omniture

Acara Kiraan Detik menuju 2020 di 'Central World', Times Square Asia

Central Pattana Plc (CPN)
2020-01-02 11:17 254

BANGKOK, 2 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Kerajaan dan syarikat-syarikat daripada sektor swasta terkemuka yang diterajui oleh Central Pattana Plc (CPN), pemaju hartanah runcit utama Thailand, Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand, Advanced Info Service Plc. (AIS) dan rakan-rakan kongsi yang lain berganding bahu bagi menganjurkan 'Thailand & AIS Bangkok Countdown 2020' ('Kiraan Detik Thailand & AIS Bangkok 2020') bagi menonjolkan dirinya sebagai pencipta bagi 'Global & Thailand's Best Entertainment Countdown' ('Kiraan Detik Hiburan Terbaik Global & Thailand'). Sebagai 'Times Square Asia', Central World disebut sebagai salah satu destinasi sambutan Tahun Baharu yang utama di dunia oleh CNN. Dinikmati menerusi pentas konsert yang terbesar di Asia Tenggara berukuran 220-meter panjang berserta hidraulik dengan ketinggian 4 tingkat yang bersegerak dengan 'PanOramix@centralwOrld'; skrin interaktif digital yang terbesar di dunia. Nikmatilah persembahan daripada lebih 100 DJ antarabangsa, artis dan penari berserta pertunjukan bunga api yang menakjubkan bagi mendapatkan pemandangan terbaik latar langit dan bangunan pencakar langit Bangkok. CPN turut mengelolakan mercu tanda kiraan detik di 11 cawangan seluruh negara iaitu di CentralPlaza, CentralFestival dan Central Phuket.

Best countdown celebration at ‘Central World’ – The Times Square of Asia
Best countdown celebration at ‘Central World’ – The Times Square of Asia

 

Central Phuket International Countdown – Thailand’s global countdown celebration
Central Phuket International Countdown – Thailand’s global countdown celebration

Dr. Nattakit Tangpoonsinthana, Naib Presiden Eksekutif Pemasaran CPN, berkata: "CPN telah mengadakan acara-acara kiraan detik di seluruh negara secara berterusan selama lebih 20 tahun dan telah menjadi pendominasi acara kiraan detik kebangsaan dan antarabangsa. Saban tahun, kami menekankan konsep 'Go Global -- Love Local' bagi menonjolkan diri kami sebagai peneraju bagi acara-acara kiraan detik. Pada skala global, kami mempunyai Central World dan Central Phuket sebagai peneraju bagi menjadi mercu tanda kiraan detik yang paling popular di dunia dengan membawa lebih ramai DJ antarabangsa yang terkenal. Aspek utama yang sentiasa menyokong CPN bagi melaksanakan acara-acara kami yang membuahkan hasil ialah pengalaman pengurusan acara kami dan daya kreativiti dalam mencipta detik-detik baharu mengikut keperluan pelanggan.

Tahun ini, Central World ditonjolkan sebagai acara 'Kiraan Detik Hiburan Terbaik Dunia', dijamin dengan hakikat bahawa ia telah dinamakan sebagai 'Times Square Asia'. Setiap orang dapat menikmati sepenuhnya konsert dan acara kiraan detik serta menyaksikan pertunjukan bunga api menakjubkan yang bercahaya satu demi satu secara berturutan untuk melihat pemandangan terbaik pencakar langit Bangkok.

Central World ialah destinasi yang wajib dikunjungi oleh pembeli belah tempatan dan asing, terletak di tengah-tengah Bangkok di persimpangan Ratchaprasong dengan perjalanan yang mudah menggunakan 'sky train' BTS. Acara kiraan detik ini membantu merangsang ekonomi negara dan menekankan visi CPN dalam menjadi 'Tumpuan Kehidupan' ('Center of Life') bagi setiap wilayah, selain untuk mempromosikan Thailand sebagai destinasi yang tidak dapat dilupakan untuk pelancong dari serata dunia.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200102/2679718-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200102/2679718-1-b?lang=0

Source: Central Pattana Plc (CPN)
Related Links:
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Entertainment Travel Future Events