![]() |
Rantau Ini Pecah Dua Rekod Amerika Syarikat, Pamer Rasa Murah Hati Luar Biasa dan Kepimpinan Klinikal: Penderma Organ Paling Ramai dan Pembedahan Transplan yang Menyelamatkan Nyawa Paling Banyak
PHILADELPHIA, 7 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Untuk 12 tahun berturut-turut, Gift of Life Donor Program ialah sebuah organisasi pemerolehan organ (OPO) terkemuka di Amerika Syarikat, yang menyelaraskan kebanyakan organ-organ yang menyelamatkan nyawa bagi tujuan pembedahan transplan di kalangan semua 58 OPO di Amerika Syarikat.
Gift of Life sekali lagi memecahkan dua rekod kebangsaan pada 2019, dengan jumlah penderma organ tahunan dan juga pembedahan transplan yang tertinggi pernah direkodkan bagi OPO yang bertapak di Amerika Syarikat. Wilayah Gift of Life ini menerajui Amerika Syarikat dalam:
Kadar sumbangan tahunan Gift of Life, 59 penderma organ bagi setiap populasi satu juta orang, dan kadar transplan tahunan, 167 transplan bagi setiap populasi satu juta orang, kedua-duanya berada di kedudukan yang tertinggi di dunia.
"Setiap hari, staf kami yang berdedikasi bekerja sepanjang masa bagi melakukan apa sahaja yang termampu untuk menyelamatkan nyawa lebih daripada 5,000 orang lelaki, wanita dan kanak-kanak dalam wilayah kami yang berada dalam senarai menunggu untuk mendapatlkan organ yang menyelamatkan nyawa," jelas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Gift of Life Howard M. Nathan. "Mereka disokong oleh komuniti yang paling bermurah hati di Amerika Syarikat dan juga hospital dan pusat transplan terkemuka di Amerika Syarikat. Bersama-sama, kami telah mencipta sebuah model antarabangsa bagi jagaan penuh ehsan, kecemerlangan klinikal dan perkongsian komuniti." Dengarkan bagaimana Markita Lewis membuat keputusan untuk menderma organ anaknya yang telah menyelamatkan hidup tiga orang kanak-kanak: https://www.donors1.org/it-took-a-simple-yes-to-save-their-lives/
Pada tahun 2019, Gift of Life juga berjaya mendapatkan tisu yang dapat memanjangkan hayat daripada 2,677 penderma, termasuklah 1,305 penderma rangka otot dan 2,234 penderma kornea. Derma-derma ini boleh memberi faedah kepada lebih daripada 100,000 orang, dengan derma tulang bagi ortopedik dan kecederaan sukan, derma kulit bagi menyembuhkan kulit pesakit yang terbakar dan bagi pembedahan rekonstruktif, derma injap jantung bagi menyembuhkan kerosakan yang membahayakan nyawa dan kornea bagi memberikan peluang pesakit untuk dapat melihat semula. Dalam video ini, Carrie Dailey bercakap mengenai bagaimana pendermaan tisu membolehkannya menggunakan lengannya kembali dan berpeluang untuk mengejar impiannya untuk menjadi seorang jururawat: https://www.donors1.org/carries-story-a-girl-her-guitar-and-a-promise/
Peneraju dalam Membina Komuniti
Gift of Life bekerja sama dengan 128 hospital jagaan akut dan 15 pusat transplan di serata wilayahnya dalam kerja menyelamatkan nyawa.
"Menerusi misi kami dalam menyelamatkan nyawa dan membekalkan jagaan yang penuh belas kasihan, staf Gift of Life dan pasukan jagaan kritikal hospital bekerja setiap masa bagi memastikan yang ahli keluarga mempunyai peluang untuk menyelamat dan menyembuhkan nyawa menerusi derma organ dan tisu," ujar Naib Presiden Perkhidmatan Klinikal Gift of Life, Richard D. Hasz. "Perkongsian yang luar biasa yang mengumpulkan para profesional yang berdedikasi dan komited ini membina sebuah budaya menderma organ yang kuat dalam wilayah ini." Gift of Life mengiktiraf hospital-hospital yang kerap menyokong pendermaan organ setiap tahun. Dengarkan pemenang anugerah tahun ini yang mengimbau kembali jagaan untuk beberapa keluarga dan perkongsian mereka dengan Gift of Life: https://www.donors1.org/gift-of-life-honors-local-hospital-for-outstanding-organ-donation-rates/
Kira-kira 113,000 pesakit menunggu untuk menerima organ di Amerika Syarikat dan setiap hari, 20 orang pesakit mati kerana menunggu. Dalam wilayah Gift of Life, yang meliputi separuh kawasan timur Pennsylvania, selatan New Jersey dan Delaware, terdapat lebih daripada 5,000 lelaki, wanita dan kanak-kanak yang menunggu sebuah transplan yang dapat menyelamatkan nyawa mereka. Peratusan mereka yang berdaftar sebagai penderma organ menerusi daftar lesen kereta berdasarkan negeri mereka ialah: 49.4 peratus di Pennsylvania, 36 peratus di New Jersey dan 52 peratus di Delaware.
"Kami sungguh bertuah dapat berkhidmat dalam sebuah komuniti wilayah yang amat bermurah hati untuk menderma organ di Amerika Syarikat," kata Naib Presiden Pentadbiran dan Ketua Peguam Gift of Life Jan L. Weinstock, Esq. "Namun keperluan untuk komunikasi dan sokongan yang dipertingkat berkenaan kekurangan organ untuk tujuan transplan masih menjadi isu kesihatan awam yang kritikal. Kami menggesa semua orang untuk mendaftar sebagai penderma dan menyertai misi kami. Visi kami adalah pada satu hari nanti, tidak akan ada orang yang akan mati kerana menantikan organ."
Hanya 30 saat sahaja untuk mendaftar di donors1.org.
Peneraju dalam Sokongan Komuniti
Sebagai sebuah wilayah peneraju dalam jagaan kesihatan, Philadelphia merupakan sebuah destinasi untuk para pesakit transplan. Gift of Life Family House menyediakan tempat penginapan yang berpatutan, sajian makanan dan perkhidmatan sokongan bagi pesakit transplan dan keluarga mereka. Pada tahun 2019, staf dan sukarelawan bagi Gift of Life Family House menyediakan 9,401 malam untuk jagaan bagi 16,840 tetamu, 33,680 makanan dan 1,164 perkhidmatan pengangkutan secara ulang alik dari tempat penginapan ke hospital. Sejak pembukaannya pada Julai 2011, Family House dengan sokongan komuniti telah membekalkan sebanyak 66,326 malam penginapan bagi 121,682 tetamu, menyediakan lebih daripada 243,364 sajian makanan dan membekalkan lebih daripada $9.3 juta dalam jagaan subsidi kepada keluarga yang terbabit. Pada 2019, kadar hunian Family House adalah sebanyak 86 peratus, dengan 121 malam dengan kapasiti penuh, membawa kepada penambahan dua bilik baharu hasil sokongan komuniti yang bermurah hati. Bagi mereka yang ingin menyokong Gift of Life Family House dan keluarga transplan lawati:https://support.giftoflifefamilyhouse.org/give/196189/#!/donation/checkout
Acara raih dana dan perjumpaan tahunan terbesar Gift of Life adalah Donor Dash, tahun ini menyambut perayaan Jubli Perak pada 19 April di Muzium Kesenian Philadelphia. Dianjurkan setiap tahun menjelang Bulan Derma Kehidupan Kebangsaan, Acara Dash ini menyambut kekuasaan yang ada dalam transplantasi organ dan tisu yang menyelamatkan nyawa. Sejak penubuhannya pada 1996, suku juta orang telah hadir ke acara Dash ini dan mesej yang menyelamatkan nyawa orang ramai ini telah mencecah berjuta-juta orang ramai menerusi media dan penyertaan komuniti. Pada 5 tahun lepas sahaja, acara Dash ini telah meraih sebanyak $3 juta untuk menyokong pendermaan organ dan tisu. Layari sorotan Donor Dash dan ketahui lebih lanjut tentang kepentingan acara istimewa ini: https://www.donors1.org/get-involved/signature-events/donor-dash/
Setiap dua tahun, Gift of Life mempunyai pasukan pengembara terbesar dalam Donate Life Transplant Games of America, sebuah aktiviti pameran bagi mempamerkan kejayaan derma organ dan transplan. Para atlet yang bertanding merupakan penderma yang masih hidup serta merupakan penerima tisu dan organ. Gift of Life telah menyokong acara ini sejak ia bermula pada tahun 1982. Pasukan Philadelphia akan kembali ke Sukan Transplan pada Julai 2020 di Meadowlands, New Jersey. Saksikan sorotan prestasi pasukan Philadelphia yang memenangi anugerah di Donate Life Transplant Games of America 2018: https://www.donors1.org/get-involved/signature-events/team-philly-transplant-games/
Peneraju dalam Inovasi dan Pendidikan
Gift of Life dikenali di peringkat antarabangsa atas kepimpinan dan kerja kesarjanaannya dalam bidang derma tisu dan organ. Gift of Life Institute merupakan sebuah peneraju antarabangsa dalam pendidikan derma tisu dan organ, memberi latihan kepada hampir 10,500 ahli profesional dari 39 buah negara sejak penubuhannya pada 2004 – termasuklah Australia, Brazil, Kanada, China, India, Iran, Jepun, Mexico, Filipina dan Emiriah Arab Bersatu. Institut ini juga telah menyediakan lebih daripada 400 bengkel dengan 58 OPO dan bank tisu yang pelbagai.
Transplant Pregnancy Registry International (TPR) di Institut ini mengkaji dalam keibubapaan pasca-transplan dan kesan-kesan perubatan terhadap kesuburan dan kehamilan. Sejak 1991, TPR telah menjejaki lebih daripada 4,800 kehamilan pasca-transplan, berkongsi maklumat dengan ramai penerima transplan dan pasukan jagaan kesihatan mereka dalam membuat keputusan perancangan keluarga. TPR ialah satu-satunya Pejabat Daftar yang khusus dalam bidang ini di dunia. Pasukan ini telah membentangkan dapatan mereka dalam lebih daripada 70 penerbitan semakan setara dan telah membuat pembentangan dalam 520 forum akademik di seluruh dunia.
Gift of Life Donor Program
Gift of Life Donor Program ialah organisasi pemerolehan organ bukan untung, yang dilantik oleh kerajaan persekutuan, bekerja sama dengan 128 hospital jagaan akut dan 15 pusat transplan untuk berkhidmat kepada 11.2 juta orang di separuh bahagian Pennsylvania timur, selatan New Jersey dan Delaware. Atas jasa komuniti yang penuh belas kasihan, untuk 12 tahun yang lepas, Gift of Life telah menyelaraskan organ untuk transplan paling banyak di Amerika Syarikat. Kadar sumbangan tahunannya menduduki tempat yang paling tinggi di dunia. Sejak 1974, Gift of Life telah menyelaraskan lebih daripada 50,000 organ untuk transplan yang menyelamatkan nyawa, dan kira-kira 1.5 juta tisu untuk transplant telah diraih daripada penderma dan keluarga mereka yang bermurah hati. Seorang penderma organ boleh menyelamatkan maksimum lapan nyawa, dan seorang penderma tisu boleh meningkatkan hidup 75 orang yang lain. Bagi maklumat lanjut atau untuk mendaftar, layari donors1.org.
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1061260/GLDP_2019_EOY_Infographic.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/625153/Gift_of_Life_Logo.jpg