omniture

Hisense Lancar TV Laser Naik-Sendiri di CES 2020

Hisense
2020-01-09 07:37 386

LAS VEGAS, 9 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Setiap tahun di CES, Hisense membawakan "versi bersifat evolusi" bagi TV laser. Pada 6 Januari 2020, Hisense secara rasminya melancarkan tiga produk TV Laser baharu – TV Laser Trichrome 75-inci, TV Laser Skrin Sonic dan TV Laser Skrin Naik-Sendiri. Dr. Lin Lan, Naib Presiden Hisense Group, mengumumkan bahawa Hisense Group mencabar sasaran tahun dengan 40 juta unit jualan TV, menyasarkan kedudukan dua teratas di seluruh dunia.

Hisense Lancar TV Laser Naik-Sendiri di CES 2020
Hisense Lancar TV Laser Naik-Sendiri di CES 2020

Dr. Liu Xianrong, ketua saintis Paparan Laser Hisense, berkongsi tentang teknologi TV Laser Hisense yang terkini menerusi tiga tema, warna, audio dan bentuk. Hisense percaya bahawa inovasi ini akan memadankan keperluan pengguna dengan lebih lanjut dan terus memimpin hala tuju pembangunan masa depan TV.

Menurut beliau, dari segi bentuk TV, Hisense memperkenalkan prototaip TV Laser Skrin Naik-Sendiri. Pertimbangkan bagaimana TV wujud dalam suasana kediaman. Hisense percaya bahawa bentuk ideal televisyen untuk keluarga disepadukan ke seluruh kediaman dan hanya muncul apabila diperlukan. TV Laser Skrin Naik-Sendiri menyediakan skrin gulung yang berupaya untuk menggulung dan mengekalkan prestasi optik kemuncak.

Pelancaran TV Laser TriChroma 75-inci dan 100-inci ialah satu kejayaan cemerlang teknologi warna. Teknologi TriChroma membolehkan paparan warna TV laser melangkaui semua warna yang terdapat dalam alam semula jadi. Ia dapat mencapai kadar 90% yang luar biasa daripada warna yang boleh dikenal pasti oleh mata manusia. TV Laser ialah satu-satunya produk paparan yang memenuhi standard BT2020, standard teratas untuk warna TV masa depan. Di pameran berkenaan, Dolby akan melaksanakan demonstrasi teknologi pertama Dolby Vision pada TV Laser TriChroma.

Bagi inovasi audio pula, Hisense berpandangan bahawa bunyi-skrin benar-benar merealisasikan penyepaduan antara bunyi dan gambar serta merintis teknologi penghasilan bunyi untuk skrin bionik selular. Teknologi ini menjadikan penempatan bunyi lebih jelas dan membolehkan bunyi tersebar lebih jauh dan memberi prestasi yang lebih baik dari segi perincian.

"Hisense benar-benar percaya bahawa paparan laser akan mendominasi masa depan," Dr. Lin Lan menyebut dalam ucapan beliau bahawa sejak TV laser pertama dilancarkan di sini pada tahun 2015, Hisense telah berkembang maju dengan meningkatkan saiz daripada 75" kepada 150". Kualiti gambar meningkat daripada teknologi sumber cahaya monokromatik kepada warna penuh. Beliau turut menyatakan bahawa dengan lesen sepanjang hayat jenama-jenama Toshiba untuk TV, Hisense menetapkan matlamat tahunan dengan 40 juta unit jualan TV setiap tahun, menyasarkan kedudukan kedua di seluruh dunia.

Dengan perlindungan penglihatan mata skrin besar dan penzahiran warna yang cemerlang, TV Laser Hisense diiktiraf sepenuhnya oleh pasaran. Menurut data daripada CMM, pada tahun 2019, jualan unit keseluruhan TV laser dalam pasaran TV warna China meningkat sebanyak 107%, yang merupakan kategori produk yang paling pantas berkembang sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Dalam pasaran Amerika Utara, TV Laser Hisense juga popular dalam kalangan pengguna dan terus menguasai pasaran skrin besar.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200107/2683789-1?lang=0

Source: Hisense
Related Stocks:
HongKong:0921 OTC:HNKLY Shanghai:600060 Shenzhen:000921
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services Trade show news