omniture

Artyzen Hospitality Group Tembusi Pasaran Barat Daya China dengan Tandatangani Perjanjian Pengurusan untuk Kendalikan Artyzen Habitat di Yuelai Chongqing

Artyzen Hospitality Group
2020-01-14 19:50 110

SHANGHAI, 14 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Bermula di Asia, Artyzen Hospitality Group bermatlamat untuk membawakan pengalaman yang bermanfaat dari segi budaya kepada tetamu. Baru-baru ini, kumpulan berkenaan mengumumkan satu perjanjian pengurusan hotel bersama Chongqing Yuelai Liangjiang International Hotel and Convention Management Co., Limited untuk membangunkan sebuah hotel di bawah jenama hotel gaya hidup - Artyzen Habitat di Daerah Yubei, Chongqing. Turut termasuk dalam projek baharu ini, Artyzen Hospitality Group mempunyai 8 buah hotel yang sedang dirancang dan 6 buah hotel yang beroperasi di Beijing, Shanghai, Macau dan Hawaii.

Landskap Artyzen Habitat Yuelai Chongqing
Landskap Artyzen Habitat Yuelai Chongqing

 

Pandangan Dari Udara Artyzen Habitat Yuelai Chongqing
Pandangan Dari Udara Artyzen Habitat Yuelai Chongqing

 

Robbert van der Maas, Presiden Artyzen Hospitality Group (kanan tengah) dan Wang Jumeng, Pengerusi Chongqing Yuelai Investment Group (kiri tengah) menandatangani perjanjian pengurusan hotel untuk Artyzen Habitat Yuelai Chongqing.
Robbert van der Maas, Presiden Artyzen Hospitality Group (kanan tengah) dan Wang Jumeng, Pengerusi Chongqing Yuelai Investment Group (kiri tengah) menandatangani perjanjian pengurusan hotel untuk Artyzen Habitat Yuelai Chongqing.

Sebagai sebahagian daripada Artyzen Hospitality Group, yang merupakan subsidiari Shun Tak Holdings Limited, sebuah syarikat senaraian dalam Bursa Saham Hong Kong, Artyzen Habitat ialah suatu tempat perlindungan gaya hidup baharu yang menampung pasaran mewah yang pantas berkembang. Artyzen Habitat menggalakkan tetamu untuk 'menetap seperti penduduk setempat', sama ada di dalam atau di luar hotelnya, tetamu sentiasa mendapat pengalaman budaya yang lebih mendalam terhadap destinasi berkenaan, merasai suasana sosial dan budaya masyarakat setempat.

Robbert van der Maas, Presiden Artyzen Hospitality Group berkata: "Kami menyedari bahawa keperluan pengembara moden sentiasa berubah-ubah. Mereka tercari-cari seni tempatan, inspirasi budaya dan pengalaman perjalanan yang diperkaya. Jenama Artyzen Habitat menerima falsafah kami iaitu 'Seni, Kebudayaan dan Kebijaksanaan Emosi' serta diwujudkan dengan mengutamakan gaya hidup pengembara hari ini. Setiap satu daripada hotel kami adalah unik dan menawarkan pengembara dengan ruang yang asli, kreatif dan berciri sosial yang membolehkan mereka lancar menyepadukan perniagaan dengan libur; dan bergabung secara autentik dengan budaya dan juga masyarakat setempat. Kemudahan yang direka dengan teliti membolehkan tetamu untuk mencipta pengalaman 'individu' mereka sendiri.

Chongqing berkembang pantas dan merupakan penambahan yang strategik dan logik kepada portfolio kami yang semakin berkembang. Kami teruja untuk mengumumkan pembangunan Artyzen Habitat Yuelai Chongqing, memandangkan ia benar-benar merupakan salah satu pencapaian penting kami. Hotel ini terletak di kawasan yang pantas berkembang – Kawasan Baharu Liangjiang di Daerah Yubei, berhampiran dengan Pusat Konvensyen Antarabangsa Yuelai. Kami bertekad untuk merebut dan memanfaatkan peluang ini bagi membawakan pengalaman dan perkhidmatan dengan berhubung bersama masyarakat setempat. Hotel ini merupakan pelengkap yang sangat baik kepada dua buah hotel kami yang menunjukkan prestasi yang hebat di Beijing dan Shanghai, selain untuk perancangan masa depan."

Artyzen Habitat Yuelai Chongqing terletak di teras Kawasan Baharu Liangjiang - Bandar Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Yuelai. Kawasan ini telah dibangunkan untuk menyepadukan perniagaan antarabangsa, pameran, persidangan, pelancongan libur dan kreativiti budaya. Sebagai kawasan utama pameran dan konvensyen di Chongqing, Bandar Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Yuelai dijangka menjadi hab komersial dan kebudayaan. Selain itu, kawasan ini dikelilingi oleh empat kluster yang penting – taman pusat Bandar Baharu Lapangan Terbang di bahagian timur, Pusat Perdagangan Antarabangsa Lijia di bahagian selatan, kawasan inovasi teknologi Caijia di seberang sungai tersebut dan pusat pangkalan data awan domestik yang terbesar di bahagian utara. Hotel berkenaan mempunyai akses mudah ke kawasan yang dinamik melalui kemudahan empat laluan metro yang berhampiran. Dengan kawasan yang berkeluasan sejumlah 31,500 meter persegi, hotel berkenaan direka untuk mempunyai 363 buah bilik dan ruang sosial ciri penting jenama Townsquare yang direka khas untuk menjadi pusat kepada kerja, bermain, menjamu selera dan aktiviti runcit sementara untuk tetamu hotel dan juga komuniti di sekitarnya.

Chongqing Yuelai Liangjiang International Hotel and Convention Management Co., Limited, subsidiari Chongqing Yuelai Investment Group Co., Limited, ialah pengendali Pusat Persidangan Antarabangsa Yuelai. Pengerusi Chongqing Yuelai Investment Group, Wang Jumeng, berkata: "Kami gembira kerana mendapat peluang ini untuk bekerjasama dengan Artyzen Hospitality Group bagi membawakan gaya hidup seni dan budaya kepada Chongqing dengan memanfaatkan Bandar Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Yuelai kami serta pembangunan sekitarnya. Yuelai telah memberi tumpuan pada penyepaduan pelancongan kebudayaan menerusi pameran-pameran bagi suatu tempoh waktu. Sebagai contoh, kami telah membina Muzium Seni Yuelai berhampiran hotel tersebut dan seluruh pembangunan direka untuk mengoptimumkan dan memelihara sumber-sumber asli di sekelilingnya. Demi kelebihan alam sekitar, kami bertekad untuk membangunkan kawasan ini menjadi komuniti yang mesra ekologi dan alam. Semua pertimbangan sepadan secara sempurna dengan falsafah Artyzen iaitu 'Seni, Budaya dan Kebijaksanaan Emosi', selain visi kelestarian mereka. Kami percaya kerjasama kami akan meningkatkan kualiti keseluruhan komuniti berkenaan."

Tahun 2020 ialah tahun yang penting buat Artyzen Hospitality Group dan pengumuman perkongsian berkenaan merupakan permulaan yang sempurna untuk tahun ini. Baru-baru ini Artyzen telah mengumumkan rancangan pengembangannya yang akan memperluas jejak mereka ke seluruh Australasia dengan projek-projek yang sedang dibincangkan di Australia, Thailand, Vietnam, Jepun dan Korea Selatan, serta semakin jauh ke Maldives dan Portugal. Di samping itu, Kawasan Teluk Lebih Besar kekal menjadi tumpuan utama kumpulan berkenaan, dengan Zhuhai, Shenzhen, Guangzhou, Dongguan dan Hong Kong disasarkan secara strategik. Projek-projek yang sedang dibangunkan termasuk Singapura dan pembangunan guna campur yang penting di Shanghai seperti projek-projek di Lingang dan Qiantan, yang mana kumpulan tersebut akan mengendalikan pelbagai jenama Artyzen serta memperkenalkan salah satu projek kediaman berservisnya. Lingang dan Qiantan merupakan dua pembangunan baharu yang hebat dan berpengaruh yang akan menjadi presint ikonik masa depan di metropolitan Shanghai.

Latar Belakang Artyzen Hospitality Group

Artyzen Hospitality Group ialah subsidiari konglomerat senaraian Hong Kong Shun Tak Holdings. Dilancarkan pada tahun 2013, konsep dan perkhidmatan hotel berjenama daripada syarikat pengurusan hotel ini merapatkan pemahaman budaya Timur dan Barat bagi mewujudkan dan memeterai perkongsian yang menguntungkan bersama pemaju dan pemilik. Portfolio Kumpulan terdiri daripada Zitan, Artyzen Hotels and Resorts dan Artyzen Habitat. Setiap jenama hotel menghidupkan falsafah Kumpulan melibatkan Seni, Budaya dan Kebijaksanaan Emosi dengan cara yang unik dan kontemporari bagi memberi pengalaman tetamu yang memberi ganjaran secara budaya. Artyzen Hospitality Group diterajui oleh pasukan pemimpin industri yang amat berpengalaman dan disegani di seluruh dunia yang terkenal dengan inovasi dan pengurusan bakat. Amalan pengurusan Kumpulan mengukuhkan kepentingan rakan kongsi mereka sambil mendukung komitmen yang padu untuk membina hartanah yang mampan dari segi alam sekitar, sosial dan budaya. www.artyzen.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200110/2687956-1-a?lang=0 
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200110/2687956-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200113/2687956-1-c?lang=0

 

Source: Artyzen Hospitality Group
Keywords: Banking/Financial Service Hotels and Resorts Travel Joint ventures