omniture

Pertama seumpamanya, maaiiConnect terajui generasi sokongan pelanggan seterusnya

Platform penumpuan digital menyepadukan dengan lancar suara + video yang jelas, pemesejan pintar dan produk identiti pelanggan dengan sistem bahagian belakang untuk memobilisasikan komunikasi dan pengalaman sokongan pelanggan yang tiada tandingan.
M800 Limited
2020-01-16 10:00 374

HONG KONG, 16 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Penyedia penyelesaian telekomunikasi global yang terkemuka M800 mengumumkan pelancaran lunak platform penumpuan digitalnya maaiiConnect. Produk rintis ini bersedia untuk merevolusikan komunikasi B2C dan B2B dengan menyepadukan saluran telekomunikasi dan komunikasi digital pada antara muka tunggal bagi memobilisasikan panggilan suara yang terbaik dalam kelas serta penyelesaian pemesejan sembang yang dinamik.

maaiiConnect sets to revolutionise B2C and B2B communications by integrating telecom and digital communication channels onto a single interface to mobilise best-in-class voice calls and dynamic chat messaging solutions.
maaiiConnect sets to revolutionise B2C and B2B communications by integrating telecom and digital communication channels onto a single interface to mobilise best-in-class voice calls and dynamic chat messaging solutions.

Disokong oleh infrastruktur proprietari M800 dan rangkaian teragih seluruh dunia, maaiiConnect mengubah cara syarikat-syarikat berhubung bersama pelanggan mereka dengan menjamin komunikasi digital gred-pembawa. Penyelesaian berkenaan dapat menangani cabaran perniagaan konvensional termasuk menyelaraskan berbilang platform komunikasi melalui satu peranti, mencapai sambungan panggilan dan sembang yang stabil serta mengaktifkan identiti jenama yang tekal dan perkhidmatan diperibadikan merentas semua saluran komunikasi. Perkhidmatan tersebut disediakan secara percuma dan syarikat-syarikat dapat meneroka ciri-ciri termaju dengan menaik taraf kepada pelan berbayar.

Berkomunikasi melalui peranti, protokol dan perkhidmatan

maaiiConnect merapatkan jurang antara data komunikasi, telekomunikasi dan rangkaian internet. Penyelesaian penumpuan yang tiada tandingan ini membolehkan syarikat-syarikat untuk mengurus dengan mudah berbilang saluran multimedia seperti PSTN, VoIP, laman sesawang dan komunikasi media sosial, pada satu platform dan menyokong pelanggan dengan lebih baik melalui interaksi yang andal dan seragam. Keupayaan untuk menyepadukan Bebas Tol Antarabangsa dan Nombor Maya Akses Tempatan, IDD, IVR serta penyelesaian digital dapat mengurangkan kos pengendalian dan membolehkan aliran kerja yang lebih lancar.

Dengan menggunakan teknologi telekomunikasi dan digital yang terkini, M800 komited untuk membantu syarikat-syarikat di seluruh dunia menangani cabaran komunikasi mereka yang paling sukar.

  • Kualiti gred-pembawa. Menjadi tumpuan kepada janji maaiiConnect ialah infrastruktur dalaman M800 dan penyelesaian berasaskan awan yang disokong oleh rangkaian teragih seluruh dunia. Lebih 28 PoP global, lebih 160 pembawa tahap 1 global dan pengendali mudah alih serta komitmen bersifat kontrak untuk 99.95% kualiti panggilan luar biasa jaminan SLA serta pemesejan sembang yang amat pantas.
  • Keselamatan yang utama dalam industri. Standard keselamatan sempurna M800 meletakkan pelan berbayar kepada risiko siber dengan penyulitan data, GDPR Eropah, PCI dan pematuhan kawal selia industri dengan pilihan untuk menyimpan dan mengurus data dengan selamat dalam awan hibrid.
  • Penyelesaian hujung-ke-hujung. maaiiConnect menyepadukan data bahagian depan daripada berbilang peranti dan saluran dengan sistem bahagian belakang. Pelbagai alatan pengayaan data menyampaikan pandangan berharga untuk perniagaan untuk menangani keperluan pelanggan dengan lebih baik.

Transformasi digital yang lengkap

Suara dan video, pemesejan pintar dan identiti merupakan asas kepada pendekatan tiga serampang oleh maaiiConnect bagi membantu syarikat-syarikat untuk mendigitkan sepenuhnya ekosistem komunikasi mereka. OneDashboard menyatukan tiga modul bagi memperkasa syarikat-syarikat dengan penyelesaian pengurusan data serta perkhidmatan pada waktu sebenar.

  • Suara + video. Suit komprehensif penyelesaian pusat panggilan, daripada panggilan luar rangkaian kepada panggilan pada rangkaian serta panggilan kod QR, panggilan video dan nombor telefon maya. Penyelesaian pejabat maya termasuk perkongsian skrin, buku panduan telefon dan pengurusan ciri-ciri panggilan seperti pemindahan panggilan, mel suara, rakaman, sekatan dan sebagainya.
  • Pemesejan pintar. 'Inbox' pusat untuk semua perkhidmatan pemesejan termasuk SMS, pemesejan segera maaiiConnect dan omnisaluran seperti Messenger, WhatsApp, WeChat dan Line. Ciri-ciri tambahan lain termasuk perkongsian fail dan sembang serentak.
  • Identiti. Penyelesaian pengurusan pelanggan pintar, termasuk penghalaan pintar dan buku panduan telefon dinamik. Pertanyaan panggilan dan sembang boleh dihalakan kepada ejen atau pusat pelanggan yang paling layak di seluruh dunia mengikut lokasi, bahasa, zon waktu dan tingkah laku dalam talian pemanggil.
  • OneDashboard. Papan pemuka tunggal untuk mengurus komunikasi dalaman dan luaran termasuk rakaman panggilan, baris gilir waktu sebenar, buku panduan telefon dan pengurusan ejen serta analisis log komunikasi waktu sebenar untuk meningkatkan kecekapan.

maaiiConnect melambangkan kali pertama syarikat-syarikat dapat menjamin sambungan suara, video dan data yang jelas, bergred pembawa dengan pelanggan serta pemegang kepentingan dalaman mereka.

"maaiiConnect merupakan satu manifestasi terhadap sinergi pasukan luar biasa kami," kata Peter Chan, Pengasas M800 Limited. "Pasukan pakar kami mempunyai pengalaman dan pengetahuan selama 35 tahun dalam industri telekomunikasi, mudah alih, perisian dan keselamatan serta disatukan oleh minat yang dikongsi bersama untuk mengubah aspek komunikasi."

"Terima kasih kepada rakan-rakan kongsi global kami dan lebih 600 pelanggan perusahaan global, M800 dapat mempelopori pembangunan baharu dalam bidang komunikasi global. Kami akan terus mewujudkan keupayaan penglibatan pelanggan yang terkini buat syarikat-syarikat pada tahun-tahun akan datang," tambah Chan.

Daftar

Syarikat-syarikat boleh mendaftar dan mencuba PELAN TAJAAN maaiiConnect secara percuma. Manfaatkan 2,500 minit panggilan pada rangkaian sebulan, 15 dudukan kakitangan, ciri-ciri asas dan sokongan 24/7. Naik taraf kepada PELAN PERNIAGAAN melalui OneDashboard pada bila-bila masa untuk menambah panggilan tanpa had, lebih 16 dudukan kakitangan dan ciri-ciri perniagaan termaju.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.m800.com.

LATAR BELAKANG M800

Menerusi lebih 35 tahun pengalaman, M800 ialah pelopor dalam industri telekomunikasi, mudah alih dan penumpuan IT global. Syarikat ini ditubuhkan oleh sekumpulan pakar telekomunikasi bagi merevolusikan komunikasi global. Disokong oleh infrastruktur dan rangkaian proprietari, M800 komited untuk membantu syarikat-syarikat di seluruh dunia menangani cabaran komunikasi mereka yang paling sukar. Ketahui lebih lanjut di www.m800.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200110/2687862-1?lang=0

 

Source: M800 Limited
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet Telecommunications Telecommunications Carriers and Services New products/services