omniture

TCL Perluas Rangkaian TV QLED Tawarkan Pengalaman Tontonan Masa Depan

TCL
2020-01-09 06:00 293

LAS VEGAS, 9 Januari 2020 /PRNewswire/ -- TCL Electronics (1070.HK), salah satu pengusaha utama dalam industri televisyen (TV) global dan sebuah syarikat barangan elektronik pengguna yang terkemuka, hari ini mengumumkan di CES2020 rangkaian set televisyen QLED tahun 2020 untuk Siri X dan Siri Cityline ulungnya.

TCL QLED TVs: C715, X915, C815 (from left to right)
TCL QLED TVs: C715, X915, C815 (from left to right)

TV QLED 8K X915 TCL

X915 ialah model QLED yang terkini dalam siri X utama TCL, disediakan dalam model-model 75-inci dan 65-inci. X915 ialah TV QLED TCL yang menampilkan 8k, Teknologi Paparan Titik Kuantum dan teknologi pengimejan HDR Dolby Vision®. X915 menggunakan Teknologi Pemalapan Setempat, membolehkan kawalan cahaya belakang yang jitu bagi memberikan imejan kontras, ultra jelas yang dipertingkat.

Ciri-ciri Utama:  

  • Resolusi 8K 
  • Peningkatan Skala 8k 
  • Teknologi Paparan Titik Kuantum
  • Teknologi Pemalapan Setempat
  • Dolby Vision dan Dolby Atmos 
  • IMAX Enhanced® 
  • Sistem Audio Onkyo  
  • Kawalan Suara Medan-jauh
  • OS Android Terkini

X915 akan mula tersedia di Australia dan Eropah pada Suku Kedua 2020 dan kemudiannya di wilayah-wilayah lain.

TV QLED C815 & C715 TCL

C815 dan C715 menggunakan Teknologi Paparan Titik Kuantum yang utama di dunia bagi menawarkan prestasi imej yang dioptimumkan kepada pengguna global.

Disokong oleh Dolby Vision, C815 dan C715 memberikan imejan HDR 4K luar biasa dengan kecerahan, butiran, kontras dan warna yang hebat. Ia juga diperkasa oleh Dolby Atmos yang menawarkan audio bergerak yang mengagumkan dengan kekayaan, kedalaman dan kejituan.

Ciri-ciri Utama:

C815

  • Teknologi Paparan Titik Kuantum
  • Dolby Vision dan Dolby Atmos 
  • HDR 10+ 
  • Sistem Audio Onkyo  
  • Kawalan Suara Medan-jauh
  • OS Android Terkini

C715 

  • Teknologi Paparan Titik Kuantum 
  • Dolby Vision dan Dolby Atmos 
  • HDR 10+ 
  • Kawalan Suara Medan-jauh
  • OS Android Terkini

C815 dan C715 akan mula tersedia di Eropah pada Suku Kedua 2020 dan kemudiannya di kawasan-kawasan lain. C815 mempunyai pilihan saiz 75'', 65'', 55'' manakala C715 mempunyai pilihan saiz 65'', 55'' dan 50''.

Untuk maklumat lanjut sila kunjungi: www.tcl.com/ces2020

* Spesifikasi dan ketersediaan produk mungkin berbeza mengikut kawasan.
* Google dan Android TV ialah tanda dagangan Google LLC.
* Dolby, Dolby Atmos, dan Dolby Vision ialah tanda dagangan berdaftar Dolby Laboratories, Inc.

Latar Belakang TCL Electronics 

TCL Electronics (1070.HK) ialah sebuah syarikat barangan elektronik pengguna yang pantas berkembang dan pengusaha terkemuka dalam industri TV global. Ditubuhkan pada tahun 1981 di China, ia kini beroperasi dalam lebih 160 pasaran di seluruh dunia. TCL mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pengilangan produk-produk elektronik pengguna bermula dengan TV, audio dan produk kediaman pintar.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200106/2682978-1?lang=0

Source: TCL
Related Stocks:
HongKong:1070
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household/Consumer/Cosmetics Trade show news