omniture

CIFF Guangzhou 2020 Berkembang dengan Pengaruh Antarabangsa tatkala ia bersedia tampilkan julung kali Astaka Jenama Antarabangsa Baharu

China International Furniture Fair (Guangzhou)
2019-12-31 05:07 680

GUANGZHOU, China, 31 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Pameran Perabot Antarabangsa China (Guangzhou) (CIFF Guangzhou 2020) kali ke-45 dijadualkan untuk diadakan mulai 18 hingga 21 Mac dan 28 hingga 31 Mac 2020 di Guangzhou. Pameran berkenaan akan melibatkan tiga pameran perdagangan yang memberi tumpuan pada tiga segmen pasaran: Perabot Rumah/Hiasan Rumah/Perabot Luar Rumah, Perabot Pejabat dan CIFM/Interzum Guangzhou. Ia juga bakal menampilkan buat julung kalinya Dewan Jenama Antarabangsa dalam Pameran Pejabat.

CIFF Guangzhou 2020 is scheduled to be held from March 18 to 21 and 28 to 31, 2020 in Guangzhou, China
CIFF Guangzhou 2020 is scheduled to be held from March 18 to 21 and 28 to 31, 2020 in Guangzhou, China

Pameran berkeluasan 760,000m2 ini bersedia untuk menerima 4,300 pempamer dan menjadi tuan rumah kepada lebih daripada 300,000 pengunjung profesional dari 200 buah negara dan wilayah.

Sebagai pameran perdagangan utama, CIFF terus mempromosikan pengaruh antarabangsanya dan kepelbagaian penawarannya. Astaka untuk jenama-jenama global dalam bahagian Perabot Rumah (Dewan 3.1-5.1) telah mendapat banyak perhatian, dengan bilangan pengunjung pejalan kaki meningkat setiap tahun.

Di CIFF Guangzhou 2020, jenama-jenama antarabangsa yang terkenal termasuk Manwah, HTL, M&D, TA, KODA, Asiades, PREMIER dan ACME mahupun jenama-jenama baharu yang pantas berkembang seperti Sharda, In trading, Kappesberg, Merlino, Star dan Diamond kesemuanya akan hadir.

Sebagai sebahagian daripada pemacu berterusan untuk inovasi, Dewan 9.3 dalam Pameran Pejabat akan berubah menjadi astaka jenama antarabangsa yang menjadi tuan rumah kepada jenama-jenama terkenal untuk "Pameran Pejabat Masa Depan Antarabangsa". Pameran ini telah direka bentuk oleh CIFF untuk merombak dan mencabar erti Imaginasi-Pejabat, mengubah interaksi orang ramai dengan ruang, alam semula jadi dan masyarakat pada masa kini dan masa depan.

Dengan taraf antarabangsa yang semakin meningkat, CIFF menarik banyak pempamer berkualiti tinggi dan pengunjung profesional dari China mahupun luar negara. CIFF Guangzhou 2019 menjadi tuan rumah kepada 297,759 pengunjung dari lebih 200 buah negara dan wilayah termasuk pengimport dan pengeksport antarabangsa, wakil penjual, penjual runcit, rantaian jenama, pereka, arkitek, pemaju hartanah dan golongan profesional yang lain.

Meskipun bilangan pengunjung daripada pasaran-pasaran perabot terkemuka UK, Rusia, Itali, Jerman dan negara-negara Eropah yang lain terus meningkat, kehadiran pembeli daripada pasaran-pasaran baru muncul turut meningkat dengan ketara.

Di CIFF Guangzhou 2019, negara-negara yang mengalami pertumbuhan yang paling ketara dari segi bilangan pembeli ialah Australia, India, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Korea Selatan, Thailand dan Vietnam selain negara-negara Asia Tenggara yang lain. Pameran berkenaan turut menyaksikan pertumbuhan yang kukuh dari segi bilangan pengunjung dari Timur Tengah, yang paling ketara, Arab Saudi dan UAE, manakala bilangan pengunjung dari Afrika meningkat lebih dua kali ganda.

https://www.ciff-gz.com/en/index 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191230/2680075-1?lang=0

Source: China International Furniture Fair (Guangzhou)
Keywords: Furniture & Furnishings Household/Consumer/Cosmetics Office Products Retail Trade show news Future Events