omniture

Pemaju Thai Utama MQDC bina bandar pertama Thailand direka khas demi kehidupan lebih sihat, lebih bahagia di The Forestias

The Forestias menjadi pembangunan hartanah sektor swasta terbesar Thailand pada nilai US$ 4.14 bilion
Projek pertama untuk memasukkan rimba di dalam pembangunan bandar
'Daerah Komuniti Mempesonakan di Rimba'
The Forestias by MQDC
2019-12-18 12:31 370

BANGKOK, 18 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Magnolia Quality Development Corporation Limited (MQDC), salah satu pemaju hartanah terkemuka Thailand, hari ini mengumumkan bahawa ia meningkatkan pelaburan dalam pembangunan The Forestias berkeluasan 48 hektar di pinggir Bangkok dan meluaskan saiz projek daripada US$2.98 bilion kepada US$4.14 bilion untuk menjadikannya prototaip global yang baharu untuk pembangunan bandar. Peningkatan pelaburan ini menjadikan The Forestias sebagai projek pembangunan hartanah yang terbesar di Thailand.

Pemaju Thai Utama MQDC bina bandar pertama Thailand direka khas demi kehidupan lebih sihat, lebih bahagia di The Forestias
Pemaju Thai Utama MQDC bina bandar pertama Thailand direka khas demi kehidupan lebih sihat, lebih bahagia di The Forestias

Saiz tanah projek ini juga meningkat daripada 48 kepada 63.7 hektar.

Puan Thippaporn Ahriyavraromp, Pengerusi MQDC, berkata, "Kami sedang membina bandar pertama di dunia yang direka khas demi kehidupan yang lebih sihat."

"Ia direka dan dibina oleh beberapa pakar yang paling disegani di dunia serta institusi-institusi global yang terkemuka bagi memastikan agar setiap aspek mempromosikan kualiti kehidupan yang lebih baik," kata beliau. 

Puan Ahriyavraromp berkata bahawa MQDC meningkatkan pelaburannya dalam The Forestias "selepas menerima maklum balas yang sangat baik daripada rakan-rakan kongsi global, yang menggalakkan lagi kami sepanjang jalan untuk mencipta jenis pembangunan baharu yang benar-benar menumpu pada kesejahteraan penduduk, komuniti sekitar dan terhadap kelestarian."

Antara ciri-ciri The Forestias yang paling luar biasa ialah kawasan hutan 4.8 hektar yang luas, ditanam dengan anak pokok di tengah-tengahnya, mengukuhkan sistem ekologi yang pelbagai dan beraneka yang akan berkembang secara semula jadi pada tahun-tahun akan datang.

"Ia juga merupakan kali pertama, di mana-mana tempat di dunia, bahawa sebuah hutan dengan saiz seperti ini disepadukan ke dalam sebuah pembangunan bandar bagi mengembalikan semula alam semula jadi kepada persekitaran bandar dan merupakan salah satu sebab kami menggelar The Forestias sebagai daerah komuniti yang mempesonakan dalam hutan rimba," kata beliau.

The Forestias melibatkan pelbagai komponen kediaman dengan vila dan kondominium yang disasarkan untuk pelbagai jenis gaya hidup dan saiz keluarga, selain ruang komersial untuk pejabat, kompleks sukan, aktiviti gaya hidup, jualan runcit dan outlet makanan & minuman, serta kemudahan didik hibur keluarga di Pusat Kehidupan Keluarga (Family Life Center).

Terdapat sebuah pusat bandar untuk aktiviti komuniti dan kegiatan kebudayaan, sebuah teater, sebuah dewan acara, pasar dan laluan pejalan kaki yang tinggi sepanjang 1.6 kilometer yang menghubungkan banyak komponen pembangunan serta menyediakan 'laluan berjalan kaki semula jadi' yang dijalin di atas hutan tersebut.

Satu lagi komponen rintis ialah kawasan kediaman yang direka khas untuk menjadikan kehidupan lebih selamat dan lebih mudah untuk warga emas, termasuk kemudahan khusus untuk aktiviti harian, rumah kelab serta penjaga yang terlatih.

Terdapat juga sebuah hotel 5-bintang dan pusat perubatan yang besar dengan kemudahan yang canggih serta beberapa pakar perubatan yang paling terkenal di Thailand.

En. Kittiphun Ouiyamaphun, Pengarah Projek-The Forestias, berkata, "Segala-gala di The Forestias direka dengan tujuan bersama untuk menggalakkan kesihatan yang baik dan kebahagiaan penduduk ke tahap yang belum pernah dilaksanakan sebelum ini, termasuk susun atur ruang awam, susun atur rumah, pilihan bahan yang digunakan di dalam dan luar rumah, penyepaduan teknologi kehidupan abad ke-21, pengurusan cahaya semula jadi, hingar, haba, aliran udara, serta kualiti udara dan juga kualiti air."

Antara inovasi yang paling penting di The Forestias ialah cara keluarga dihimpunkan bersama dengan lebih erat merentas pelbagai generasi melalui komponen kediaman yang dirancang dengan teliti yang terdapat dalam seluruh pembangunan tersebut.

"Setiap komponen direka khas untuk keperluan kumpulan umur tertentu, sama ada mereka merupakan individu yang pertama kali bekerja, pasangan yang baru berkahwin, keluarga muda atau ibu bapa yang lebih tua. Menempatkan mereka semua di The Forestias membolehkan ibu bapa, anak-anak dan cucu cicit untuk tinggal berdekatan sambil terus mengekalkan kebebasan dan privasi mereka," tambah En. Ouiyamaphun.

Beliau berkata, "Penanaman hutan yang besar, termasuk kawasan hutan mendalam yang tulen, pada kos US$33 juta ialah tumpuan utama pembangunan kami dan dapat membantu orang ramai menjadi lebih erat kepada pelbagai keajaiban alam semula jadi."

En. Ouiyamaphun berkata bahawa hutan tersebut dijangka bertindak sebagai 'peparu hijau', baik untuk The Forestias mahupun komuniti berhampiran dan turut menghasilkan kesan penyejukan umum pada seluruh kawasan, selain membantu mengembalikan alam semula jadi demi manfaat semua.

"Sambil menjadi lebih baik kepada planet oleh diri kita sendiri, kami turut membantu penduduk untuk menyumbang kepada kelestarian. Sebagai contoh, sistem tenaga canggih kami akan membantu penduduk serta pengunjung dalam seluruh projek tersebut mengurangkan emisi gas karbon dioksida mereka dalam jumlah yang mengejutkan yang hampir sama dengan apa yang dapat diserap oleh 4,800 hektar hutan," kata beliau.

En. Visit Malaisirirat, Ketua Pegawai Eksekutif, MQDC, berkata, "MQDC bertujuan untuk mencipta pembangunan yang hebat dan dalam masa yang sama, menggalakkan, melalui contoh, tanggungjawab sosial dan keprihatinan terhadap kesejahteraan semua."

"The Forestias mempelopori konsep baharu dalam pembangunan hartanah yang meningkatkan kualiti hidup penduduk selain mereka dalam komuniti sekitar, sekali gus turut menggalakkan sustainovation" kata beliau.

The Forestias terletak secara strategik di Koridor Ekonomi Timur, yang diramalkan akan menjadi koridor pembangunan yang paling pantas berkembang di Thailand dan mempunyai akses mudah ke lebuh raya utama serta sistem pengangkutan yang besar.

Pembinaan sistem jalan raya dan cerucuk untuk infrastruktur di projek berkenaan telahpun 90 peratus siap.

Antara beberapa komponen berjenama The Forestias ialah kondominium 'Whizdom', kondominium 'Mulberry Grove', 'Mulberry Grove Villas', kediaman 'The Aspen Tree', 'Six Senses Residences' dan hotel 'Six Senses'.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191216/2672402-1?lang=0

Source: The Forestias by MQDC
Keywords: Banking/Financial Service Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Residential Real Estate Financing agreements New products/services