AMSTERDAM, 17 Disember, 2019 /PRNewswire/ -- Pada hari Khamis, 28 November, KLM Royal Dutch Airlines secara rasminya membuka non-Schengen Crown Lounge yang telah diubah suai sepenuhnya di Lapangan Terbang Schiphol. Berasaskan perkhidmatan cemerlang yang disediakan, ruang istirahat baharu ini menawarkan pengalaman yang sentiasa menggamit kenangan, idea makanan dan minuman baharu serta teknologi inovatif kepada pelanggan.
https://www.youtube.com/watch?v=0cFCcngO4tw&feature=youtu.be
Non-Schengen Crown Lounge KLM, yang merupakan nama rasmi ruang istirahat ini, terletak di antara susur E dengan F di Schiphol. "KLM House" dapat dilihat serta merta menerusi dinding kaca yang dihiasi lima ribu rumah kecil biru Delft. Pengunjung yang datang ke ruang istirahat boleh menaiki eskalator menuju tingkat atas dan menikmati suatu perjalanan mengimbau masa lampau menelusuri anugerah ikon Kelas Perniagaan dalam Dunia Perniagaan yang ikonik ini. Pembantu ruang istirahat peribadi akan menyambut ketibaan para pengunjung ke ruang ini. Mereka boleh mendapatkan akses pantas kepada ruang istirahat dengan mengimbas pas masuk mereka di mesin layan diri. Meja rehat marmar putih yang mengambil bentuk logo KLM raksasa dan ruang istirahat ini menawarkan pandangan hebat landasan, susur, dan kapal terbang KLM pada latar belakangnya.
Crown Berganda
Non-Schengen Crown Lounge KLM telah menggandakan saiz kapasitinya. "Ruang istirahat ini kini meliputi kawasan seluas 6,800 meter persegi dengan kira-kira seribu tempat duduk perkhidmatan percuma," kata Eelco van Asch, Naib Presiden Kanan, KLM Ground Services. "Tambahan pula, terdapat kira-kira dua ratus tempat duduk eksklusif di Blue Bar and Restaurant yang menampilkan tahap perkhidmatan yang setarafnya. Para pelanggan boleh membuat bayaran dengan menggunakan mata ganjaran Flying Blue di sana. Menerusi penggandaan kapasiti, KLM mengambil kira pertumbuhan yang dijangka dalam jumlah pengunjung. Ini merupakan satu kejayaan yang hebat. Kami menawarkan satu pengalaman yang akan sentiasa menggamit kenangan kepada pelanggan dan juga syarikat penerbangan rakan kongsi kami, sekali gus menjadi kemuncak pencapaian sempena perayaan ulang tahun ke-100 kami."
Non-Schengen Crown Lounge KLM mencerminkan imej syarikat penerbangan kami, iaitu keselesaan, fokus pelanggan, dan inovasi. Idea makanan dan minuman baharu, sokongan digital seperti akses layan diri, dan perkhidmatan kakitangan ruang istirahat semuanya menyumbang kepada pengalaman peribadi. Panduan Ruang Istirahat dalam talian menawarkan pembantu digital secara tetap kepada pelawat untuk membantu mereka meneroka kawasan sekitar, menempah perkhidmatan, menyemak butiran penerbangan atau meminta bantuan peribadi daripada salah seorang Pembantu Peribadi Ruang Istirahat.
Konsep
KLM ingin menawarkan pengalaman pelanggan baharu yang sepenuhnya kepada pelanggan melalui konsep perkhidmatannya yang serba inovatif. Bekerjasama dengan 'konkrit' firma seni bina, syarikat penerbangan ini telah merancang lima "landskap Belanda" yang berbeza untuk memenuhi hasrat dan keperluan pelanggannya yang pelbagai, sama ada mereka mahu bekerja, berehat, menyegarkan diri, makan, minum, mencari hiburan, atau menikmati juadah yang mewah. Lima landskap ini termasuk:
Dalam landskap Polder, pelanggan boleh bekerja secara ideal dan bersantai pada masa yang sama. Permaidani yang dihiasi dalam pelbagai warna hijau, mengingatkan kita kepada padang ragut Belanda yang luas. dinding lampu LED 110 meter pula bagaikan menyerupai langit Belanda. pencahayaan disesuaikan dengan masa siang dan melibatkan waktu matahari terbenam yang indah.
Di landskap City yang meriah, pelanggan dapat menikmati masakan "secara langsung", Bar Heineken, yang direka khas oleh Heineken, dan bar kopi dengan barista. Konsep makanan dan minuman baharu yang dicirikan oleh produk bergaya, berkualiti tinggi dan bermusim yang segar – diilhamkan oleh rakan kongsi KLM, Vermaat. Mengurangkan sisa merupakan elemen asas terpenting bagi kedua-dua syarikat ini terhadap konsep katering ruang istirahat.
Sea menawarkan semua keperluan yang diinginkan pelanggan untuk menyegarkan diri mereka semasa perjalanan. Kawasan ini mempunyai dua puluh ruang mandi percuma, yang boleh ditempah secara lebih awal oleh para pelanggan di kios layan diri ruang istirahat. Kabin tidur mewah menawarkan privasi, ketenangan, dan keselesaan - dengan bayaran - menggunakan mata ganjaran Flying Blue, atau tiga jam untuk EUR49.50. Tidak syak lagi ini merupakan tempat yang sempurna untuk anda melelapkan mata dan berehat semasa berhenti sebentar atau sewaktu melalui perjalanan yang panjang. Pada masa akan datang, ruang mandi dan kabin tidur akan dilengkapi sistem peruntukan digital menggunakan kod QR.
Zon Duth Mountain yang sangat mengujakan menawarkan pelbagai pilihan kepada pengunjung untuk bekerja dan bersuka ria, dari bilik TV ke konsol DJ untuk acara-acara khas. Zon ini menumpukan perhatian yang sepenuhnya kepada reka bentuk Belanda dan menawarkan ciri-ciri sejarah warisan KLM.
Sky ialah sebuah kawasan yang eksklusif dan kawasan yang sedia ada di tingkat dua. Atas permintaan ramai para pelanggan KLM, suasana mewah di Sky menawarkan teres dengan pemandangan indah Lapangan Terbang Schiphol. Pelanggan boleh menikmati makanan yang lazat dan pelbagai minuman di Blue by KLM, restoran dan bar yang bersebelahan dengan bayaran tambahan. Menu Blue direka oleh Joris Bijdendijk daripada RIJKS®, restoran bertaraf bintang Michelin Rijksmuseum. Blue menawarkan pengalaman gastronomi yang hebat, dengan mengambil kira keperluan masa dan peribadi individu secara teliti.
Kami tidak dapat membayangkan hadiah sambutan ulang tahun yang lebih hebat daripada ini untuk pelanggan tempatan dan antarabangsa kami," kata Boet Kreiken, Naib Presiden Eksekutif, Pengalaman Pelanggan KLM. KLM bermaksud hospitaliti. Selama 100 tahun kami telah berhubung dengan pelanggan kami dengan meletakkan pelanggan sebagai keutamaan kami. Ruang istirahat Crown KLM ialah perhentian rehat berkualiti tinggi untuk pelanggan terbaik kami. Sama ada anda berlepas, tiba, atau dalam transit, kami memastikan anda memperoleh rehat yang terbaik di sini. Secara keseluruhan reka bentuk, pendekatan mesra pelanggan kakitangan KLM kami dikhususkan untuk tujuan ini. Ruang istirahat ini merupakan contoh kombinasi yang unik antara sentuhan manusia dengan keselesaan digital. Pada pendapat kami, kami telah mencipta ruang istirahat yang paling menarik di dunia, yang menjadikan hospitaliti dan inovasi sebagai elemen paling utama. Tidak syak lagi inilah pengalaman pelanggan pada tahap terunggul dan belum pernah disaksikan seumpamanya sebelum ini. Tumpuan yang diberikan terhadap pelanggan kami adalah seolah-olah mereka sedang mengunjungi seorang sahabat baik, dan sahabat itu ialah KLM."
Kemasukan
KLM mengalu-alukan semua yang berikut ke non-Schengen Crown Lounge:
KLM juga menginginkan pelanggannya dan rakan kongsi syarikat penerbangan kami yang tidak mempunyai akses ruang istirahat secara automatik dapat meraih manfaat daripada Crown Lounge. Mereka boleh berbuat demikian dengan membeli akses di aplikasi KLM, di KLM.com, di mesin layan diri di lapangan terbang, atau di pintu masuk ruang istirahat - bergantung pada destinasi mereka dan kapasiti ruang istirahat.
Non-Schengen Crown Lounge KLM menawarkan:
Ruang istirahat dibuka pada setiap hari dari jam 04:45 hingga pelepasan penerbangan terakhir KLM. Untuk maklumat lanjut, sila lawati https://lounge.klm.com/client/lounge52/home.