omniture

TCL bakal Pamer Teknologi Mini-LED Generasi Seterusnya di CES 2020

TCL
2019-12-30 18:34 311

SHENZHEN, China, 30 Disember 2019 /PRNewswire/ -- TCL Electronics (1070.HK), penggiat yang berpengaruh dalam industri televisyen global dan syarikat barangan elektronik pengguna yang terkemuka, bakal mempamerkan teknologi Mini-LED generasi seterusnya antara suit penuh inovasi unggul di CES 2020 di Las Vegas, 7–10 Januari.

Next Generation Mini-LED Technology
Next Generation Mini-LED Technology

Telahpun menjadi salah satu jenama barangan elektronik pengguna yang paling pantas berkembang hasil daripada penyelesaian TV canggihnya, termasuk membawa televisyen pertama di dunia yang menggunakan cahaya belakang Mini-LED berprestasi tinggi ke Amerika Utara dan Eropah awal tahun ini, TCL terus meningkatkan dan mendorong penembusan Mini-LED. Dengan teknologi Quantum Contrast, standard baharu untuk kualiti gambar TV telah diwujudkan dengan puluhan ribu Mini-LED individu memberi kuasa kepada model-model TCL yang paling premium untuk paparan yang dapat memberikan kontras yang tiada tandingan serta kejelasan yang cemerlang. Syarikat ini sekali lagi akan meninggikan piawaian dan memperkenalkan prestasi Mini-LED generasi seterusnya di sidang akhbar CESnya pada 6 Januari 2020 yang mana outlet-outlet media utama dari seluruh dunia akan berhimpun.

"TCL teruja untuk berada di pameran terbesar teknologi dan berdiri di atas pentas paling hebat teknologi tersebut untuk berkongsi perkembangan Mini-LED terkini kami berserta visi kami untuk industri ini dalam era AI dan IoT," kata Kevin Wang, Ketua Pegawai Eksekutif TCL Industrial Holdings dan TCL Electronics. "TCL komited untuk menawarkan rangkaian produk yang lebih luas bagi memenuhi keperluan pengguna dan menyediakan mereka dengan pengalaman yang lebih baik dan lebih diperibadikan. Seperti mana semua produk kami, saya berharap agar rangkaian TV baharu ini dapat meningkatkan kehidupan mereka dengan membawa keriangan ke rumah-rumah di seluruh dunia."

Pengumuman CES oleh TCL akan turut distrim melalui platform media sosial milik syarikat:

Facebook - @tclelectronicsglobal
Twitter - @TCL_TV_Global dan @TCL_USA
YouTube - @TCL Electronics dan @TCL USA

Sidang Akhbar TCL:
6 Januari 2020
12:00pm PST
Dewan Besar D, Oceanside, Mandalay Bay Convention Center

Reruai TCL:
7–10 Januari 2020
Reruai #12930, Dewan Pusat, Las Vegas Convention Center

Latar Belakang TCL
TCL Electronics (1070.HK) ialah sebuah syarikat barangan elektronik pengguna yang pantas berkembang dan pemain utama dalam industri TV global. Ditubuhkan pada tahun 1981 di China, kini ia beroperasi dalam lebih 160 pasaran di seluruh dunia. Menurut Sigmaintell, TCL menduduki tempat kedua dalam pasaran TV global dari segi jumlah jualan pada suku pertama hingga suku ketiga tahun 2019. TCL mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan produk-produk barangan elektronik pengguna bermula daripada televisyen, produk audio dan kediaman pintar.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191227/2679686-1?lang=0

Source: TCL
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics New products/services Trade show news Future Events