omniture

Huawei Wi-Fi 6 Tersenarai No. 1 Seluruh Dunia (Tidak Termasuk Amerika Utara), Menurut Dell'Oro Group

Huawei
2020-01-06 07:53 254

SHENZHEN, China, 6 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Huawei Wi-Fi 6 tersenarai sebagai No.1 dalam pasaran global (tidak termasuk Amerika Utara), menurut laporan tentang bahagian pasaran AP tertutup Wi-Fi 6 global dari suku ketiga tahun 2018 hingga suku ketiga tahun 2019 oleh Dell'Oro Group, sebuah firma analisis pasaran dan penyelidikan bebas yang terkemuka.

Pada Oktober 2018, Wi-Fi Alliance secara rasmi mengumumkan sistem0 penamaan Wi-Fi serba baharu untuk generasi-generasi Wi-Fi, dengan Wi-Fi 6 sebagai nama ringkas untuk IEEE 802.11ax. Wi-Fi 6 bertambah baik daripada Wi-Fi 5 dengan lebih empat kali ganda lebar jalur maksimum bagi setiap pelanggan dan bilangan pelanggan serentak serta lebih daripada tiga kali ganda kependaman yang lebih rendah. Penambahbaikan sedemikian membawa kepada Wi-Fi 6 untuk diterima pakai oleh semakin banyak perusahaan, sekolah, hospital dan perintis lain untuk menyambungkan segala-galanya pada rangkaian kampus mereka. Pengamal awal ini menggunakan Wi-Fi 6 untuk mengatur aplikasi yang inovatif seperti persidangan video HD 4K/8K, pengajaran interaktif VR/AR, teleperubatan dan robot pintar.

Laporan Dell'Oro Group yang terkini merupakan testimoni kepada peningkatan populariti Wi-Fi 6 antara organisasi-organisasi global. Menurut laporan berkenaan, pendapatan keseluruhan pasaran Wi-Fi 6 global meningkat dengan pesat dalam tiga suku pertama tahun 2019, meningkat kepada 30 kali ganda berbanding tahun 2018. Dalam tempoh yang sama, pendapatan daripada pasaran Wi-Fi 4 dan Wi-Fi 5 menurun sedikit. Prestasi pasaran ini menandakan tahun 2019 sebagai tahun pertama penggunaan komersial Wi-Fi 6.

Huawei ialah peneraju dalam pasaran Wi-Fi 6. Dengan AirEngine Wi-Fi 6 miliknya, Huawei menjadi peneraju dalam mengatur rangkaian Wi-Fi 6 kelas-perusahaan yang pertama dalam industri di Shanghai seawal tahun 2018. Sejak itu, Huawei AirEngine Wi-Fi 6, dikuasakan oleh Huawei 5G, telah menjadi pilihan utama lebih banyak pelanggan industri di seluruh dunia, membantu mereka membina rangkaian Wi-Fi 6 yang ideal dengan lubang liputan sifar, masa menunggu sifar dan kehilangan paket sifar semasa perayauan. Pelanggan-pelanggan biasa termasuk Shenzhen Metro di China, stadium Basel St. Jakob-Park di Switzerland, Agos bank di Itali, Mondragon University di Sepanyol dan University of Johannesburg di Afrika Selatan..

Steven Zhao, Presiden Domain Rangkaian Kampus, Barisan Produk Komunikasi Data Huawei, berkata: "Kami berasa amat gembira apabila melihat Huawei AirEngine Wi-Fi 6 digunakan secara meluas dalam sektor-sektor seperti pendidikan, kerajaan, perusahaan besar dan pembuatan. Huawei AirEngine Wi-Fi 6 membantu lebih banyak perusahaan daripada semua saiz untuk membina rangkaian bertumpu pengalaman pengguna untuk peningkatan kecekapan pejabat dan pengeluaran, lalu membuka jalan untuk pelancaran secara besar-besaran perkhidmatan digital dan mempercepatkan transformasi digital."

Kepercayaan pelanggan terhadap Huawei Wi-Fi 6 dikaitkan dengan oleh pelaburan berterusan dan dedikasi Huawei dalam industri Wi-Fi 6.

  • Pakar utama Huawei Osama Aboul Magd dipilih sebagai kursi Kumpulan Kerja IEEE 802.11ax pada tahun 2014, menyuntik pandangan beliau untuk menavigasi secara berterusan hala tuju pembangunan bagi standard industri Wi-Fi 6.
  • Sumbangan Huawei terhadap cadangan standard Wi-Fi 6 tersenarai sebagai No. 1 antara vendor-vendor peranti.
  • Pada Oktober 2017, Huawei melancarkan AP Wi-Fi 6 komersial pertama industri. Sejak itu, Huawei tekal meluaskan portfolio Wi-Fi 6 miliknya dengan melancarkan secara berturut-turut produk dan penyelesaian inovatif yang disesuaikan mengikut senario berbeza.
  • Huawei dan Wireless Broadband Alliance (WBA) berganding bahu untuk meneroka inovasi pengajaran dan keadaan penggunaan berasaskan Wi-Fi 6 dalam sebuah universiti Sepanyol.

Pada masa depan, Huawei akan terus bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi huluan dan hiliran dalam seluruh industri, memberi tumpuan pada senario yang khusus-industri dan membawakan penyelesaian rangkaian Wi-Fi 6 yang ideal untuk aplikasi digital baharu. Huawei akan turut melangkah ke hadapan dengan produk serta penyelesaian siri AirEngine Wi-Fi yang dikuasakan oleh Huawei 5G untuk membantu perusahaan membina rangkaian kampus yang kalis masa depan dan terhubung sepenuhnya.

Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi laman sesawang Huawei AirEngine Wi-Fi 6.

 

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment