BEIJING, 26 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Penyedia perkhidmatan awan gred perusahaan QingCloud (qingcloud.com) baru-baru ini mengumumkan strategi pengembangannya ke pasaran-pasaran global, dengan Jakarta, Indonesia sebagai hentian pertama. Dari pangkalan operasi pertama di luar pasaran asal ini, QingCloud akan menawarkan teknologi awan dan keupayaan perkhidmatan yang terkemuka di dunia kepada syarikat-syarikat di seluruh Asia Tenggara, memacu pembangunan pesat mereka di kawasan setempat dan seluruh dunia.
QingCloud, penyedia yang terkemuka dari segi teknologi bagi perkhidmatan awan gred perusahaan, memainkan peranan penting dalam pasaran pengkomputeran awan Cina selain di peringkat antarabangsa. Sebagai pendorong bagi transformasi digital tahap perusahaan, QingCloud menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan dari pelbagai industri, termasuk kewangan, penjagaan kesihatan, pembuatan, kerajaan dan tenaga selain sektor-sektor pengajian tinggi dan Internet baru muncul, setelah mengumpul pengalaman yang beraneka dalam amalan dan khidmat pelanggan.
Asia Tenggara telah menjadi rantau yang paling dinamik antara negara-negara Asia sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Dengan kadar penembusan Internet keseluruhan di rantau ini yang sentiasa bertambah baik, Asia Tenggara menyaksikan peningkatan permintaan terhadap inovasi teknologi. Sejak tahun 2012, dengan kelebihannya dalam teknologi dan inovasi, QingCloud telah menjadi pemacu utama dalam pembangunan industri Internet baru muncul di China, selain penyumbang kepada transformasi digital syarikat-syarikat tradisional. Pengalaman syarikat dalam pelbagai industri telah memainkan peranan penting dalam mempercepatkan inovasi digital di seluruh rantau ini.
Kemudahan baharu di Jakarta, yang dibina dalam pusat data utama pengendali telekomunikasi terbesar Indonesia, dilengkapi dengan keandalan dan keselamatan gred pembawa penuh. Bagi menawarkan penyelesaian sambungan dan kualiti akses sebaik mungkin kepada rangkaian seluruh dunia, QingCloud memilih untuk berganding bahu dengan pengendali utama negara ini, bagi menjamin liputan seluruh kepulauan Indonesia selain menghubungkan kepada semua talian luar negara. Kemudahan ini menyokong pelaksanaan digital di Asia Tenggara dan seluruh dunia dengan infrastruktur baharu, hos baharu dan penyelesaian sambungan baharu yang dapat memenuhi keperluan syarikat-syarikat tempatan tatkala mereka menerima inovasi dan mempercepatkan transformasi mereka.
QingCloud merancang untuk terus berkembang ke Asia Tenggara, di samping membuka pasaran-pasaran baharu di seluruh dunia dengan India, Afrika dan Amerika Selatan sebagai sasaran seterusnya dalam hala tuju mereka. Syarikat ini akan terus bekerjasama dengan rakan-rakan kongsinya bagi menggalakkan inovasi teknologi dan pembangunan mampan ekonomi digital.