omniture

Xinhua Silk Road: Perusahaan jenama negara China hadir di Harbin Ice-Snow World

Xinhua Silk Road Information Service
2020-01-16 06:38 428

BEIJING, 16 Januari 2020 /PRNewswire/ -- 24 perusahaan jenama negara China yang terlibat dalam Projek Jenama-jenama Kebangsaan Xinhua News Agency membuat kemunculan di taman tema Harbin Ice-Snow World ke-21 di Wilayah Heilongjiang.

Participants of the theme park in the 21st Harbin Ice-Snow World.
Participants of the theme park in the 21st Harbin Ice-Snow World.

Dengan membawakan pelbagai arca ais, perusahaan jenama negara China termasuk Moutai, King's Luck, Xifeng, Chery, Brilliance Auto, Gree, JD.com, Yili dan JOMOO mempamerkan produk, perkhidmatan dan budaya perusahaan mereka.

The theme park for national brand enterprises in the 21st Harbin Ice-Snow World.
The theme park for national brand enterprises in the 21st Harbin Ice-Snow World.

Moutai, sebuah perusahaan minuman keras yang terkenal, menghasilkan arca ais pari-pari. Sebagai jenama kebangsaan, Moutai menumpukan untuk menyampaikan nilai-nilai budaya Cina dan menggalas tanggungjawab sosial.

King's Luck, memiliki tiga jenama iaitu Guoyuan, Jinshiyuan dan Gaogou, ialah sebuah perusahaan minuman keras yang berpangkalan di Wilayah Jiangsu. Menurut Zhou Suming, pengerusi dan pengurus besar King's Luck, syarikat ini komited untuk menyebarkan budaya baijiu, minuman keras Cina.

Arca ais burung phoenix dipersembahkan oleh jenama minuman keras yang dikenali sebagai Xifeng. Zhang Zheng, pengerusi Xifeng Group dan Shaanxi Xifeng Liquor Co., Ltd., berkata bahawa Xifeng akan mengekalkan trend pembangunan yang baik dengan memberi tumpuan pada promosi jenama, jualan produk, inovasi pengurusan, pengeluaran dan operasi, pelarasan struktur, transformasi dan juga penaiktarafan.

Chery dan Brilliance Auto membuat kemunculan dengan memaparkan arca ais model-model kereta iaitu Arrizo GX, Tiggo 8 dan Brilliance V7. Chery, dengan keyakinan untuk berkhidmat kepada negara dengan memajukan industri auto, telah menyediakan hampir 50,000 peluang pekerjaan di China dan lebih 10,000 peluang pekerjaan di negara-negara dan wilayah-wilayah seberang laut.

Sebagai jenama auto yang terkemuka di Wilayah Liaoning dan jenama auto bebas yang utama di China, Brilliance Auto komited untuk menyediakan pengguna dengan produk-produk berkualiti tinggi dan perkhidmatan yang bertimbang rasa, serta membina kereta ekonomi nasional dengan kebijaksanaan dunia, yang diperkenalkan oleh Yan Bingzhe, pengerusi Brilliance Auto.

Sementara itu, Gree, pengeluar alat-alat elektrik China, telah membina sebuah kawasan pengalaman di taman tema tersebut, bagi menunjukkan budaya perusahaannya. Dijual di lebih 160 buah negara dan wilayah, produk-produk Gree meliputi segmen alat-alat elektronik rumah, peralatan canggih dan peralatan komunikasi.

Syarikat gergasi e-dagang China JD.com turut memaparkan arca ais maskotnya, JD Joy. Pada Julai 2019, JD.com telah disenaraikan dalam Fortune Global 500 buat kali keempat. Dengan lebih daripada 1 bilion pengguna, pada masa kini ia mempromosikan penaiktarafan budaya dan juga strateginya.

Yili, syarikat gergasi tenusu China, mempersembahkan produk-produknya di taman tema tersebut. "Semasa proses pembangunan, Yili mematuhi ciri pengantarabangsaan dan inovasi. Produk-produk Yili dengan kualiti yang tinggi, teknologi yang tinggi serta bernilai tambah tinggi telah mendapat kepercayaan daripada pengguna," kata Pan Gang, pengerusi Yili Group.

JOMOO, pengeluar peralatan kebersihan, membuat arca ais bagi menarik perhatian pengunjung. Hasil daripada inovasi yang berterusan, jualan tahunan JOMOO telah melangkaui nilai 10 bilion yuan.

Beberapa jenama yang telah lama bertapak turut dipamerkan di taman tema ini.

Taman tema ini, yang dibina khas untuk Projek Jenama-jenama Kebangsaan Xinhua News Agency, akan berada selama lebih tiga bulan.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/310466.html

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200114/2690220-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200114/2690220-1-b?lang=0

Source: Xinhua Silk Road Information Service
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Retail Travel Trade show news