BANDAR RAYA HO CHI MINH, Vietnam, 31 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Bagi memulakan perayaan TET lebih awal, VP Bank Finance Company Limited (FE CREDIT), salah satu pengeluar kad Kredit yang terbesar di Vietnam telah mengumumkan pelancaran tiga promosi kad yang menarik.
En. Kalidas Ghose , Ketua Pegawai Eksekutif FE CREDIT berkata, "Sebagai peneraju pasaran, FE CREDIT yakin dengan usaha menjadikan kehidupan yang Pantas dan Diperkaya untuk pemegang kadnya yang dihargai."
En. Nimish Dwivedi, Pengarah Pusat Perniagaan Kad Kredit FE Credit menyambung, "Promosi yang distruktur dengan jelas ini merupakan contoh-contoh lain daripada tumpuan utama kami, iaitu untuk memberi faedah serta nilai yang relevan kepada segmen utama peserta kategori kami."
Cik Winnie Wong , Pengurus Negara Vietnam, Kemboja dan Laos, Mastercard berkata, "Pada musim perayaan ini, ahli-ahli kad MasterCard® FE CREDIT boleh menikmati kebersamaan dan ketenangan minda apabila membayar secara dalam talian dengan Mastercard ® SecureCode™, yang menyediakan lapisan perlindungan dalam talian tambahan."
Latar Belakang FE CREDIT
Perintis bagi Kewangan Pengguna, FE CREDIT mewujudkan asas yang kukuh untuk menjadi peneraju pasaran bagi pinjaman pengguna tidak bercagar dan pasaran kad kredit.FE CREDIT kini menyediakan perkhidmatan kewangan pengguna seperti pinjaman peribadi, pinjaman kenderaan dua roda, pinjaman barangan pengguna tahan lama, kad kredit dan insurans. FE CREDIT menawarkan perkhidmatan kepada hampir 10 juta pelanggan, bekerjasama dengan 8,500 rakan kongsi merentas 12,000 outlet Tempat Jualan (POS) di seluruh negara.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191230/2680015-1?lang=0