omniture

Sinopec Siapkan Unit Utama Kilang Penapisan Terbesar Timur Tengah

Sinopec
2019-12-16 23:42 318

BANDAR KUWAIT, Kuwait, 16 Disember 2019 /PRNewswire/ -- China Petroleum & Chemical Corporation ("Sinopec" atau "Syarikat") (HKEX: 386; SSE: 600028; NYSE: SNP) telah menyiapkan unit pusat bagi projek kilang penapisan Al-Zour di Kuwait. Sebagai kilang penapisan yang terbesar di Timur Tengah, ia akan menjadikan Kuwait sebagai negara yang mengeluarkan minyak bersih yang terbesar di rantau berkenaan dengan kapasiti pemprosesan tahunan sebanyak 3,150 tan.

 

Sinopec Siapkan Unit Utama Kilang Penapisan Terbesar Timur Tengah
Sinopec Siapkan Unit Utama Kilang Penapisan Terbesar Timur Tengah

Dilancarkan pada Oktober 2015, projek kilang penapisan Al-Zour ialah pencapaian terkini bagi kerjasama Sino-Kuwait, yang turut memegang rekod sebagai pembinaan sekali yang terbesar di dunia setakat ini. Hampir 500 buah syarikat dari 50 buah negara dan wilayah mengambil bahagian dalam projek ini. Kilang penapisan bertaraf dunia ini dibina dengan pelaburan sebanyak USD1.39 bilion dan menghasilkan terutamanya gasolin, diesel dan kerosin mengikut standard emisi Euro 5.

Sebagai salah satu kontraktor am projek kilang penapisan Al-Zour, Sinopec Luoyang Engineering menerima pakai sistem kerja kolaboratif pintar dan menggunakan reka bentuk maya untuk mengkoordinasi dengan rakan-rakan kongsi global serta berkongsi data untuk menyiapkan 15 kilang pengeluaran proses termasuk kilang penyahsulfuran hidro.

Penekanan kepada bahan-bahan bersumber tempatan telah mencetuskan rangsangan kepada industri-industri pembuatan Kuwait selain pembangunan ekonomi tempatan dan menyediakan banyak peluang pekerjaan.

Usama Ali, pengurus projek kilang penapisan Al-Zour, memuji-muji Sinopec sebagai "rakan kongsi yang dipercayai, profesional serta bekerja keras" dan berharap agar Sinopec akan terus mengambil bahagian dalam projek-projek seterusnya di Kuwait.

Kilang penapisan Al-Zour akan menyediakan bahan api bersih yang berkualiti tinggi dengan nilai tambah yang tinggi untuk pasaran global, ia juga merupakan pencapaian penting yang baharu untuk Kuwait tatkala negara ini mendorong peralihan ekonomi negara ke hadapan.

Dengan 60 tahun sejarah, Sinopec Luoyang Engineering telah menyiapkan 4,300 projek pembinaan berskala sederhana hingga besar dan telah memperoleh 1,061 paten di dalam dan luar negara.

Berpegang teguh kepada inovasi bebas, Sinopec memiliki beberapa teknologi dan penyelesaian yang utama di dunia dalam bidang penapisan minyak, etilena, hidrokarbon aromatik dan banyak lagi, selain keupayaan untuk membina kilang penapisan 10-juta-berat tan, unit etilena juta-berat tan dan unit hidrokarbon aromatik juta-berat tan.

Pada tahun 2016, projek kilang penapisan luar negara pertama Sinopec, Yanbu Aramco Sinopec Refining Company di Arab Saudi, secara rasminya memulakan operasi. Setahun kemudian, Sinopec menyiapkan penaiktarafan Kilang Penapisan Atyrau Kazakhstan.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: http://www.sinopecgroup.com/group/en/ 

Latar Belakang Sinopec Corp.

Sinopec Corp. ialah salah sebuah syarikat tenaga dan kimia bersepadu yang terbesar di China. Operasi utamanya termasuk penerokaan, pengeluaran, pengangkutan dan jualan petroleum dan gas asli, produk petrokimia dan kimia arang batu, fiber sintetik, baja dan produk kimia lain, selain komoditi dan juga teknologi lain. Di samping itu, Sinopec terlibat dalam penyelidikan, pembangunan serta aplikasi teknologi tenaga.

Dengan misi korporat untuk "mendorong kehidupan yang indah" Sinopec meneruskan strategi berorientasi nilai, pembangunan didorong inovasi, pengagihan sumber bersepadu, kerjasama terbuka dan pertumbuhan hijau dan rendah karbon untuk membina sebuah syarikat tenaga dan kimia yang terkemuka di dunia.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191216/2672318-1?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190814/2551581-1LOGO?lang=0

Source: Sinopec
Related Stocks:
HongKong:0386 NYSE:SNP Shanghai:600028
Keywords: Oil/Energy Utilities