SINGAPURA, 17 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Permintaan untuk kereta pandu sendiri dan keselamatan yang dibawanya semakin meningkat, terutamanya di Jepun, di mana masyarakat sangat berumur telah meningkat dengan ketara dalam beberapa tahun kebelakangan. Ketahui bagaimana teknologi pengecaman imej Toshiba, Visconti™, dibangunkan dan diperhalusi selama lebih kurang setengah abad, menyediakan banyak kemungkinan dalam merealisasikan sistem pemanduan sendiri dalam masa terdekat.
Untuk siaran multimedia penuh, klik di sini:
https://www.prnasia.com/mnr/toshiba_201912.shtml
Visconti™ - Pengubah Industri dalam Teknologi Pengecaman Imej
Sistem pemanduan sendiri memerlukan pengecaman imej peringkat tertinggi untuk melihat dan memahami persekitarannya diikuti dengan pembuatan keputusan, supaya manusia tidak perlu memikirkannya. Versi terbaharu Visconti™ 5 menyumbang kepada semua fungsi ini sementara juga mencapai penggunaan kuasa yang lebih rendah daripada pemproses konvensional.
Terdapat dua teknologi yang membentuk Visconti™. Yang pertama ialah pengecaman imej, ditugaskan untuk mengecam/mengesan kereta lain, pejalan kaki, dan lampu lalu lintas dari imej pada kamera yang dipasang pada kenderaan, dan kemudian membantu dalam mengambil tindakan untuk mencegah atau mengelakkan pertembungan, sama ada siang atau malam. Separuh lagi teknologi yang membentuk Visconti™ ialah penjelmaan teknologi pengenalan imej sebagai pemproses, yang menjadikannya berdaya maju sebagai sebuah perniagaan, suatu produk.
Visconti™ bukan sekadar idea jurutera Toshiba, malah dibuat dengan pelanggan dan input mereka. Dengan memikirkan ciri dan fungsi yang akan dikehendaki oleh pelanggan pada masa akan datang, dan menyediakan penyelesaian untuk keperluan ini terlebih dahulu, Toshiba dapat menghasilkan produk dengan ciri-ciri yang mencerminkan kekuatannya.
Apabila penyelidikan Toshiba dalam teknologi pengecaman imej bermula setengah abad yang lalu, AI dan kereta pandu sendiri ialah impian yang mustahil. Banyak jurutera terdahulu Toshiba percaya tentang potensi teknologi pengecaman imej dan bekerja tanpa mengenal penat lelah untuk menyempurnakannya, akhirnya mengembangkannya menjadi apa yang hari ini. Hari ini, penyelidikan terus diterajui oleh dua orang jurutera di bahagian penyelidikan dan perniagaan, Ryuzo Okada dan Takashi Miyamori, yang berkongsi visi menjadikan dunia menjadi tempat yang lebih baik dengan Visconti™.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191129/2656955-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191129/2656955-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191129/2656955-1-c?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191129/2656955-1-d?lang=0