SHANGHAI, 2 Januari 2020 /PRNewswire/ -- UnionPay International (UPI) hari ini mengumumkan bahawa terdapat 28.5 juta peniaga di luar tanah besar China menerima kad UnionPay. Antara peniaga-peniaga ini, empat juta turut menyokong perkhidmatan pembayaran mudah alih UnionPay, satu peningkatan kira-kira sebanyak satu juta berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Pemegang kad UnionPay boleh mengimbas kod QR UnionPay untuk membayar di HEYTEA di Singapura, mengetik telefon mudah alih mereka untuk menaiki Moscow Metro di Rusia dan menuntut bayaran balik cukai melalui aplikasi mudah alih UnionPay di lapangan terbang di Rome. Pengguna perkhidmatan pembayaran mudah alih UnionPay kini dapat menikmati kemudahan pembayaran yang lebih besar dan jenis perkhidmatan yang lebih luas semasa menjelajah ke luar negara.
UnionPay terus perluas jejak penerimaan globalnya
Menurut Pertubuhan Pelancongan Dunia, bilangan pelancong Cina ke luar negeri pada tahun 2019 dijangka meningkat sebanyak 14% berbanding tahun sebelumnya. Sebagai respons kepada hal ini, UPI terus meluaskan jejak penerimaan globalnya untuk menawarkan pengalaman pembayaran yang lancar kepada pelancong Cina. Pada tahun 2019, UnionPay diterima buat julung kalinya di Ukraine, Armenia, Bosnia dan Herzegovina serta Chili, meluaskan jaringan penerimaan global UnionPay ke 177 buah negara dan wilayah.
Selain meluaskan skop penerimaannya, UPI juga meningkatkan penerimaan perkhidmatan pembayaran mudah alihnya. Setakat ini, pemegang kad UnionPay boleh membuat bayaran dengan mengimbas kod QR UnionPay atau mengetik telefon mudah alih mereka di 53 buah negara dan wilayah. Tahun ini, transaksi kod QR UnionPay meningkat kira-kira sebanyak 4 kali ganda berbanding tahun sebelumnya manakala bagi pembayaran tanpa sentuh mudah alih UnionPay, QuickPass, meningkat sebanyak 40%.
Perkhidmatan bayaran mudah alih UnionPay tersedia dalam lebih banyak bidang
Logo aplikasi mudah alih UnionPay boleh didapati pada muka depan kedai utama LOFT di Ginza Jepun, yang mana pemegang kad UnionPay boleh membayar secara mudah dengan mengimbas kod QR UnionPay di kaunter kedai. Pembayaran mudah alih UnionPay boleh didapati terutamanya daripada pelbagai jenis peniaga, meliputi bidang makanan dan minuman (F&B), penginapan, transit, lawatan, membeli belah dan hiburan. Peniaga-peniaga popular menerima bayaran mudah alih UnionPay termasuk peniaga katering yang popular seperti Fish Market di Australia, KFC di Nepal dan No Signboard Seafood di Singapura, rangkaian pasar raya seperti Mannings di Hong Kong, Lotus Supermarket di Thailand dan Foodymart di AS, serta pelbagai tempat tarikan pelancong seperti Hong Kong Ocean Park dan Korean Folk Village.
Baru-baru ini, UPI melancarkan tawaran akhir-tahun iaitu potongan sehingga 30% untuk pemegang kad dalam 80 bidang perniagaan utama di seluruh dunia. Peniaga-peniaga popular dalam beberapa bidang perniagaan seperti The Shilla Duty Free di Singapura, GS25 Convenient Store di Korea Selatan dan kedai buku Eslite di Taipei, menyediakan tawaran istimewa kepada pelanggan yang membayar dengan bayaran mudah alih UnionPay.
Aplikasi mudah alih UnionPay tawar jenis perkhidmatan yang lebih luas
UPI juga menaik taraf perkhidmatan tambahan rentas sempadan aplikasi mudah alih UnionPay. Dengan pelancaran Versi 7.0, aplikasi UnionPay kini menawarkan jenis perkhidmatan yang lebih luas termasuk panduan menggunakan kad global, kod diskaun U Plan, bayaran balik cukai waktu sebenar, permohonan visa untuk 40 buah negara dan wilayah serta penghantaran ekspres rentas sempadan.
Pada Julai 2019, aplikasi mudah alih UnionPay melancarkan perkhidmatan bayaran balik cukai digital yang mencakupi lebih daripada 400 outlet bayaran balik cukai di 27 buah negara dan wilayah di luar tanah besar China. Pengguna boleh mendapat bayaran balik cukai dengan segera diremitkan dalam RMB kepada kad UnionPay mereka selepas kod bayaran balik cukai mereka diimbas, tanpa perlu mengisi sebarang borang.