omniture

WeLab kumpul US$156J dalam pembiayaan strategik Siri C, sempurnakan pengumpulan dana teknologi kewangan terbesar di Rantau Besar China pada 2019

Menyasarkan untuk melancarkan WeLab Bank pada 2020 dan terus berkembang ke peringkat antarabangsa dalam 2 tahun akan datang
WeLab
2020-01-03 18:20 301

HONG KONG, 3 Januari 2020  /PRNewswire/ -- WeLab, sebuah syarikat teknologi kewangan yang terkemuka di Asia, hari ini mengumumkan bahawa ia telah mengumpul sebanyak US$156 juta (bersamaan dengan lebih HK$1.2 bilion) bagi pembiayaan strategik Siri C, lantas menyempurnakan pengumpulan dana teknologi kewangan yang terbesar di Rantau Besar China, setakat tahun ini. Pusingan ini menarik sokongan daripada pelabur-pelabur baharu serta 5 pelabur sedia ada yang membuat pelaburan susulan, termasuk Alibaba Hong Kong Entrepreneurs Fund dan China Construction Bank (International) antara lain, sebagai pengesahan untuk pencapaian dan keyakinan WeLab untuk prospek masa depan WeLab.

"Pembiayaan ini akan digunakan untuk terus membangunkan dan meluaskan platform kami sebagai pendorong teknologi kewangan. Pelaburan selanjutnya ke dalam penyelidikan dan pembangunan teknologi, akan membolehkan kami untuk mengaplikasikan teknologi inovatif ini di seluruh rantau berkenaan bagi memperkenalkan produk dan perkhidmatan tambahan untuk pelanggan kami bagi menyediakan perkhidmatan kewangan yang holistik secara digital," kata Simon Loong, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan WeLab. 

Prestasi kukuh merentas semua perniagaan teras, meletakkan asas untuk pengembangan selanjutnya 

Dalam tempoh 2 tahun sejak pusingan pengumpulan dana yang terakhir pada tahun 2017, WeLab berjaya berubah menjadi peneraju teknologi kewangan serantau, mengembangkan perniagaan didayakan teknologi dalam 3 pasaran, mencapai beberapa kejayaan penting termasuk diberikan beberapa lesen operasi dan paten teknologi yang utama dalam industri, termasuk: lesen bank maya Hong Kong; lesen jaminan kewangan dan lesen pajakan kewangan Tanah Besar China; lesen teknologi kewangan Indonesia yang dikeluarkan oleh OJK; dan paten teknologi, termasuk untuk "Pengkomputeran pinggir", yang mengukuhkan komitmen WeLab terhadap inovasi teknologi kewangan dan laluan untuk menyediakan perkhidmatan kewangan yang lebih komprehensif. WeLab turut melancarkan nama Cina kumpulan ini secara rasmi "匯立金融控股有限公司" dan nama Cina WeLab Bank sebagai "匯立銀行". 

Operasi-operasi Kumpulan ini yang mencakupi 3 pasaran telah mencapai beberapa keputusan luar biasa melalui 6 jenama utama.

Hong Kong:  WeLab telah diberikan lesen perbankan maya oleh Pihak Berkuasa Monetari Hong Kong pada April 2019 dan dijangka untuk melancarkan WeLab Bank pada 2020, bagi menyediakan pengalaman perbankan digital yang memberangsangkan kepada pelanggan. Pengerusi Cyberport (inkubator teknologi utama Hong Kong), Dr Lee George Lam turut serta sebagai Pengarah Bukan-Eksekutif Bebas untuk berkhidmat dalam Lembaga Pengarah bersama-sama ahli-ahli terkenal yang lain termasuk Profesor KC Chan yang akan berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga WeLab Bank. Dengan rekod prestasi operasi selama lebih 6 tahun, WeLend terus menjadi platform pemberian pinjaman dalam talian khusus yang terkemuka di Hong Kong, dengan bahagian pasaran kira-kira 13.2%, yang semakin kukuh, merealisasikan pertumbuhan keuntungan bersih sebanyak 155% pada tahun 2019.

Tanah Besar China: Hanya dalam tempoh 5 tahun, WeLab telah membina jejak dan kedudukan kepimpinan yang luas di Tanah Besar tersebut merentas 3 jenama utama. Susulan penjajaran strategik WeLab Digital (我来数科) awal tahun ini, bilangan pengguna berdaftar telah melebihi angka 41 juta manakala bilangan permohonan pinjaman kecil dan mikro telah meningkat sebanyak 412% yang mengagumkan pada tahun 2019. Penyelesaian pajakan ekonomi baharu yang disediakan oleh Taoxinji (淘新机) yang turut disediakan pada platforms JD.com dan Alipay, 2 syarikat gergasi e-dagang di China, terus berkembang merentas kategori penyewaan produk elektronik pengguna, kini meliputi lebih 300 produk elektronik popular termasuk telefon mudah alih, dron, komputer riba, peranti IoT dan sebagainya. Jenama penyelesaian perusahaan B2B WeLab Tianmian Lab (天冕大数据实验室) yang menyediakan penyelesaian berasaskan awan, mula bekerjasama dengan lebih 300 institusi, membolehkan mereka untuk menawarkan perkhidmatan didayakan teknologi kewangan dan pengalaman digital kepada pelanggan.

Indonesia: Telahpun memasuki pasaran Indonesia pada tahun 2018 dengan salah satu konglomerat yang terbesar di Indonesia, PT Astra International, sebagai rakan kongsi usaha sama untuk membentuk PT AWDA, jenama maucash dilancarkan dan mendapat daya tarikan yang kuat pada tahun pertama operasi, memperoleh lebih daripada 600,000 pengguna berdaftar, iaitu 28% lebih banyak apabila WeLab menembusi pasaran Tanah Besar pada tahun 2014. Entiti ini turut diberikan lesen teknologi kewangan oleh Pihak Berkuasa Pengawalseliaan Perkhidmatan Kewangan Indonesia (OJK) pada September 2019, lalu menjadi salah satu daripada hanya 13 pengendali berlesen di Indonesia.

Bangkit melawan arus, memperkukuh asas pelabur kelas pertama

WeLab memegang rekod prestasi terbukti bagi pengumpulan dana daripada pelabur global kelas pertama yang telah menyumbang dengan banyak sebagai rakan kongsi strategik dalam meluaskan pertumbuhan pesat Kumpulan ini. Menurut PitchBook, pembiayaan strategik Siri C WeLab merupakan pengumpulan dana teknologi kewangan yang terbesar di Rantau Besar China setakat ini pada tahun 2019 dan keempat antara pengumpulan dana teknologi kewangan di Asia. Dalam masa yang sama, penilaian Kumpulan terus mencapai paras ketinggian baharu, mendaki ke kedudukan 10 Terbaik syarikat unikorn di Kawasan Teluk Lebih Besar selepas pusingan Siri C ini, menurut "Senarai Unikorn Global Hurun 2019" yang dikeluarkan oleh Hurun Research Institute. 

Mengaktifkan perjalanan strategik yang baharu bagi tahun 2020 

Pada tahun 2020, Kumpulan ini beraspirasi untuk terus membangunkan dan meluaskan platform sebagai pendorong teknologi kewangan menerusi 3 sasaran utama yang berikut: untuk melancarkan WeLab Bank pada tahun 2020; mengembangkan lagi perniagaan B2B China untuk bekerjasama dengan lebih 1,000 rakan kongsi dan untuk menjadikan "Pengkomputeran Privasi" proprietari kami penyelesaian untuk perusahaan melalui platform awan pada separuh kedua tahun 2020; dan menyasarkan unutk menembusi satu lagi pasaran Asia Tenggara di luar Indonesia dalam tempoh 2 tahun akan datang.

Sebagai penutup, Loong turut berkata, "Dengan kemajuan teknologi, teknologi kewangan disepadukan secara berperingkat-peringkat ke dalam kehidupan harian kita sepanjang dekad yang lalu, mengubah dunia perbankan tradisional sebagaimana kita mengenalinya. Tahun 2020 melambangkan titik lengkuk balas yang mana seruan untuk pengawasan dan tadbir urus diperlukan, bermula dengan bank digital dikawal selia."

Latar Belakang WeLab 

WeLab ialah sebuah syarikat teknologi kewangan yang terkemuka di Asia dengan salah sebuah bank maya pertama ditubuhkan di Hong Kong. WeLab menyediakan perkhidmatan kewangan dengan mencipta pengalaman digital yang lancar kepada lebih 41 juta pengguna di seluruh Hong Kong, Tanah Besar China dan Indonesia. WeLab dinamakan dalam laporan tajaan KPMG sebagai salah satu daripada 100 syarikat Teknologi Kewangan utama di dunia – #23 di seluruh dunia dan #6 di China. WeLab diberi kedudukan #1 sebagai "Jaguh Pertumbuhan Kawasan Teluk Lebih Besar 2020" dalam satu laporan oleh SCMP dan turut diberi kedudukan oleh Deloitte sebagai syarikat teknologi paling pantas berkembang #1 berdasarkan pendapatan di Hong Kong dan #4 di China.

Menggunakan teknologi pengurusan risiko proprietarinya dan keupayaan AI yang canggih, WeLab menganalisis dengan berkesan data raya mudah alih tidak berstruktur dalam beberapa saat untuk menyediakan perkhidmatan kewangan yang inovatif dan menawarkan penyelesaian pembiayaan pengguna buat pelanggan individu. Syarikat turut menawarkan penyelesaian perusahaan B2B melalui jalinan kerjasama dengan institusi-institusi kewangan tradisional, yang menggunakan teknologi WeLab untuk menawarkan perkhidmatan didayakan teknologi kewangan kepada pelanggan mereka. 

WeLab beroperasi dalam 3 pasaran di bawah 6 jenama utama termasuk WeLend dan WeLab Bank di Hong Kong, WeLab Digital (我来数科), Taoxinji (淘新机) dan Tianmian Lab (天冕大数据实验室) di Tanah Besar China serta "maucash", di bawah AWDA, satu usaha sama teknologi kewangan dengan PT Astra International di Indonesia.

Pelabur-pelabur WeLab termasuk dana kekayaan berdaulat Malaysia Khazanah Nasional Berhad, TOM Group CK Hutchison, International Finance Corporation (ahli World Bank Group), Alibaba Entrepreneurs Fund, China Construction Bank (International), Sequoia Capital dan ING Bank.

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20191212/2668933-1logo?lang=0

Source: WeLab
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Venture Capital Financial Technology