omniture

Ucommune Menang Anugerah Amalan Pengurusan Ram Charan Harvard Business Review Berprestij

Ucommune
2019-12-14 04:58 403

SANYA, China, 14 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Dr. Daqing Mao, pengasas dan pengerusi Ucommune, dianugerahkan dengan penghormatan tertinggi bagi amalan pengurusan Cina selepas menerima Anugerah Kecemerlangan serta Anugerah Amalan Inovasi Individu dan Keusahawanan di Anugerah Amalan Pengurusan Ram Charan 2019 ("Anugerah"). Pemenang-pemenang tahun ini diumumkan dalam sebuah majlis yang dianjurkan oleh Harvard Business Review China (HBR China) pada 9 Disember di Rosewood Sanya Resort di Sanya, Hainan.

Tapak Ucommune di Qianmen Beijing China.
Tapak Ucommune di Qianmen Beijing China.

Dilancarkan pada tahun 2017, Anugerah berkenaan bersama-sama disampaikan oleh edisi HBR China dan perunding pengurusan Ram Charan. Mereka mengiktiraf syarikat-syarikat dan pemimpin-pemimpin Cina yang inovatif dan dapat menjadi contoh serta bertujuan untuk memperlihatkan model-model pengurusan yang berkesan dan membina platform pembelajaran untuk amalan terbaik. Dekan-dekan sekolah perniagaan dan pakar-pakar pengurusan strategik daripada CEIBS, Peking University, Tsinghua University dan Kongres Rakyat dijemput untuk menilai lebih seratus kesa berdasarkan lima penunjuk: kepimpinan industri, keberkesanan pengurusan perniagaan, kemampanan operasi, amalan perniagaan contoh dan kepimpinan. Berikutan beberapa pusingan penilaian, Ucommune menonjol untuk amalan rintisnya dan juga kepimpinan berwawasan.

"Anugerah Ram Charan amat disegani di seluruh dunia dan saya berbesar hati untuk menerima anugerah berprestij ini bagi pihak Ucommune," kata Dr. Mao. "Anugerah ini merupakan bukti pendekatan rintis Ucommune terhadap kepimpinan, pengurusan serta operasi dan kami akan terus menginovasi dan juga membantu lebih ramai usahawan merealisasikan visi mereka."

Di luar ruang fizikal, Ucommune menyokong inovasi yang berterusan dan penyepaduan amalan perniagaan tradisional dan kontemporari. Baru-baru ini, Ucommune mewujudkan ekosistem miliknya sendiri yang merangkumi lebih daripada 40 buah syarikat, dengan ruang kerja bersama sebagai terasnya. Di samping menyediakan perkhidmatan perniagaan dan pembuatan hujung-ke-hujung, platform revolusioner Ucommune memupuk persekitaran yang ideal untuk mendorong daya kreativiti dan kolaborasi.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://www.ucommune.com/en/

Latar Belakang Ucommune 

Ucommune ialah pengendali komuniti kerja bersama China. Setakat 30 September 2019, Ucommune meliputi 42 buah bandar di Rantau Besar China selain Singapura dan Bandar Raya New York. Perkhidmatan ruang kerja bersama luar talian Ucommune termasuk model-model kendalian sendiri U Space co-working, U Studio dan U Design untuk ruang tersuai, serta model-model aset-ringan, U Brand dan U Partner. Dengan empat tahun penerokaan, Ucommune memupuk ekosistem kerja bersama pintar pada skala global, yang mana ahli-ahli kami dapat memanfaatkan rangkaian kami untuk menyerlahkan potensi mereka dan mencipta nilai maksimum secara kolektif.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191213/2670100-1?lang=0

Source: Ucommune
Keywords: Commercial Real Estate Construction/Building Real Estate Awards