omniture

Chow Tai Fook Sokong Pelancaran Loupe Jewellery Academy

Untuk Menggalakkan Ketukangan Rentas-generasi dan Memupuk Kualiti Artisan
Chow Tai Fook Jewellery Group
2019-12-18 16:18 436

HONG KONG, 18 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Dengan komitmen yang kukuh untuk memelihara warisan sekali gus mencipta masa depan yang lebih mampan, Chow Tai Fook Jewellery Group Limited ("Chow Tai Fook Jewellery Group", "Kumpulan" atau "Syarikat"; kod saham SEHK: 1929) telah melancarkan strategi kemampanan sepuluh-tahun. Penting untuk strategi ini ialah Loupe Jewellery Academy yang ditubuhkan di bawah perkongsian strategik bersama Haute École de Joaillerie (HEJ) dari Perancis, sekolah barang kemas yang tertua di dunia, ditubuhkan pada tahun 1867 di Paris oleh Tukang Emas Perancis. Ia diwujudkan untuk membentuk masa depan dengan menginkubasikan dan menginspirasikan generasi-generasi akan datang dalam industri barang kemas.

"Kurikulum Loupe Jewellery Academy dibahagikan kepada tiga tonggak: reka bentuk, ketukangan serta jualan dan pemasaran. Ia bertujuan untuk menyediakan latihan profesional pada segenap aspek dalam industri barang kemas. Kami juga berharap agar dapat menggalakkan ketukangan dan inovasi rentas-generasi, selain memupuk semangat ketekunan artisan dalam kalangan pengeluar serta pereka barang kemas yang lebih muda dan bercita-cita," kata Bobby Liu, Pengarah Eksekutif Chow Tai Fook Jewellery Group.

Kursus reka bentuk barang kemas berkualiti tinggi pertama, diselia oleh Sylvie Ballivet, Pengarah Reka Bentuk HEJ, menyediakan latihan yang intensif kepada dua belas pereka barang kemas Chow Tai Fook dan menginspirasikan yang mencakupi selama enam minggu pada bulan Jun.

Lembaga penasihat berkepakaran dijemput untuk memberi cadangan tentang pembangunan jangka panjang akademi berkenaan. "Kami akan terus menyempurnakan kurikulum ini agar Loupe Jewellery Academy akan menjadi penyedia utama bagi pendidikan terulung dalam industri barang kemas," kata Corentin Quideau, perunding Loupe Jewellery Academy.

Loupe Jewellery Academy merancang untuk bekerjasama dengan GIA (Gemological Institute of America), pihak berkuasa paling penting di dunia untuk berlian, batu berwarna dan mutiara, bagi menyediakan latihan yang bertaraf dunia kepada golongan profesional industri, berhubung topik-topik seperti gemologi, pengetahuan barang kemas dan reka bentuk barang kemas. Thomas Moses, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Makmal dan Penyelidikan daripada GIA, turut menyatakan penghargaan beliau terhadap kurikulum versatil akademi ini. "Ia merupakan keputusan yang bijak oleh Loupe Jewellery Academy untuk memulakan program dengan kursus reka bentuk barang kemas berkualiti tinggi, yang melaluinya pelajar-pelajar dapat meningkatkan pengetahuan reka bentuk mereka dengan ketara."

Sebagai sebahagian daripada strategi kemampanan sepuluh-tahun tersebut, Chow Tai Fook berharap agar dapat menarik golongan profesional barang kemas dan amatur yang bersemangat, dalam usaha untuk meluaskan lagi program pendidikan Kumpulan ini.

Sylvie Ballivet (left), the Design Director from HEJ Paris has conducted her first high jewellery design class in June and September, encouraging her students to adopt a more open-minded and innovative approach to their designs.
Sylvie Ballivet (left), the Design Director from HEJ Paris has conducted her first high jewellery design class in June and September, encouraging her students to adopt a more open-minded and innovative approach to their designs.

 

Loupe Jewellery Academy’s curriculum featured every minute detail behind high jewellery design, ranging from fundamentals to generating meaningful design concepts, and from creating their own design to material selection.
Loupe Jewellery Academy’s curriculum featured every minute detail behind high jewellery design, ranging from fundamentals to generating meaningful design concepts, and from creating their own design to material selection.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191216/2672302-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191216/2672302-1-b?lang=0

Source: Chow Tai Fook Jewellery Group
Related Stocks:
HongKong:1929 OTC:CJEWY
Keywords: Fashion Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Retail New products/services