omniture

Program e-sukan MyRepublic GAMER Arena berkembang ke peringkat serantau, disokong oleh PlayStation pada 2020

MyRepublic
2019-12-19 11:12 342

SINGAPURA, 19 Disember 2019 /PRNewswire/ -- MyRepublic GAMER Arena, siri kejohanan e-sukan untuk pemain-pemain dengan semua tahap kemahiran, akan bekerjasama dengan PlayStation® untuk siri kejohanan serantau yang pertama seumpamanya bagi tahun 2020.

MyRepublic GAMER's booth at GameStart 2019 drew the masses for its League of Legends and Mobile Legends: Bang Bang tournaments.
MyRepublic GAMER's booth at GameStart 2019 drew the masses for its League of Legends and Mobile Legends: Bang Bang tournaments.

 

GAMER Arena 2020 Musim 1, yang akan berlangsung mulai Januari hingga Mac, akan dibuka kepada peserta-peserta dari Thailand, Malaysia dan Indonesia selain Singapura buat julung kalinya. Pusingan kelayakan kejohanan ini akan diadakan melalui PlayStation Network dan membawakan tiga judul PlayStation 4: FIFA 20 Ultimate Team, Call of Duty®: Modern Warfare dan TEKKEN® 7. Musim tersebut akan menyediakan himpunan hadiah sebanyak US$25,000 dalam bentuk wang tunai dan hadiah manakala finalis dari Thailand, Malaysia dan Indonesia akan diterbangkan ke Singapura untuk pusingan akhir musim tersebut.

GAMER Arena telah dimulakan pada tahun 2019 untuk menyediakan siri kejohanan yang boleh diakses dengan halangan kemasukan yang rendah untuk pemain e-sukan yang beraspirasi. Pada tahun pertamanya, program berkenaan menjalankan 48 kejohanan melalui 16 judul permainan, menyediakan SG$55,000 dalam bentuk wang tunai dan hadiah serta menarik penyertaan daripada pesaing 'rookie' hinggalah pemain separa profesional. GAMER Arena turut mendapat sokongan daripada pelbagai rakan kongsi seperti ASUS Republic of Gamers (ROG), Secretlab, Sony Electronics Singapore dan Warner Bros. Interactive Entertainment.

"Kami dapat melihat sendiri betapa pemain-pemain profesional yang beraspirasi menginginkan peluang untuk menguji kemahiran mereka dan bertemu pemain-pemain lain seperti mereka," kata Lawrence Chan, Pengarah Urusan MyRepublic Singapura. "Atas sebab inilah ia menjadi suatu yang amat mengujakan apabila mendapat sokongan daripada Sony PlayStation untuk membawa GAMER Arena ke rantau ini, dan mendapat peluang untuk menyokong aspirasi e-sukan pemain-pemain di luar negara kami."

Kejohanan GAMER Arena 2020 akan dianjurkan dan dikendalikan oleh Eliphant, salah sebuah syarikat e-sukan yang terkemuka di Asia Tenggara. Eliphant juga merupakan penganjur kejohanan untuk tahun pertama GAMER Arena dan telah bekerjasama selama bertahun-tahun dengan MyRepublic untuk beberapa projek dan acara lain, termasuk GameStart Asia.

"Pasukan MyRepublic telah menunjukkan kerjasama yang mengagumkan dan minat mereka terhadap permainan video jelas dari segi sokongan mereka untuk industri sejak kami mula bekerjasama dengan mereka pada tahun 2015. GAMER Arena membina asas untuk e-sukan di rantau ini dan kami teruja untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif ini," kata Koh Yung Tek, Pengarah, Perkongsian Strategik Eliphant.

"Bekerjasama dengan rakan kongsi sealiran yang bukan sahaja mempunyai pemahaman yang mendalam tentang ekosistem permainan video, tetapi juga benar-benar prihatin akan permainan video dan juga pemain adalah sesuatu yang sentiasa menyenangkan. Kami berharap agar dapat mengembangkan GAMER Arena bersama Eliphant dan meneroka cara-cara lain yang membolehkan kami menyokong komuniti permainan video," kata Lawrence.

Untuk maklumat lanjut tentang MyRepublic GAMER Arena, sila kunjungi laman sesawang rasmi di myrepublic.net/sg/gamer-arena.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Fabian Lau
Pengurus Perhubungan Awam Serantau & Komunikasi Dalaman
MyRepublic Group Limited
Tel: +65-9007-3930
Emel: fabian@myrepublic.net

Adam Rahim
Pengurus Pemasaran Digital & Perhubungan Awam
MyRepublic Limited
Tel: +65-9188-0182
Emel: adam.rahim@myrepublic.net

Latar Belakang MyRepublic

Salah satu pengendali telekomunikasi yang paling pantas berkembang di Asia-Pasifik, MyRepublic beroperasi di Singapura, New Zealand serta Australia dan bersedia untuk terus berkembang ke rantau tersebut.

Visi kami adalah untuk menjadi pendorong terbesar di dunia bagi hubungan yang mendalam, bermakna dan dipercayai antara pelanggan dan produk melalui model francais ketersambungan yang amat boleh diskalakan.

Dengan rangka kerja kami yang boleh diskalakan dan berpusat secara unik yang membolehkan penyerahan lancar perkhidmatan yang berlapis, MyRepublic telah menjadi peneraju dalam transformasi digital untuk sektor telekomunikasi, yang bersedia untuk berkembang sepanjang dekad akan datang di salah satu rantau yang paling mengujakan di dunia.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191213/2670210-1?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20191216/2670210-1LOGO?lang=0

Source: MyRepublic
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Licensing/marketing agreements