omniture

Pioneer Tingkatkan Gaya Hidup Pemanduan Pintar dengan Penerima Unit Pintar Pertama dalam Pasaran

Perintis dalam kombinasi paparan mudah alih dan penerima pintar rintis menawarkan fungsi, kefleksibelan dan kemudahan komprehensif demi keperluan gaya hidup digital pemandu hari ini
Pioneer Electronics Asia Centre
2019-12-16 16:00 349

BANGKOK, SINGAPURA dan JAKARTA, Indonesia, 16 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Pioneer, peneraju bagi audio kereta selepas jualan, hari ini mengumumkan pelancaran Penerima Unit Pintar pertama dalam pasaran. Menggabungkan paparan mudah alih Android 8-inci diperakui Google dengan penerima pintar, ia merupakan yang pertama seumpamanya dan lebih daripada sekadar sistem hiburan dalam kereta, memainkan peranan penting dalam kehidupan pemandu pintar hari ini.

Penerima Unit Pintar Pioneer Baharu
Penerima Unit Pintar Pioneer Baharu

 

"Pemilik kereta hari ini adalah lebih daripada sekadar pemandu. Mereka merupakan individu-individu celik digital yang mengamalkan gaya hidup yang disepadukan dengan peranti mudah alih dan aplikasi mereka. Gelombang baharu pemandu pintar ini bukan sahaja menginginkan sistem yang mengiringi mereka dari titik A ke titik B, tetapi juga alatan dan penyelesaian diperibadikan yang dapat meningkatkan cara hidup mereka dan membantu mereka dengan tugasan harian," kata En. Ronald Lee, Pengurus Besar Bahagian Jualan dan Produk, Pioneer Electronics AsiaCentre. "Penerima Unit Pintar baharu kami merupakan yang pertama dalam pasaran yang menyediakan aplikasi maklumat hibur dalam kereta Pioneer Smart Sync (PSS) kami dengan kefleksibelan paparan mudah alih dan penerima pintar, lalu membolehkan pemilik kereta untuk mengamalkan gaya hidup yang benar-benar digital ke mana sahaja arah tuju mereka." 

TINGKATKAN PEMANDUAN PINTAR DENGAN FUNGSI SEMUA-DALAM-SATU

Penerima Unit Pintar memberikan lebih daripada sekadar hiburan dalam-kereta. Semasa memandu, pemandu boleh mendapat akses pantas kepada muzik kegemaran mereka menggunakan paparan sumber khas pada paparan untuk radio dan Bluetooth serta kawalan penerima pintar aplikasi PSS. Aplikasi ini ialah penyelesaian sehenti untuk memanfaatkan sepenuhnya paparan Android, stereo kereta dan navigasi, lalu memberikan pengalaman memandu yang baharu. Pemandu dapat menemui laluan yang baharu dan lebih pantas ke destinasi-destinasi mereka dengan GPS terbina dalam pada peranti, mengaktifkan pembantu suara atau membolehkan pembacaan pesanan teks yang belum dibaca. Mereka juga mendapat sokongan keselamatan dengan kebolehan untuk menghubungkan sistem dengan kamera pandang belakang sedia ada dan sensor letak kereta Pioneer melalui penerima pintar. Semua ciri ini dijadikan lebih mudah diakses dengan skrin IPS pada paparan mudah alih, yang menawarkan kejelasan yang terang dan permukaan licin yang luas untuk mengetik kawalan dan aplikasi popular hanya dengan beberapa leretan. Penumpang juga boleh menstrim video semasa bergerak melalui aplikasi seperti YouTube dan Netflix.

MEMPERKASA GAYA HIDUP BENAR-BENAR DIGITAL DI ATAS DAN DI LUAR JALAN RAYA

Penerima Unit Pintar memperkasa pemilik kereta untuk bekerja dan bermain pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja. Mereka berpeluang untuk merasai kefleksibelan luar biasa dengan sistem yang dapat membantu mereka mengamalkan gaya hidup digital pilihan mereka. Paparan Android membolehkan pemandu untuk memuat turun aplikasi daripada Google Play Store. Skrin utama juga amat mudah disesuaikan, lalu memberi mereka kebebasan untuk mengutamakan aplikasi atau fungsi yang paling banyak digunakan. Dengan keupayaan untuk memilih terlebih dahulu kedudukan endul, pemandu juga boleh melaraskan ketinggian paparan untuk keselesaan maksimum apabila menonton video dan mengendalikan peranti. Paparan tersebut juga boleh ditanggalkan daripada lekapan dengan hanya menekan butang, lalu meningkatkan kemudahan dan juga mobiliti. Pemandu boleh menggunakannya selain untuk kereta dan kekal terhubung dengan dunia digital – di atas dan di luar jalan raya.

"Pemandu berpeluang untuk merasai gaya hidup digital yang benar-benar lancar di dalam dan luar kereta. Sebagai contoh, mereka boleh membuat praset alamat rumah dan pejabat mereka dan mencari laluan terbaik ke destinasi mereka dalam masa yang singkat dengan menggunakan paparan untuk menavigasi. Apabila turun dari kereta, mereka boleh menanggalkan paparan dengan mudah dan membalas emel, mengikuti berita atau rancangan kegemaran mereka dan berhubung bersama insan tersayang melalui aplikasi pemesejan di mana-mana sahaja. Peralihan ini tidak menimbulkan gangguan," kata En. Lee.

KOS LEBIH RENDAH DENGAN LEBIH NILAI DARIPADA SISTEM TUNGGAL

Dengan pelbagai keupayaan dan kefleksibelan Penerima Unit Pintar, pemandu akan memperoleh lebih nilai hanya daripada satu penyelesaian sistem. Mereka berpeluang untuk mengurangkan keperluan dan kos perkakasan mereka dengan memenuhi pelbagai jenis keperluan - bermula dengan hiburan dan navigasi kepada produkviti dan ketersambungan - hanya daripada satu sistem penerima paparan mudah alih. Sistem ini turut direka bentuk dengan mengutamakan ciri keselamatan dan perlindungan. Paparannya dibangunkan untuk ketahanan dan kelanjutan hayat dalam persekitaran sebuah kereta. Lekapan yang selamat dan penutup paparan teguh menawarkan perlindungan yang lebih baik untuk pelaburan, mencegah kerosakan dan melanjutkan hayat penggunaan sistem berkenaan.

Produk baharu ini boleh didapati daripada pengedar sah Pioneer pada suku pertama 2020. Memandangkan ketersediaan produk sebenar berbeza mengikut negara, sila hubungi pejabat Pioneer tempatan anda untuk maklumat lanjut.

Imej-imej produk beresolusi tinggi boleh dimuat turun di sini: https://drive.google.com/drive/folders/1fkzmYPIx2DB2r_mMwj5kFhfxq0C1caOa?usp=sharing

Untuk maklumat terkini tentang produk-produk ini, sila kunjungi halaman Facebook Pioneer Car Entertainment di www.facebook.com/PioneerCarEntertainment/.

Catatan tambahan:


  1. Jangan gunakan sistem Pioneer anda semasa memandu sekiranya ia akan menjejaskan keselamatan anda. Sentiasa patuhi peraturan pemanduan selamat. Di sesetengah negara, penggunaan sesetengah peranti sewaktu memandu mungkin menyalahi undang-undang. Sekiranya peraturan sedemikian terpakai, ia mestilah dipatuhi.
  2. Penerima Pioneer serasi dengan telefon pintar Android dan iPhone tertentu sahaja.
  3. Fungsi Bluetooth® memerlukan telefon mudah alih didayakan-Bluetooth yang serasi.
  4. Ciri-ciri Bluetooth mungkin tidak disokong oleh semua peranti didayakan-Bluetooth yang serasi, dan/atau fungsi ciri sedemikian mungkin terhad kepada peranti tertentu atau syarikat telekomunikasi tanpa wayar tertentu.
  5. Pioneer tidak menjamin keserasian dengan semua peranti storan besar USB dan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan data pada peranti semasa menggunakan penerima tersebut.
  6. Berhubung USB Type-C™ - pemandu perlu menghubungkan telefon kepada penerima yang mempunyai ciri-ciri main balik media Android dan kawalan melalui AOA dan/atau MTP hanya menggunakan CD-CU50, kabel USB Type-A kepada USB Type-C™ yang diperakui (sebaik-baiknya ukuran panjang kurang daripada 1 m) atau melalui kabel sambungan Type-A yang dibekalkan oleh Pioneer. Dalam sesetengah keadaan, membuat sambungan dengan kabel USB Type-C konvensional mungkin tidak berfungsi.
  7. iPhone dan semua tanda berkaitan ialah tanda dagangan Apple Inc.
  8. Android, Google Play Store dan tanda-tanda berkaitan yang lain ialah tanda dagangan Google Inc.
  9. BLUETOOTH ialah tanda dagangan berdaftar Bluetooth SIG, Inc.
  10. Semua jenama lain, nama produk atau logo mungkin merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar pemilik masing-masing.

Latar Belakang Pioneer Electronics AsiaCentre (PAC) Pte. Ltd.

Ibu pejabat serantau Pioneer Corporation sejak tahun 1992, perniagaan teras Pioneer ialah dalam audio visual kereta. Pioneer menyasarkan untuk menjadi pengeluar dan pembekal selepas jualan yang utama untuk jenama-jenama kereta terkemuka, menyediakan penyelesaian maklumat hibur yang komprehensif di dalam kereta, dengan membangunkan peranti generasi seterusnya dan perkhidmatan awan yang inovatif untuk pasaran kereta terhubung yang semakin berkembang. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://pioneercarentertainment.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191125/2652756-1?lang=0 
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20191125/2652756-1LOGO?lang=0

Source: Pioneer Electronics Asia Centre
Keywords: Auto Computer/Electronics Consumer Electronics Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics Transportation New products/services