omniture

Ucommune Raikan Semangat Memberi Krismas ini Merentas Lokasinya

Ucommune
2019-12-20 11:23 354

Ucommune Jadikan Kerja Kurang Tertekan Semasa Musim Perayaan dengan E-dagang Perkongsian Bersama

BEIJING, 20 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Ucommune, salah satu syarikat unicorn China dalam ruang kerja bersama, menyambut semangat perayaan dengan menganjurkan jamuan-jamuan Krismas komuniti dan mengadakan aktiviti perayaan di komuniti-komunitinya di seluruh dunia. Tapak operasi Hong Kong dan Singapura menganjurkan acara perayaan untuk menghimpunkan kakitangan yang bekerja bersama-sama. Untuk memudahkan pembelian hadiah dan menjimatkan masa untuk ahli-ahlinya pada musim sibuk ini, Ucommune telah bekerjasama dengan jenama baru muncul dan yang mantap di China untuk memperkenalkan pelbagai idea hadiah yang mengujakan. Bermula dengan barang-barang berkualiti tinggi yang dihantar ke tempat kerja dengan kos yang rendah hinggalah kepada panduan 'rahsia Santa' yang sempurna untuk pemberi hadiah, ahli-ahli Ucommune boleh berkongsi dan membincangkan penemuan membeli belah baharu mereka, menjadikan pemberian hadiah musim perayaan ini lebih menyenangkan.

Ucommune Celebrates the Spirit of Giving This Christmas Across Its Locations.
Ucommune Celebrates the Spirit of Giving This Christmas Across Its Locations.

Dengan muzik dan acara bertema Krismas, banyak aktiviti menghiburkan dan menyenangkan yang ditawarkan. Sebagai tambahan kepada reruai foto, para ahli boleh mengambil bahagian dalam menyusun pokok-pokok kecil dan karangan bunga, bertukar-tukar hadiah Rahsia Santa, menggantungkan hajat-hajat pada pokok Krismas, dan bermain permainan meneka lagu. Tambahan pula, mereka dapat menikmati hidangan manisan perayaan seperti gula-gula tongkat, coklat, stesen coklat panas, meja pencuci mulut, wain dan minuman lain.

Bertujuan untuk memupuk ikatan dalam kalangan ahli-ahli keusahawanan dan mengembangkan pengalaman budaya kakitangan, Ucommune menyediakan ahli-ahlinya dengan cara untuk menghilangkan tekanan dan menghubungkan orang dari pelbagai inkubator dan laman sesawang, yang membolehkan mereka menikmati musim perayaan.

Latar Belakang Ucommune

Ucommune ialah pengendali komuniti kerja bersama China. Setakat 30 September 2019, Ucommune mewujudkan 197 ruang kerja Bersama merentas 41 bandar di Rantau Besar China dan Singapura. Perkhidmatan ruang kerja bersama luar talian Ucommune termasuk model-model kendalian sendiri U Space co-working, U Studio dan U Design untuk ruang tersuai, serta model-model aset-ringan, U Brand dan U Partner. Dengan empat tahun penerokaan, Ucommune memupuk ekosistem kerja bersama pintar di China, yang mana ahli-ahli kami dapat memanfaatkan rangkaian kami untuk menyerlahkan potensi mereka dan mencipta nilai maksimum secara kolektif. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.ucommune.com/en.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191219/2676375-1?lang=0

Source: Ucommune
Keywords: Banking/Financial Service Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Workforce Management/Human Resources Future Events