omniture

Sembilan Sorotan Utama daripada Forum Komunikasi Tahunan PR Newswire 2019

Trend, Cabaran Komunikasi Asia-Pasifik dan Peranan PR yang Semakin Berkembang
PR Newswire
2019-12-20 12:41 496

SHENZHEN, China, 20 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Forum Komunikasi PR Newswire 2019 telahpun diadakan pada 18 Disember di Shenzhen, China. Sebagai penyedia global yang utama bagi pengedaran berita serta perkhidmatan pemantauan media, PR Newswire telah menyusun senarai sorotan penting daripada acara ini agar golongan profesional PR dan komunikasi dapat mengetahui perkembangan terkini berhubung trend komunikasi terbaharu dan memahami bagaimana pengamal Asia-Pasifik berkembang sebagai respons kepada cabaran komunikasi ini.

Di bawah merupakan sembilan sorotan utama daripada barisan penceramah dan panelis kami yang hebat daripada The Wall Street Journal, Holmes Report, Bloomberg, Microsoft, ZTE Corporation, Trip.com Group, Tencent dan Ogilvy:

Sorotan Utama #1 "Media reputasi wajar akan berkembang mengikut kerelevenan."

Dalam ucapan pembukaan, Yujie Chen, Presiden, Asia-Pasifik, PR Newswire, menyatakan bahawa lantaran kenaikan trafik yang palsu atau tidak sah, media berbayar mula mencapai kesesakan pada tahun 2019. Justeru itu, media reputasi wajar bersedia untuk bangkit semula sebagai saluran yang lebih baik untuk komunikasi biarpun hakikatnya ia telah lama diabaikan. Pada tahun 2019, media reputasi wajar menyumbang hanya 0.5% daripada jumlah perbelanjaan PR, berbanding 95% untuk media berbayar dan 4.5% untuk media milik sendiri.

Yujie Chen, Presiden, Asia-Pasifik, PR Newswire
Yujie Chen, Presiden, Asia-Pasifik, PR Newswire

Sorotan Utama #2 "Berita palsu dijadikan senjata."

Arun Sudhaman, Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pengarang, Holmes Report, berucap mengenai persekitaran media yang berselerak dan keperluan yang semakin meningkat untuk golongan profesional PR menjadi lebih proaktif dalam menjadi pendorong ke arah kebaikan dengan menyediakan daya kreativiti sebenar kepada media dan juga audiens. Beliau menambah, menjadi kewajipan industri perhubungan awam untuk menepis godaan bagi menggunakan platform sosial untuk mengatur naratif palsu dan menentangnya dengan menyediakan kandungan unik dan autentik yang mempunyai nilai.

Sorotan Utama #3 "Rahsia untuk membina jenama premium ialah kesedaran."

Membentangkan Laporan Komunikasi APAC, Lynn Liu, Ketua Pembangunan Audiens, PR Newswire, menyebutkan bahawa 59% perniagaan memberi keutamaan untuk meningkatkan penjenamaan mereka berbanding metrik penukaran jualan. Beliau percaya bahawa penukaran bukanlah suatu aliran tanpa sumber. Sumber ialah jenama anda. Untuk mewujudkan jenama premium adalah dengan memberi nilai produk yang lebih tinggi, bukan sahaja dari segi produk, tetapi juga imej jenama. Meningkatkan kesedaran individu dan menarik perhatian audiens untuk mengubah tingkah laku mereka merupakan satu proses yang panjang. Walau bagaimanapun, pengaruhnya ke atas jualan dan pertumbuhan jangka panjang tidak boleh diabaikan.

Lynn Liu, Ketua Pembangunan Audiens, PR Newswire
Lynn Liu, Ketua Pembangunan Audiens, PR Newswire

Sorotan Utama #4 "Jangan pernah lupa, internet ialah tempat visual."

Semasa ucapan beliau, Alyssa McDonald, Editor Urusan, Asia Digital, Bloomberg, menekankan bahawa internet ialah tempat visual dan ini termasuk imej, video dan wawancara yang direkodkan. Malah, audio menjadi lebih penting berbanding sebelum ini. Beliau mencadangkan untuk memikirkan bagaimana syarikat anda sesuai dengan naratif yang lebih besar. Sebagai contoh, apakah yang dapat diberitahu oleh 'pitch' (video persembahan idea) anda tentang perubahan iklim atau teknologi? Dan jangan lupa untuk menyesuaikan 'pitch' anda. 

Salah satu tema media kritikal yang muncul semasa berlangsungnya acara ialah topik yang terlintas dalam benak fikiran kebanyakan orang: "Negara mana yang akan menjadi China seterusnya?" Ini merupakan soalan yang ditanyakan oleh media tatkala negara-negara Asia-Pasifik terus berkembang pada kadar yang pesat. Topik-topik lain dalam fikiran media termasuk perdagangan AS-China, kemakmuran Cina dan aspirasi global, perubahan iklim, ekonomi global; Kemelesetan A.S., teknologi baru muncul, pilihan raya A.S. dan Sukan Olimpik.

Alyssa McDonald, Editor Urusan, Asia Digital, Bloomberg
Alyssa McDonald, Editor Urusan, Asia Digital, Bloomberg

Sorotan Utama #5 "Video, naratif dan penceritaan penting."

Rong Shang, Naib Presiden Komunikasi & Hal Ehwal Awam, Microsoft, mendedahkan bahawa dalam era digital, 82% kandungan yang digunakan masa kini ialah video. Akan tetapi, ini merupakan era 4G dan dengan 5G yang bakal muncul tidak lama lagi, keadaan ini mungkin berubah. Namun demikian, biarpun kita tidak tahu kandungan yang akan menjadi paling popular pada tahun 2020-an, kita tahu bahawa walau apapun bentuk kandungan tersebut, naratif dan penceritaan akan kekal relevan.

Rong Shang, Naib Presiden Komunikasi & Hal Ehwal Awam, Microsoft
Rong Shang, Naib Presiden Komunikasi & Hal Ehwal Awam, Microsoft

Sorotan Utama #6 "Mempengaruhi melalui rakan setara adalah amat penting untuk mendapatkan kepercayaan."

Mempengaruhi melalui rakan setara adalah amat penting bagi mendapatkan kepercayaan dalam pasaran antarabangsa kata Dai Shu, Naib Presiden & Pengurus Besar Penjenamaan, ZTE Corporation. Dalam banyak pasaran antarabangsa, media tempatan dianggap sebagai rakan setara. Justeru itu, peranan media reputasi wajar adalah amat penting untuk perniagaan yang ingin berkembang ke peringkat global.

Dai Shu, Naib Presiden & Pengurus Besar Penjenamaan, ZTE Corporation
Dai Shu, Naib Presiden & Pengurus Besar Penjenamaan, ZTE Corporation

Sorotan Utama #7 "Mendapat pendedahan antarabangsa kekal suatu cabaran."

Leah Wang, Ketua Hal Ehwal Antarabangsa, berkongsi pengalaman Trip.com dalam menuju ke peringkat global dan bagaimana mereka mendapat pendedahan antarabangsa. Melibatkan rakan kongsi tempatan, Trip.com meningkatkan pendedahan organik melalui kandungan yang disesuaikan dan disetempatkan yang dapat meningkatkan kesedaran terhadap jenama mereka merentas media digital, tradisional dan industri. Saluran-saluran ini membantu Trip.com untuk memperluas jangkauannya dan meningkatkan audiens mereka.

Leah Wang, Ketua Hal Ehwal Antarabangsa, Trip.com
Leah Wang, Ketua Hal Ehwal Antarabangsa, Trip.com

Sorotan Utama #8 "Hubungan terbuka bersama audiens kunci berkembang ke peringkat global."

OnePlus bermula dengan berciri global, bersama ahli-ahli pasukan antarabangsa sejak dari awal, kata Lyndon Cao, Pengarah Pemasaran Kanan, OnePlus. Perniagaan yang ingin berkembang ke peringkat global perlu memahami hal-hal penting dengan betul sebelum memberi perhatian dengan lebih terperinci. Beliau menyebutkan dua panduan lain: 1) Bertindak dengan integriti dan kejujuran bagi menunaikan janji jenama anda. 2) Wujudkan hubungan terbuka bersama pengguna dan bersama-sama mencipta produk-produk baharu yang lebih baik. 

Lyndon Cao, Pengarah Pemasaran Kanan, OnePlus
Lyndon Cao, Pengarah Pemasaran Kanan, OnePlus

Sorotan Utama #9 "Penggabungan perisian menjadi trend yang semakin berkembang."

Kandungan masih menjadi yang paling penting - namun tindanan alatan industri tidak penting - Ulrik Larsen, Presiden, Cision Social, mengatakan tentang keperluan dan trend yang semakin berkembang ke arah penggabungan perisian bagi meningkatkan komunikasi dalam seluruh kitaran hayat. Beliau percaya bahawa apabila perkhidmatan ini menjadi lebih disatukan, hal yang sama juga akan berlaku untuk peranan kerja. 

Ulrik Larsen, Presiden, Cision Social
Ulrik Larsen, Presiden, Cision Social

Latar Belakang PRNewswire 

PR Newswire, sebuah syarikat Cision Ltd. (NYSE: CISN), ialah penyedia global yang terkemuka bagi pengedaran berita serta perisian dan perkhidmatan media reputasi wajar. Dengan penggunaan suit produk komunikasi-awan Cision, perkhidmatan PR Newswire membolehkan pemasar, komunikator korporat dan pegawai perhubungan pelabur mengenal pasti golongan berpengaruh utama, melibatkan audiens sasaran, mencipta dan mengedarkan kandungan strategik serta mengukur impak yang bermakna. Menggabungkan rangkaian penyebaran kandungan berbilang saluran, berbilang budaya yang terbesar di dunia dengan alatan dan platform aliran kerja yang komprehensif, PR Newswire memperkasa kisah-kisah organisasi-organisasi di seluruh dunia. PR Newswire menawarkan perkhidmatan kepada puluhan ribu pelanggan dari pejabat-pejabat di wilayah Amerika, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia-Pasifik.

Logo PR Newswire
Logo PR Newswire

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191218/2675189-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191218/2675189-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191218/2675189-1-c?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191218/2675189-1-d?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191218/2675189-1-e?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191218/2675189-1-f?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191218/2675189-1-g?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191218/2675189-1-h?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20191218/2675189-1-logo?lang=0

Source: PR Newswire
Keywords: Advertising Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Workforce Management/Human Resources Survey, Polls & Research Trade show news