omniture

Dailymotion & GliaCloud Ganding Bahu Perkasa Penerbit Melalui Kandungan Video

GliaCloud Co., Ltd.
2019-12-19 15:08 427

TAIPEI, 19 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Sebagai komitmen untuk memperkasa penerbit tempatan melalui teknologi video canggih mereka, Dailymotion, penyedia penyelesaian video dan platform penemuan kandungan yang terkemuka, mengumumkan perkongsian mereka dengan GliaCloud Co., Ltd., penyedia penyelesaian video AI untuk industri media dan pengiklanan bagi menghasilkan video yang berkualiti secara meluas.

 

Menggunakan teknologi AI GliaCloud, GliaStudio, penerbit yang menerima pakai penyelesaian video Dailymotion kini dapat menukarkan artikel mereka kepada video hanya dalam beberapa minit. Pernah bekerjasama dengan pelanggan-pelanggan terkenal seperti TikTok, ELLE, Publicis Groupe dan banyak lagi, GliaStudio memperkasa pencipta untuk meningkatkan strategi kandungan mereka dengan video.

Melalui penyelesaian video Dailymotion dan teknologi AI GliaStudio, penerbit boleh menambah artikel mereka dengan video, untuk mengubah paparan halaman kepada paparan video. Seterusnya, dapat memaksimumkan pendapatan mereka dan meningkatkan tahap penglibatan pengguna pada artikel mereka.

Mula dilancarkan di Taiwan bersama Dailymotion, penerbit tempatan seperti Juksy.com, Popdaily.com, Zimedia telah mula melaksanakan penyelesaian ini pada artikel mereka.

"Kami dapat melihat sejauh mana industri ini semakin beralih daripada teks kepada video," ujar Antoine Nazaret, Naib-Presiden Dailymotion, APAC, "dan bersama-sama GliaCloud, kami percaya dengan pemberian sokongan sepenuhnya kepada penerbit tempatan bagi meningkatkan strategi video mereka dan memaksimumkan pendapatan."

"Video-video buatan AI kami telah memperkasa penerbit media untuk mencipta pengalaman yang menarik untuk audiens mereka, terbukti dengan peningkatan purata masa yang dihabiskan di laman tersebut," tambah Agnes Peng, Ketua Pegawai Operasi GliaCloud. "Bagusnya perkongsian ini ialah penerbit kini boleh mengewangkan video mereka secara optimum."

Menyokong pelbagai bahasa termasuk bahasa Inggeris, bahasa Jepun, bahasa Korea, bahasa Mandarin dan bahasa Vietnam, perkongsian antara Dailymotion dan GliaCloud bertujuan untuk memperkasakan lagi penerbit dalam industri ini bagi berkongsi kandungan melalui penyelesaian video yang komprehensif mengenai ciri-cirinya.

Latar Belakang Dailymotion

Ditubuhkan pada tahun 2005, Dailymotion ialah perkhidmatan penstriman video global yang menghubungkan lebih 250 juta pencari hiburan kepada dunia peribadi berita dan hiburan mereka. Dibina melalui pemain yang pintar, algoritma intuitif dan menurut cadangan yang dipilih teliti yang dibuat oleh pakar-pakar kami yang benar-benar menyukai video-video hebat, Dailymotion ialah tempat sehenti untuk menikmati cerita oleh/daripada pencipta terbaik dalam satu pengalaman video yang memuncak. Dailymotion kini dimiliki oleh Vivendi dan beribu pejabat di Paris dengan pejabat-pejabat di New York, Singapura dan Marseille.

Latar Belakang GliaCloud

GliaCloud ialah sebuah syarikat teknologi AI yang dikhususkan untuk memperkasa industri media dan pengiklanan bagi menukarkan cerita mereka kepada video berkualiti secara meluas. Produk utamanya, GliaStudio, ialah platform penciptaan video AI yang dapat menghasilkan video daripada kandungan berita, hantaran sosial, acara sukan langsung dan data statistik dalam beberapa minit. Mula ditubuhkan pada tahun 2015, video-video buatan AI GliaStudio dengan bangganya membantu pelanggan untuk menghasilkan lebih 500 juta tontonan di seluruh dunia dengan kapasiti harian sebanyak 20,000 video.

Video - https://cdn4.prnasia.com/002071/mnr/video/20191219_GliaCloud.mp4  

Source: GliaCloud Co., Ltd.
Keywords: Advertising Computer/Electronics Entertainment Film & Motion Picture Licensing/marketing agreements