omniture

Xinhua Silk Road: Indeks Harga Oren Navel Xinhua-Fengjie dikeluarkan di Chongqing Barat Daya China

Xinhua Silk Road
2019-12-18 09:13 303

CHONGQING, China, 18 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Indeks Harga Oren Navel Xinhua-Fengjie dikeluarkan pada hari Ahad di Daerah Fengjie, kawasan perbandaran Chongqing barat daya China.

Majlis pelancaran Indeks Harga Oren Navel Xinhua-Fengjie di Daerah Fengjie, kawasan perbandaran Chongqing China, 15 Disember.
Majlis pelancaran Indeks Harga Oren Navel Xinhua-Fengjie di Daerah Fengjie, kawasan perbandaran Chongqing China, 15 Disember.

Indeks harga tersebut bersama-sama disusun oleh Pusat Maklumat Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar, China Economic Information Service (CEIS) daripada Xinhua News Agency dan Kerajaan Rakyat Daerah Fengjie.

Ia bertujuan untuk menunjukkan perubahan dalam bekalan dan permintaan oren navel di Fengjie, mengukur tahap pembangunan perindustrian oren navel, menyahsekat saluran edaran pasaran dan menyediakan penunjuk arah angin untuk perancangan penanaman, panduan dasar serta keputusan perdagangan.

Baru-baru ini, Indeks Harga Oren Navel Xinhua-Fengjie menunjukkan arah aliran menurun. Lantaran bekalan tertumpu sitrus di seluruh negara, harga borong negara bagi oren navel jatuh sebanyak 8.67 peratus pada bulan lalu. Indeks harga dijangka meneruskan arah aliran yang menurun dalam jangka masa pendek.

Indeks harga akan menyediakan "penunjuk arah angin" untuk pembangunan industri, membina "barometer" untuk harga pasaran dan mencipta "pembesar suara" untuk nilai jenama, menurut Wu Xuejun, pembantu presiden CEIS.

"Indeks harga oren navel akan membantu mencapai pempiawaian dan pendigitan rantaian industri pengeluaran, pempakejan dan pengangkutan oren navel," kata Cai Ping, timbalan pengarah Pusat Maklumat Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar.

Daerah Fengjie ialah kawasan pengeluaran sitrus yang terkenal di negara ini. Pada tahun 2019, kawasan penanaman oren navel daerah ini berkeluasan 354,800 mu (15 mu bersamaan dengan satu hektar), dengan output tahunan sebanyak 330,000 tan metrik (tan).

Diketahui bahawa sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Daerah Fengjie telah mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan kualiti industri oren navel. Nilai jenama oren navel Fengjie telah mencecah 18.28 bilion yuan.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191216/2672377-1?lang=0

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Agriculture Food/Beverages New products/services