HONG KONG, 16 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Penyedia penyelesaian telekomunikasi global yang terkemuka M800 mengumumkan pelancaran lunak platform penumpuan digitalnya maaiiConnect. Produk rintis ini bersedia untuk merevolusikan komunikasi B2C dan B2B dengan menyepadukan saluran telekomunikasi dan komunikasi digital pada antara muka tunggal bagi memobilisasikan panggilan suara yang terbaik dalam kelas serta penyelesaian pemesejan sembang yang dinamik.
Disokong oleh infrastruktur proprietari M800 dan rangkaian teragih seluruh dunia, maaiiConnect mengubah cara syarikat-syarikat berhubung bersama pelanggan mereka dengan menjamin komunikasi digital gred-pembawa. Penyelesaian berkenaan dapat menangani cabaran perniagaan konvensional termasuk menyelaraskan berbilang platform komunikasi melalui satu peranti, mencapai sambungan panggilan dan sembang yang stabil serta mengaktifkan identiti jenama yang tekal dan perkhidmatan diperibadikan merentas semua saluran komunikasi. Perkhidmatan tersebut disediakan secara percuma dan syarikat-syarikat dapat meneroka ciri-ciri termaju dengan menaik taraf kepada pelan berbayar.
Berkomunikasi melalui peranti, protokol dan perkhidmatan
maaiiConnect merapatkan jurang antara data komunikasi, telekomunikasi dan rangkaian internet. Penyelesaian penumpuan yang tiada tandingan ini membolehkan syarikat-syarikat untuk mengurus dengan mudah berbilang saluran multimedia seperti PSTN, VoIP, laman sesawang dan komunikasi media sosial, pada satu platform dan menyokong pelanggan dengan lebih baik melalui interaksi yang andal dan seragam. Keupayaan untuk menyepadukan Bebas Tol Antarabangsa dan Nombor Maya Akses Tempatan, IDD, IVR serta penyelesaian digital dapat mengurangkan kos pengendalian dan membolehkan aliran kerja yang lebih lancar.
Dengan menggunakan teknologi telekomunikasi dan digital yang terkini, M800 komited untuk membantu syarikat-syarikat di seluruh dunia menangani cabaran komunikasi mereka yang paling sukar.
Transformasi digital yang lengkap
Suara dan video, pemesejan pintar dan identiti merupakan asas kepada pendekatan tiga serampang oleh maaiiConnect bagi membantu syarikat-syarikat untuk mendigitkan sepenuhnya ekosistem komunikasi mereka. OneDashboard menyatukan tiga modul bagi memperkasa syarikat-syarikat dengan penyelesaian pengurusan data serta perkhidmatan pada waktu sebenar.
maaiiConnect melambangkan kali pertama syarikat-syarikat dapat menjamin sambungan suara, video dan data yang jelas, bergred pembawa dengan pelanggan serta pemegang kepentingan dalaman mereka.
"maaiiConnect merupakan satu manifestasi terhadap sinergi pasukan luar biasa kami," kata Peter Chan, Pengasas M800 Limited. "Pasukan pakar kami mempunyai pengalaman dan pengetahuan selama 35 tahun dalam industri telekomunikasi, mudah alih, perisian dan keselamatan serta disatukan oleh minat yang dikongsi bersama untuk mengubah aspek komunikasi."
"Terima kasih kepada rakan-rakan kongsi global kami dan lebih 600 pelanggan perusahaan global, M800 dapat mempelopori pembangunan baharu dalam bidang komunikasi global. Kami akan terus mewujudkan keupayaan penglibatan pelanggan yang terkini buat syarikat-syarikat pada tahun-tahun akan datang," tambah Chan.
Daftar
Syarikat-syarikat boleh mendaftar dan mencuba PELAN TAJAAN maaiiConnect secara percuma. Manfaatkan 2,500 minit panggilan pada rangkaian sebulan, 15 dudukan kakitangan, ciri-ciri asas dan sokongan 24/7. Naik taraf kepada PELAN PERNIAGAAN melalui OneDashboard pada bila-bila masa untuk menambah panggilan tanpa had, lebih 16 dudukan kakitangan dan ciri-ciri perniagaan termaju.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.m800.com.
LATAR BELAKANG M800
Menerusi lebih 35 tahun pengalaman, M800 ialah pelopor dalam industri telekomunikasi, mudah alih dan penumpuan IT global. Syarikat ini ditubuhkan oleh sekumpulan pakar telekomunikasi bagi merevolusikan komunikasi global. Disokong oleh infrastruktur dan rangkaian proprietari, M800 komited untuk membantu syarikat-syarikat di seluruh dunia menangani cabaran komunikasi mereka yang paling sukar. Ketahui lebih lanjut di www.m800.com.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200110/2687862-1?lang=0