SEOUL, Korea Selatan, 12 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Eye Level, peneraju global dalam industri pendidikan, berjaya mengadakan upacarauntuk anugerah Kesusasteraan Eye Level 2019 pada 7 Disember 2019 di Dewan Eye Level, Ibu Pejabat Daekyo Korea.
Sepanjang dua dekad yang lalu, Anugerah Kesusasteraan Eye Level (ELLA) telah mengiktiraf daya kreativiti dan kecemerlangan dalam penulisan. Pada tahun ini, lebih daripada 15,000 peserta dari 10 buah negara termasuk Korea, AS, China (Hong Kong), Malaysia, Indonesia, Singapura, India, Filipina, Thailand dan Myanmar menyertai acara tersebut. Untuk divisyen global, lebih daripada 5,100 orang pelajar berumur antara 4-9 tahun mendaftar dan menyertai pertandingan tersebut bagi menghasilkan lukisan tentang topik tertentu, berserta keterangan gambar dengan 50 patah perkataan untuk menjelaskannya. Tahun ini, kumpulan kanak-kanak yang lebih muda mengilustrasikan pemikiran mereka tentang "My Hobby" ("Hobi Saya") manakala kumpulan yang lebih berusia mendapat topik "If I Could Change One Thing in the World" ("Jika Saya Dapat Mengubah Satu Perkara di Dunia").
Seramai enam orang pemenang dipilih daripada kategori global, tiga daripada setiap kumpulan umur dijemput ke Korea untuk menyertai upacara penyampaian anugerah global bersama ibu bapa/penjaga. Pemenang-pemenangnya, Lim Shi Zhan (Malaysia), Zhao Zixi (Hong Kong), Karl Theodore (Indonesia), Brielle Michaella T. Mac (Filipina), Gia Giridhar (AS), Mithil Sai S. (India), dianugerahkan perjalanan percuma ke Seoul, termasuk perjalanan 3-hari ke sekitar ibu negara Korea Selatan.
Selepas berlangsungnya upacara tersebut, Eye Level akan menderma $1 dengan setiap pendaftaran untuk Anugerah Kesusasteraan Eye Level kepada Save the Children Fund, sebuah pertubuhan antarabangsa yang dikhususkan untuk meningkatkan kehidupan kanak-kanak melalui pendidikan, rawatan kesihatan dan peluang ekonomi yang lebih baik, selain menyediakan bantuan kecemasan semasa bencana alam, peperangan dan konflik lain. Usaha kebajikan ini diselaraskan oleh World Youth & Culture Foundation dan juga Daekyo Culture Foundation.
Latar Belakang Eye Level
Setakat tahun 2019, lebih daripada 2 juta orang kanak-kanak dari 20 buah negara seluruh dunia telah menjalani program Eye Level.
Falsafah program kami bermula dengan memahami tahap akademik, minat peribadi dan kebolehan pembelajaran setiap kanak-kanak. Dengan kurikulum yang sistematik, Eye Level membantu pelajar-palajar menguasai setiap konsep pembelajaran lebih efektif melalui bimbingan secara bersemula. Di Eye Level, kami memupuk pelajar-pelajar menjadi Penyelesai Masalah, Pemikir Kristis, Pelajar arahan-sendiri (self-directed learner) ; memantapkan diri mereka untuk mencapai kejayaan di sekolah dan masa depan.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191210/2665997-1?lang=0