omniture

Great Eastern Takaful Berhad bekerjasama dengan DoctorOnCall untuk menawarkan perkhidmatan kesihatan digital yang terkini dan bersifat revolusi kepada pelanggan Harapan Trio

DoctorOnCall
2019-12-17 08:00 201

KUALA LUMPUR, Malaysia, 17 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Setelah berjaya melancarkan kempen Harapan Trio pada September 2019, Great Eastern Takaful Berhad kini bekerjasama dengan DoctorOnCall, penyedia perkhidmatan kesihatan atas talian untuk menawarkan manfaat tambahan kepada pelanggan Harapan Trio. Pelanggan kini boleh menikmati rundingan perubatan atas talian secara percuma dengan doktor yang bertauliah dan mendapatkan perkhidmatan penghantaran ubat terus ke pintu.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang manfaat DoctorOnCall, pelanggan Harapan Trio boleh melayari www.DoctorOnCall.com.my/greateasterntakaful
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang manfaat DoctorOnCall, pelanggan Harapan Trio boleh melayari www.DoctorOnCall.com.my/greateasterntakaful

"Perkhidmatan penjagaan kesihatan ini memudahkan pelanggan Harapan Trio dengan memberikan akses kepada pesakit untuk mendapatkan nasihat perubatan profesional pada bila-bila masa dan di mana jua mereka berada. Preskripsi boleh dikeluarkan oleh doktor selepas sesi konsultasi dan pelanggan boleh memilih untuk membeli ubat melalui DoctorOnCall dan mendapatkan penghantaran percuma," Ketua Pegawai Eksekutif Shahrul Azlan Shahriman berkata.

Hazwan Najib, Pengasas Bersama dan Pengarah DoctorOnCall berkata "Salah satu masalah utama dalam sektor rawatan kesihatan primer adalah masa menunggu yang lama untuk berjumpa doktor iaitu dengan purata 40 minit. Kemudahan untuk mendapatkan konsultasi secara atas talian dengan doktor bertauliah untuk masalah kesihatan tidak kompleks seperti selesema dapat mengurangkan masa menunggu dan membolehkan pengutamaan rawatan masalah kesihatan yang lebih serius di klinik fizikal. Beliau juga memuji Great Eastern Takaful dalam mengimplementasikan konsep penjagaan kesihatan digital yang akan memanfaatkan lebih ramai rakyat Malaysia.

Pelanggan Great Eastern Takaful yang melanggani pelan kombo  Harapan Trio dari 1 September 2019 hingga 31 Disember 2019 akan menikmati langganan DoctorOnCall selama setahun. Pelan Harapan Trio termasuk pelan perlindungan takaful (i-Gr8 Harapan), pelan  perubatan takaful (i-Great MediHarapan) dan pelan penyakit kritikal takaful(i-Great HarapanCI10).

DoctorOnCall kini menerima lebih daripada 1 juta pelawat ke laman webnya setiap bulan dan mempunyai lebih daripada 100 doktor dalam platform yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia serta 208 rakan farmasi. Semua doktor dalam platform DoctorOnCall berpengalaman dan memiliki Sijil Amalan Tahunan (APC) yang terkini.

DoctorOnCall merupakan platform kesihatan digital pertama dan terbesar di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan perundingan dengan doktor atas talian, e-farmasi, perkhidmatan penghantaran ubat, info kesihatan dan perkhidmatan atur temujanji doktor dan pakar. Melalui DoktorOnCall, pesakit boleh berunding dengan doktor melalui teks, panggilan telefon ataupun panggilan video dan boleh mendapatkan perkhidmatan penghantaran ubat ke seluruh negara. 

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Harapan Trio oleh Great Eastern Takaful Berhad, sila layari www.greateasterntakaful.com/en/our-promotions-and-events/harapan-trio.html. Untuk maklumat lanjut mengenai DoctorOnCall, sila layari www.DoctorOnCall.com.my atau hubungi 03-8408 2000.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191216/2672347-1?lang=0

Source: DoctorOnCall
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Multimedia/Online/Internet Licensing/marketing agreements