

Asian Townscape Award bersama-sama dilancarkan oleh Pejabat Serantau UN-HABITAT untuk Asia dan Pasifik, Asian Habitat Society, Fukuoka Asian Urban Research Center dan Asia Townscape Design Society pada tahun 2010. Anugerah tahunan tersebut bertujuan untuk memberi penghormatan kepada projek-projek dan aktiviti-aktiviti yang memberi sumbangan penting kepada pembinaan wajah bandar yang lestari.

Foto berkumpulan pemenang Asia Townscape Award 2019
Foto berkumpulan pemenang Asia Townscape Award 2019

Semua projek memenangi anugerah telah dipilih terlebih dahulu melalui pemeriksaan awal dan kemudiannya disemak oleh institusi-institusi yang berkaitan di negara ia berada dan seterusnya dihantar untuk semakan akhir dan pemilihan. Dalam tempoh 10 tahun sejak anugerah tersebut ditawarkan, 107 projek dari China, India, Indonesia, Jepun, Myanmar, Nepal, Singapura, Korea Selatan, Thailand dan Vietnam telah memenangi Asia Townscape Award, manakala 16 projek dari 11 buah negara, antaranya Afghanistan, Bangladesh, China, India, Jepun, Malaysia, Sri Lanka, Pakistan, Filipina, Korea Selatan dan Vietnam, menerima Asian Townscape Jury's Award.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191205/2662076-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191205/2662076-1-b?lang=0

Source: Forest City Malaysia
Related Stocks:
HongKong:2007 OTC:CTRYY
Keywords: Commercial Real Estate Construction/Building Real Estate Awards