omniture

Terajui Masa Depan Teknologi Kecergasan dan Produk Sesuai Dipakai, Huami Amazfit Mengagumkan dengan 6 Produk Inovatif Merentas 3 Vertikal Diperkenal di CES 2020

Huami
2020-01-09 21:42 632

Huami Amazfit Diberi Penghormatan sebagai Perusahaan Inovasi Sesuai Dipakai Pintar Paling Wajar Diberi Perhatian dan Amazfit Powerbuds Dianugerahkan sebagai Fon Telinga Kecergasan TWS Terbaik

LAS VEGAS, 9 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Huami (NYSE: HMI), salah sebuah syarikat teknologi sesuai dipakai yang terbesar di dunia, mengagumkan industri dan pengguna di Pameran Elektronik Pengguna (CES 2020) di Las Vegas dengan memperkenalkan enam produk baharu merangkumi tiga vertikal: kecergasan imersif futuristik dan menakrifkan semula kategori Amazfit HomeStudio; sawat injak boleh lipat Amazfit AirRun[1]; fon telinga kecergasan stereo tanpa wayar sebenar (TWS) dengan reka bentuk Clip-to-Go, Amazfit PowerBuds; pemantauan keselesaan-tidur dan kesihatan Amazfit ZenBuds; jam tangan pengembara luar yang baru dilancarkan Amazfit T-Rex, baharu antara tujuh siri dalam portfolio jam tangan pintar jenama tersebut; dan edisi dinaik taraf Amazfit Bip S.

Majlis pelancaran Huami Amazfit
Majlis pelancaran Huami Amazfit

Sebagai pengiktirafan kepada inovasi rintis ini dan juga kepimpinan Amazfit dalam produk sesuai pintar, Huami Amazfit menerima dua anugerah utama daripada IDG (International Data Group)[2]: "Perusahaan Inovasi Produk Sesuai Dipakai Pintar Paling Wajar Diberi Perhatian" untuk inovasinya yang utama dalam industri dan "Fon Telinga Kecergasan TWS Terbaik" untuk Amazfit PowerBuds yang baru diumumkan.

En. Wang Huang, Pengasas syarikat, Pengerusi Lembaga dan Ketua Pegawai Eksekutif, berkata, "Dengan meluaskan kepakaran teknologi kesihatan dan kecergasan kami melangkaui jam tangan pintar dan gegelang kecergasan untuk menyertakan sawat injak dan palam telinga yang imersif, Amazfit membawakan visi masa depan kecergasan dalam dekad akan datang dan menunjukkan sejauh mana kesihatan dan teknologi dapat disatukan pada tahun 2020 dan seterusnya."

Dikenali untuk produk sesuai dipakai pintar yang profesional dan bergaya, Huami Amazfit menyasarkan untuk membawa inovasi kepada pengguna seluruh dunia, berdasarkan semangat slogannya "LEAP OVER LIMITS" ("LONJAK LANGKAUI HAD"). Dipacu oleh misi syarikat, "Connect Health with Technology" ("Hubungkan Kesihatan dengan Teknologi"), Huami komited untuk mewujudkan ekosistem penjagaan kesihatan bertaraf global, di samping menjadi rakan kongsi kesihatan dan kecergasan yang paling dipercayai untuk penggunanya.

Untuk kit akhbar dan imej produk beresolusi tinggi, sila muat turun daripada: https://drive.google.com/drive/folders/1dz2DdkDECoHQtdX_dKISdWtWV7yCYHOK

[1] CATATAN: Sawat injak "Amazfit AirRun" ialah produk yang berbeza daripada "AirRun".

[2] Ditubuhkan pada tahun 1964, IDG ialah veteran yang amat disegani dalam industri teknologi dan merupakan syarikat media teknologi, data dan perkhidmatan pemasaran yang terkemuka di dunia.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200108/2684736-1?lang=0

Source: Huami
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Sports Sports Equipment & Accessories New products/services Trade show news