omniture

China Mobile International Menang "Pengendali Borong Asia Terbaik" di Anugerah Kecemerlangan Telecom Review 2019

China Mobile International Limited (CMI)
2019-12-13 14:00 88

HONG KONG, 13 Disember 2019 /PRNewswire/ -- China Mobile International (CMI) menerima pengiktirafan sebagai "Pengendali Borong Asia Terbaik" di Anugerah Kecemerlangan Telecom Review yang berprestij tahun ini di Dubai, UAE.

Penganugerahan hari ini mengiktiraf pelaburan dan inovasi berterusan CMI dalam meluaskan sumber rangkaiannya untuk memberi pelanggan kapasiti rangkaian yang besar, menghubungkan Asia, wilayah Jalur dan Jalan (B&R) serta seluruh pelosok dunia. CMI berkembang untuk menampung keperluan pelanggannya tatkala ia berkembang dan membangun dalam era transformasi digital ini. Dengan komitmen CMI untuk melayani pelanggan dengan lebih baik, ia telah menyepadukan perkhidmatan pembawa borong di bawah iConnect. Ia memperoleh momentum pertumbuhan yang mantap dan kukuh dari segi pemerolehan pelanggan, pendapatan dan bahagian pasaran pada tahun lalu.

"Kami teruja untuk menerima gelaran berprestij ini sebagai 'Pengendali Borong Asia Terbaik'. Ini merupakan pencapaian baharu untuk CMI dan berfungsi sebagai bukti dedikasi syarikat kami terhadap inovasi dan kecemerlangan perkhidmatan," kata Andrew Niu, Ketua Pegawai Perkongsian di China Mobile International. "Untuk membantu membina ekosistem yang membolehkan perkhidmatan seperti 5G dan IoT untuk berkembang maju ke seluruh dunia, CMI melancarkan inisiatif 5Gnya pada bulan Jun sebagai sebahagian daripada program Hand-in-Hand. Kami berharap untuk memanfaatkan peluang untuk era 5G yang meliputi perniagaannya sendiri dan juga rakan-rakan kongsi dalam seluruh industri serta pelanggan mereka."

Dibangunkan melalui rangkaian global yang luas dan andal, CMI menawarkan pelanggan dengan sambungan berkependaman rendah selain liputan dan kapasiti yang luas. Sebagai penyedia borong yang dipercayai dan bereputasi untuk sambungan antarabangsa, CMI telah menyesuaikan dan mengoptimumkan perkhidmatannya bagi menampung keperluan pembawa. CMI berusaha untuk meningkatkan penyelesaian borong dan khidmat pelanggannya bagi membawa lebih nilai kepada rakan-rakan kongsi pembawa global di bawah iConnect.

Pemenang-pemenang Anugerah Kecemerlangan Telecom Review dipilih oleh panel penilaian yang terdiri daripada 15 pakar industri. Telecom Review memberi penghormatan kepada jenama-jenama ICT terkemuka di upacara penyampaian anugerahnya yang diadakan pada 10 Disember 2019.

Latar Belakang CMI

China Mobile International Limited (CMI) ialah subsidiari milik penuh China Mobile yang bertanggungjawab terutamanya untuk operasi perniagaan antarabangsa China Mobile. Bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih baik bagi memenuhi tuntutan yang semakin berkembang dalam pasaran telekomunikasi antarabangsa, China Mobile menubuhkan sebuah subsidiari, CMI, pada Disember 2010. Memanfaatkan sokongan padu oleh China Mobile, CMI ialah rakan kongsi dipercayai yang menyediakan perkhidmatan dan penyelesaian telekomunikasi antarabangsa yang komprehensif kepada perusahaan antarabangsa, syarikat telekomunikasi dan pengguna mudah alih.

Beribu pejabat di Hong Kong, CMI telah meluaskan jejak di 22 buah negara dan wilayah. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.cmi.chinamobile.com.

Latar Belakang iConnect

China Mobile ialah salah satu pengendali telekomunikasi global yang terbesar dari segi skala rangkaian dan kumpulan pelanggan. Memanfaatkan rangkaian global China Mobile, China Mobile International (CMI) menyediakan spektrum luas perkhidmatan telekomunikasi antarabangsa, dengan lebih 940 juta pelanggan mudah alih di seluruh dunia. CMI terus mengukuhkan suit keupayaaan untuk semua jenis penyelesaian pembawa dan komited untuk membawa perkhidmatan pembawanya ke tahap seterusnya dengan menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan mudah kepada rakan-rakan kongsi seluruh dunia. CMI ialah rakan kongsi dipercayai sehenti untuk perkhidmatan pembawa, penyelesaian pembawanya iConnect terdiri daripada iConnect Voice, iConnect SMS, iConnect Mobile, iConnect Data dan iConnect Pro.

Source: China Mobile International Limited (CMI)
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Awards