omniture

atta Inc., syarikat baharu teknologi perjalanan gunakan data raya dan AI, kumpul 3 juta USD dalam pusingan pelaburan Siri A

Untuk mengukuhkan aktiviti pemasaran dan PR di Jepun dan Asia Tenggara dan mengumumkan penjimatan sebanyak 1.275 juta USD menerusi pemberitahuan harga untuk pengembara
atta Inc.
2020-01-10 03:09 316

TOKYO, 10 Januari 2020 /PRNewswire/ -- atta Inc. (diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif & Presiden: Yoshihisa Haruyama), aplikasi carian meta (metasearch) perjalanan yang menggunakan data raya dan AI (https://atta.ai), mengumumkan kejayaan penyempurnaan pendanaan Siri A bernilai 3 juta USD.

Dari kiri ke kanan: En. Sugiura (Juruadit), En. Jung (Ketua Pegawai Data), En. Kanehira (Ketua Pegawai Teknologi, En. Haruyama (Ketua Pegawai Eksekutif), En. Osawa (Ketua Pegawai Pentadbiran), En. Miyama (Pengarah Luar)
Dari kiri ke kanan: En. Sugiura (Juruadit), En. Jung (Ketua Pegawai Data), En. Kanehira (Ketua Pegawai Teknologi, En. Haruyama (Ketua Pegawai Eksekutif), En. Osawa (Ketua Pegawai Pentadbiran), En. Miyama (Pengarah Luar)

 

Senarai pelabur-pelabur baharu (Mengikut Urutan Abjad)

  • Mitsubishi UFJ Capital VII, Limited Partnership (Diurus oleh Mitsubishi UFJ Capital Co., Ltd.)
  • Mynavi Corporation
  • Nagoya TV Ventures, LLC
  • Sansei VI, Limited Partnership for Investment (Diurus oleh Sansei Capital Investment Co.,Ltd.)
  • Suneight OK Partnership (Diurus oleh OMURO WORKSHOP Co., Ltd.)
  • Suneight - PS1 Investment Partnership (Diurus oleh Suneight Investment Co., Ltd.)
  • 31VENTURES Global Innovation Fund (Dana CVC Mitsui Fudosan Co., Ltd. dan diurus oleh Global Brain Corporation)

Sejarah Syarikat & Tujuan pengumpulan dana

atta Inc. (dahulunya WithTravel) ditubuhkan pada 12 Mac 2018. Pada 12 Mac 2019, atta Pte. Ltd. ditubuhkan di Singapura sebagai subsidiari milik penuh atta Inc. Terdapat 2 pejabat yang menyokong operasi atta, sebuah pejabat di Tokyo manakala satu lagi di Singapura.

Pada Julai 2019, aplikasi atta dilancarkan selepas setahun dibangunkan. Pada tahun 2020 dan seterusnya, untuk mempercepatkan lagi pertumbuhan pengguna dan meningkatkan perkhidmatan carian meta kami, atta Inc. akan mengambil jurutera, mengukuhkan usaha pemasaran digital, mengembangkan penglibatan PR dan meningkatkan perkongsian serantau dan tempatan untuk pasaran Jepun dan juga Asia Tenggara.

Sebagai respons kepada siaran ini, Ketua Pegawai Eksekutif Haruyama berkata, "Kami telah menerima perkembangan positif daripada pemegang saham dan kami terus menaik taraf perkhidmatan semasa dan kami akan terus membangunkan produk-produk baharu yang akan memuaskan hati pengembara."

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Haruyama menambah bahawa, "Kami gembira kerana melalui pemberitahuan tolak dan amaran harga kami, kami telah menjimatkan sebanyak 1.275 juta USD secara keseluruhan untuk pengembara kami sejak pelancaran kami. Kami akan meneruskan misi kami untuk membawakan pengalaman yang terbaik bagi menjimatkan masa dan wang pengguna kami dalam proses tersebut!"

Laman mendarat web: https://atta.ai/
Aplikasi iOS: https://apps.apple.com/app/atta-get-hotel-flight-deals/id1406244428
Aplikasi Android: https://play.google.com/store/apps/details?id=app.atta

* Cari atta dalam setiap kedai aplikasi *

Ciri-ciri atta

  • Liputan global
    Carian penerbangan ke dan dari 4400 lapangan terbang seluruh dunia. Carian daripada lebih 2.3 juta hotel, ryokan, penginapan peribadi, vila dan rumah penginapan serata dunia.
  • Cari sekali sahaja untuk pelbagai laman pelancongan
    Membanding dan mencari penerbangan serta hotel dengan mudah yang ditawarkan daripada banyak laman pelancongan sekaligus.
  • Meramalkan kebarangkalian bahawa harga penginapan dan tiket penerbangan akan menjadi lebih murah pada masa akan datang
    Menggunakan AI untuk menganalisis trend permintaan harga penginapan dan tiket penerbangan serta meramalkan kebarangkalian bahawa harga semasa akan jatuh lagi pada masa akan datang.
  • PriceAlerts dan fungsi pemberitahuan kekosongan
    Pemberitahuan dihantar kepada telefon pintar pengguna apabila harga bagi penginapan yang diingini atau harga tiket penerbangan jatuh atau apabila terdapat kekosongan dalam penginapan yang sebelumnya tiada kekosongan.
  • Fungsi Carian Tiket Penerbangan "Cari Semua Destinasi"
    Hanya masukkan tempat berlepas dan tarikh perjalanan yang dikehendaki serta senarai destinasi perjalanan yang tersedia akan dipaparkan dalam susunan menaik untuk harga tiket, menjadikannya mudah untuk mencari destinasi yang anda ingini.

Latar Belakang atta Inc. (https://atta.ai)

atta Inc. ialah sebuah syarikat baharu teknologi perjalanan yang mempunyai pejabat-pejabat di Tokyo dan Singapura. Pejabat Singapura telah diperbadankan sebagai atta Pte. Ltd., yang beroperasi sebagai syarikat subsidiari milik penuh atta Inc.

Menggunakan teknologi yang inovatif, atta mencuba untuk menyelesaikan masalah tertentu yang dialami oleh pengembara semasa proses tempahan perjalanan. atta menggunakan data raya dan AI untuk menganalisis harga tiket penerbangan ke dan dari 4400 lapangan terbang dan harga bilik daripada lebih 2.3 juta penginapan di serata dunia dan meramalkan kebarangkalian bahawa harga akan jatuh pada masa akan datang. Di samping itu, kami menawarkan fungsi PriceAlerts yang akan memaklumkan telefon pintar pada waktu sebenar apabila harga jatuh. Aplikasi atta disediakan dalam kedai iOS serta Android dan kini tersedia dalam bahasa Jepun dan bahasa Inggeris, dengan lebih banyak bahasa akan ditawarkan pada masa depan.

atta merupakan sebahagian daripada program sokongan syarikat baharu Facebook FbStart, Asahi Media Acceleration Program serta Grasshopper Program yang dikendalikan oleh Dentsu. atta merupakan satu-satunya syarikat Jepun yang dijemput ke pertarungan pembentangan idea perniagaan (pitch battle) di Acara Persidangan RISE 2019 di Hong Kong, acara syarikat baharu teknologi yang terbesar di dunia. atta diundang untuk berucap di ITB Asia 2019 menerusi topik inovasi dalam perjalanan dan merupakan finalis ASEAN Rice Bowl Startup Awards 2019. Baru-baru ini, atta merupakan antara 100 Syarikat Baharu Global Teratas yang terpilih untuk membuat pembentangan idea perniagaan di peringkat akhir SLINGSHOT 2019 di SFF x SWITCH 2019 dan dianugerahkan hadiah Mediacorp bernilai 300,000 SGD daripada belanjawan media.  

<Profil Syarikat>

  • Nama: atta Inc.
  • Ditubuhkan: 12 Mac 2018
  • Presiden: Yoshihisa Haruyama
  • Modal: Kira-kira 5.6 juta USD (termasuk rizab modal)
  • Lokasi Tokyo: 5F gran + NISHINIPPORI, 5-6-10 Nishi-Nippori, Arakawa-ku, Tokyo 116-0013
  • Lokasi Singapura: 115 King George's Avenue, 03-02, Singapura 208561
  • Laman korporat: https://atta.ai/company/en/

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200108/2685544-1?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200108/2685544-1LOGO?lang=0

Source: atta Inc.
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Travel Financing agreements Data Analytics