omniture

Haier Takrifkan Masa Depan Kediaman Pintar di CES 2020

Haier Smart Home
2020-01-09 17:35 246

LAS VEGAS, 9 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Haier Group (600690:Shanghai), pengeluar barangan elektronik pengguna dan peralatan rumah yang terbesar di China membawakan kehidupan generasi seterusnya dengan ekosistem pengalaman kediaman pintar revolusionernya di reruai Haier CES 2020 di Las Vegas, Nevada. Pandangan berwawasan Haier terhadap masa depan memanfaatkan lebih daripada 40 produk dalam portfolio jenama-jenama Haier, membolehkan penyesuaian yang tidak terhingga berdasarkan senario pengguna.

Haier Takrifkan Masa Depan Kediaman Pintar di CES 2020
Haier Takrifkan Masa Depan Kediaman Pintar di CES 2020

Kediaman pintar merupakan topik utama semasa berlangsungnya acara ini, dengan pelbagai jenama global mempamerkan peralatan dan produk terkini mereka. Antara banyak produk baharu ini, Haier menonjol dengan pendekatan uniknya terhadap kehidupan kediaman pintar dan ekosistem rintisnya.

"Haier sentiasa berusaha untuk menjadi peneraju industri dan menerobos sempadan kemungkinan. Ekosistem kami menghimpunkan peralatan rumah pintar yang canggih daripada portfolio jenama luas kami, membolehkan lebih banyak keluarga menikmati kehidupan yang baik yang dikuasakan oleh teknologi IoT," kata Huang Cheng, Pengarah Kreatif Haier Smart Home.

Trend kediaman pintar telah berkembang pesat sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan produk-produk kediaman pintar telah dibangunkan untuk hampir setiap bilik di dalam isi rumah. Haier, mengambil peluang ini untuk mempamerkan realiti kediaman pintar baharu buat pengguna di serata dunia. Daripada sekadar menghasilkan produk semata-mata, ekosistem Haier membolehkan pengguna untuk menyesuaikan pengalaman kediaman pintar peribadi mereka dengan bebas.

Di reruai Haier, video hologram membawa pengunjung menuju visi masa depan, yang mana IoT menghubungkan semua peranti di rumah. Sementara itu, ruang Kehidupan Lebih Pintar Haier menonjolkan kemungkinan fungsi dan reka bentuk yang luas daripada ekosistem Haier. Menggunakan sistem berkenaan, Haier mendemonstrasikan bagaimana setiap bilik dapat disesuaikan mengikut keperluan dan belanjawan pengguna, bermula dengan Almari Pintar kepada Bilik atau Dapur Kehidupan Pintar.

Dalam satu senario, pemilik rumah yang ingin meningkatkan tahap keselamatan boleh memasang kamera, kunci dan sensor keselamatan pintar serendah beberapa ratus dolar sahaja. Sementara itu, mereka yang menginginkan pengalaman pintar yang lengkap boleh mereka bentuk setiap bilik di rumah mereka menggunakan produk-produk daripada portfolio produk kediaman pintar Haier. Sebagai contoh, sebuah rumah untuk warga emas dan individu kurang upaya boleh dipasang dengan Dapur Pintar yang mudah digunakan yang dapat memantau dan memadamkan air dan gas secara automatik serta Almari Pintar yang menyimpan kerusi roda secara automatik.

Visi Haier turut menyokong kehidupan yang mesra alam dan sihat. Menerusi Dapur Pintar masa depan Haier, pengguna boleh menggunakan PAD Haier untuk mengenal pasti asal usul dan tarikh bahan-bahan, melihat resipi dan memilih hasil bermusim.

Ditubuhkan pada tahun 2019, Haier Smart Home meraih populariti yang meluas di seluruh dunia. Setakat ini, ekosistemnya mempunyai sekitar 20 juta pengguna di peringkat global, yang mana 13.3 juta pengguna berada di Asia, 4.16 juta pengguna berada di Amerika, 1.4 juta pengguna berada di Eropah manakala 1 juta pengguna berada di Australia. Haier Smart Home merupakan sebahagian daripada era keenam strategi ekosistem jenama Haier Group yang diumumkan semasa Mesyuarat Tahunan Kumpulan Ulang Tahun ke-35nya.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200108/2685669-1?lang=0

Source: Haier Smart Home
Related Stocks:
Shanghai:600690
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Home Improvement Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news