omniture

JA Solar Akan Bekalkan Modul 490MW untuk Projek Transmisi UHV Huanghe Hydropower Development

JA Solar Technology Co., Ltd.
2019-12-27 15:24 302

BEIJING, 27 Disember 2019 /PRNewswire/ -- JA Solar, pengeluar yang terkemuka bagi produk fotovolta berprestasi tinggi, mengumumkan bahawa ia memenangi bidaan bagi membekalkan modul berkecekapan tinggi 490MW untuk Projek Transmisi voltan ultra tinggi (UHV) Huanghe Hydropower di Wilayah Qinghai. Projek ini, dengan skala 3.1GW, ialah projek demonstrasi UHV yang utama di dunia. Ini juga amat penting untuk aplikasi teknologi baharu dan penerokaan bagi pelaksanaan projek-projek tenaga boleh diperbaharui dengan UHV.

JA Solar akan membekalkan modul dwikaca dwimuka separa sel 9BB PERC mononya untuk projek berkenaan, bagi memudahkan penyepaduan produk solar yang canggih dan grid kuasa UHV. Dengan kuasa output pengeluaran yang besar sebanyak 410W dan kecekapan penukaran 20.4%, produk yang canggih ini menggabungkan beberapa teknologi yang utama termasuk sel dwimuka, 9BB, separa sel dan struktur dwikaca. Khususnya, teknologi 9BB dapat mengurangkan kehilangan rintangan; teknologi separa sel memberi prestasi yang lebih baik dalam keadaan teduh; manakala struktur dwikaca membolehkan kebolehsuaian yang lebih baik untuk persekitaran yang berbeza. Di samping itu, teknologi pengedopan galium diaplikasikan kepada wafer silikon untuk mengurangkan degradasi teraruh cahaya (LID) dengan berkesan. Semua teknologi ini memastikan modul ini mengoptimumkan prestasi penjanaan kuasa. Dengan keandalan kukuh serta kebolehsuaian persekitarannya, modul canggih JA Solar telah melepasi ujian TUV Nord serta Intertek dan amat sesuai untuk mengurangkan kos imbangan sistem (BOS) dan juga LCOE. 

En. Jin Baofang, Pengerusi Lembaga Pengarah JA Solar, menyatakan, "Huanghe Hydropower Development Co., Ltd ialah syarikat tenaga komprehensif yang besar di bawah State Power Investment Corporation. Ia mempunyai 20 tahun pengalaman dalam pembinaan dan pembangunan stesen janakuasa fotovolta serta mengekalkan hubungan kerjasama dalam tempoh jangka panjang bersama JA Solar. Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Huanghe Hydropower untuk projek rintis ini dan akan terus bekerjasama dengan rakan-rakan kerjasama kami bagi mempromosikan penggunaan produk-produk berkecekapan tinggi secara meluas bagi membolehkan industri mencapai pariti grid di seluruh dunia."

Source: JA Solar Technology Co., Ltd.
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Contracts