omniture

Hisense Umum Pelancaran Global Platform TV Pintar Diperbaharui VIDAA

Hisense
2020-01-09 16:54 351

LAS VEGAS, 9 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Pada hari Isnin Pengerusi Hisense International Dr. Lan Lin mengumumkan dalam sidang akbar di Las Vegas pelancaran global platform TV Pintar milik Hisense yang diperbaharui dan dikemas kini sepenuhnya VIDAA. Dalam tempoh 6 tahun sejak penampilan sulungnya pada tahun 2014, sistem pengendalian TV Pintar terbuka ini telah menjadi petanding global yang hebat, dengan lebih 20 juta pemasangan di seluruh dunia. Platform yang dikemas kini ini dengan antara muka pengguna yang baharu dan penyepaduan penyedia kandungan, menjadikan pengguna dan tabiat mereka sebagai keutamaan dalam pengalaman TV. Dengan mengambil kira hal berkenaan, platform tersebut menggabungkan sistem pengurusan pengguna, pengiklanan dan pengebilan terpusat, yang memudahkan pengalaman pengguna, menyediakan pelanggan dengan cara yang lebih langsung untuk mengakses kandungan yang digemari oleh mereka.

Platform TV Pintar
Platform TV Pintar

"Vidaa mengagregatkan kandungan daripada rakan-rakan kongsi global dan tempatan yang terbaik. Kami telahpun mempunyai rakan-rakan kongsi bertaraf global termasuk Netflix, Prime Video, YouTube, Red Bull TV, Deezer, DAZN, Rakuten TV dan Hungama. Dengan kemas kini baharu tersebut, kami turut membawakan perkongsian baharu kepada platform kami dengan perkhidmatan penstriman TV langsung bertumpu sukan fuboTV. Aplikasi fuboTV telahpun diprapasang dalam setiap TV Hisense dengan Vidaa OS dan anda boleh mengakses pengalaman sukan tersuai secara lancar dengan mengklik butang 'Sports' pada alat kawalan jauh," kata Dr. Lin.

Penyepaduan fuboTV ke dalam Vidaa membawa kesemua liga utama (NFL, NBA, MLB dan NHL) selain sukan kolej dan permainan tempatan serta serantau pada platform tersebut, mudah diakses dan dipilih susun dalam antara muka pengguna yang intuitif. Selain daripada itu, fuboTV ialah salah satu daripada segelintir penyedia yang menawarkan akses penstriman kepada sukan dalam 4K, yang benar-benar memberikan pengalaman tontonan yang hebat. fuboTV untuk Vidaa turut didatangkan dengan akses kepada pelbagai jenis program hiburan dan berita.

Keupayaan akses langsung yang sama turut dilaksanakan untuk muzik. Ia kini lebih mudah berbanding sebelumnya untuk mengakses terus Music on YouTube, perkhidmatan penstriman muzik khusus yang membimbing anda melalui dunia muzik. Dengan satu klik pada butang, semak artis-artis muzik dan video-video muzik kegemaran anda di YouTube Music.

"Selain daripada tonggak sukan dan muzik, terdapat dua bahagian dipilih susun tambahan pada platform tersebut. Bagi mewujudkan Vidaa Art, Hisense bekerjasama dengan komuniti seni digital yang terkemuka di dunia, DeviantArt. Ditubuhkan pada tahun 2000, DeviantArt merupakan pusat kepada lebih 48 juta ahli yang telah menghantar lebih daripada 370 juta karya seni asli. Seni digital daripada beratus-ratus artis mereka yang paling berbakat disediakan kepada semua pengguna Vidaa secara percuma, menukarkan ruang tamu mereka kepada galeri secara langsung." Ciri ini tersedia dengan butang akses langsung pada semua TV Vidaa Hisense, yang telah diprapasang dengan aplikasi DeviantArt. Pencipta-pencipta Vidaa juga berusaha bersungguh-sungguh untuk mengagregatkan kandungan sokongan pengiklanan percuma yang terbaik pada platform mereka dan mempersembahkannya dengan cara yang bersepadu dan lancar. Vidaa Free, boleh diakses dengan butang akses langsung, telahpun menyepadukan antara lain PlutoTV, TubiTV dan Xumo, dan berkembang dengan rakan-rakan kongsi global dan tempatan baharu secara tetap.

Satu inisiatif penting yang dibawa oleh Hisense ke persada global ialah penyediaan akses percuma kepada pendidikan pada skrin besar. Atas sebab inilah di Afrika Selatan, yang mana Hisense merupakan peneraju pasaran yang menjual lebih daripada satu pertiga TV dalam pasaran, kami bekerjasama dengan Mindset, sebuah NGO yang disokong oleh Nelson Mandela Foundation, untuk membawakan lebih 5000 video pendidikan kepada kanak-kanak berumur 6-18 tahun ke skrin besar. Inisiatif unik ini akan diperluas ke pasaran-pasaran lain di seluruh dunia.

Selain daripada AS, Hisense melancarkan platform Vidaa yang dikemas kini di lebih 120 wilayah di seluruh dunia pada suku pertama tahun ini, menyokong pengembangan antarabangsanya.

Diperkenalkan julung kalinya pada tahun 2014, Vidaa ialah sistem pengendalian terbuka yang kini digunakan pada TV Hisense. Hanya dalam tempoh 6 tahun, ia telah menjadi petanding global yang hebat dalam segmen platform TV pintar. Pada tahun 2020 Vidaa akan dinaik taraf kepada 4.0 Vidaa dan akan diprapasang pada semua TV Hisense baharu. Vidaa mengagregatkan kandungan daripada rakan-rakan kongsi global dan tempatan terbaik untuk pengguna Vidaa.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200108/2685133-1?lang=0

Source: Hisense
Related Stocks:
HongKong:0921 OTC:HNKLY Shanghai:600060 Shenzhen:000921
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services Trade show news