omniture

Pareto Singapore raikan kejayaan perdagangan 2019 dengan makan malam gala akhir-tahun

Pareto International
2020-01-06 14:01 95

SINGAPURA, 6 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Pareto International, platform pembinaan kekayaan, mengadakan majlis makan malam gala akhir-tahunnya pada 14 Disember bagi meraikan kejayaan cemerlangnya, hanya setahun selepas ditubuhkan. Dihadiri oleh tokoh-tokoh terkenal dari dunia kewangan di Asia Pasifik termasuk penasihat kanan kewangan dan ketua pegawai eksekutif, malam tersebut menyimpulkan kejayaan syarikat sambil menawarkan pandangan terhadap peluang-peluang pelaburan akan datang pada tahun 2020.

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik: https://www.prnasia.com/mnr/pareto_201912.shtml 

 

 

Welcome speech by Mr Ed Lau, Chairman of Pareto International.
Welcome speech by Mr Ed Lau, Chairman of Pareto International.

 

A toast by Mr Ed Lau, Chairman of Pareto International and Mr Ryan Ng, CEO of Pareto SG to celebrate a monumental year of achievements.
A toast by Mr Ed Lau, Chairman of Pareto International and Mr Ryan Ng, CEO of Pareto SG to celebrate a monumental year of achievements.

 

Over 800 professionals gathered at Singapore Expo on Saturday, 14th December for the 2019 Pareto Gala Dinner.
Over 800 professionals gathered at Singapore Expo on Saturday, 14th December for the 2019 Pareto Gala Dinner.

Pareto ialah platform ulung yang memudahkan pembinaan kekayaan, pendidikan kekayaan dan penciptaan kekayaan. Syarikat ini bermatlamat untuk memperkasa orang ramai dengan alatan dan pandangan yang betul bagi memupuk pemikiran strategik jangka panjang yang akan menjadi transformatif buat diri mereka dan keluarga mereka.

"Pada tahun 2019, Pareto Singapore berkembang daripada pasukan dengan lima ahli kepada kini seramai lebih 100 kakitangan jualan dan rakan sekutu. Kami membantu pelanggan kami memperoleh penyelesaian ditempah khas yang telah membantu mereka untuk menjana keuntungan yang konsisten pada setiap bulan seperti yang diakui oleh setiap orang di acara tersebut. Kami juga telah menghabiskan banyak sumber dalam penyelidikan dan pembangunan bagi mencipta aplikasi khidmat pelanggan baharu dengan kapasiti kenali pelanggan anda dan pencegahan pengubahan wang haram terbina dalam yang juga membolehkan pelanggan untuk memperuntukkan dana mereka kepada pelbagai jenis produk," kata Ryan Ng, Ketua Pegawai Eksekutif Pareto Singapore.

Rancangan 2020 Pareto

Pareto akan bekerjasama dengan Living 3D Holdings Inc, pemaju AS bagi teknologi disruptif yang telah mencipta produk perdagangan kecerdasan buatan yang dikenali sebagai Quantesto. Produk ini membawakan strategi-strategi dana lindung nilai kepada pelabur jualan runcit termasuk mekanisme pengurusan neutral delta, arbitraj, panjang pendek dan risiko lain merentas pelbagai kelas aset. Pareto akan bertindak sebagai pengedar global eksklusif produk tersebut.

Pareto juga akan meningkatkan peluang-peluang pendidikan dan perangkaian kekayaannya dengan mengadakan acara bulanan yang akan menyediakan ahli-ahli dengan peluang untuk belajar tentang pelaburan di seluruh rantau tersebut. Dari segi pendidikan, Pareto akan membangunkan kehadiran dalam talian dan luar talian yang mantap, di samping turut meningkatkan pendedahan media sosialnya dan saluran-saluran pemasaran lain. Terdapat juga seminar dan acara yang dianjurkan khas bersama tetamu-tetamu kehormat.

"Pada tahun 2020, dunia akan menjadi tempat yang semakin tidak pasti. Orang ramai semakin bimbang ke mana untuk melabur wang mereka. Kami berada di sini untuk mewujudkan portfolio yang seimbang bagi memastikan wang pelanggan kami dapat berkembang dengan cara yang konsisten dan dalam tempoh jangka panjang. Apabila anda menyuntik pemikiran strategik jangka panjang ke dalam portfolio pelaburan mereka, mereka boleh merancang untuk masa depan. Gaji tidak akan berkembang, wang hanya akan mendeflasi, apa yang kami cuba tawarkan di sini ialah produk pelaburan yang pelbagai dan pengurusan portfolio agar pelanggan kami mempunyai masa depan yang lebih baik buat mereka dan keluarga mereka," kata Ed Lau, Pengerusi Pareto International.

Latar Belakang Pareto International

Ditubuhkan pada tahun 2015, Pareto International ialah platform pendidikan kekayaan, pembinaan kekayaan dan perangkaian semua dalam satu, menampung keperluan kedua-dua pelanggan korporat dan runcit. Pada masa kini, ia mempunyai pejabat di Singapura, Hong Kong, Kuala Lumpur. Sepanjang tahun-tahun pembentukannya, syarikat memberi tumpuan pada pengiklanan dan penstrukturan IPO dalam pasaran modal AS serta pelaburan dalam syarikat-syarikat swasta dalam sektor perubatan, pertanian, Teknologi Kewangan (Fintech) dan kewangan.

Pengembangannya ke Asia Tenggara dan penceburan dalam perdagangan Forex sebahagian besarnya ialah hasil daripada pempelbagaian risiko dalam pendedahan kewangan dan bidang kuasa. Semasa tempoh inilah Pareto membina rangkaian luas pedagang profesional dan pakar IT untuk membangunkan strategi perdagangan merentas pelbagai kelas aset dengan nisbah risiko kepada faedah yang paling tak simetri.

Hubungan Media:

Elysha Lai
Vice President 
+65-6226-5188 
elysha.lai@pareto-international.com
Pareto SG Pte. Ltd.

Video - http://cdn4.prnasia.com/002071/mnr/201912/pareto/video2.mp4
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191219/2676425-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191219/2676425-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191219/2676425-1-c?lang=0

Source: Pareto International
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Contracts New products/services Financial Technology