omniture

Panggilan Permohonan untuk Tsinghua Amgen Scholars Program 2020

School of Pharmaceutical Sciences, Tsinghua University
2020-01-17 10:32 276

BEIJING, 17 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Amgen Scholars Program (ASP) ialah program antarabangsa yang dibiayai oleh Amgen Foundation dengan hala tuju Harvard University, bertujuan untuk meningkatkan peluang-peluang penyelidikan kepada pelajar-pelajar yang komited untuk meneruskan kerjaya dalam bidang sains bioperubatan. Melalui program musim panas selama 8 hingga 10 minggu, mahasiswa yang cemerlang dari seluruh dunia boleh menjalankan projek-projek penyelidikan di bawah pengajaran fakulti yang bertaraf dunia, terlibat dalam seminar dan acara perangkaian termaju serta mengambil bahagian dalam simposium sebagai wakil di kawasan masing-masing. Setakat ini, 24 institusi pendidikan dan penyelidikan ulung di seluruh A.S., Eropah, Asia, Australia dan Kanada telah menganjurkan program musim panas ini termasuk 4 institusi di Asia, iaitu National University of Singapore, University of Tokyo, Kyoto University dan Tsinghua University.

Seramai 15 calon yang cemerlang akan dipilih dari seluruh dunia untuk program akan datang pada tahun 2020, yang mana tiket-tiket perjalanan pergi balik ke Beijing, sebahagian daripada elaun makanan, pangsapuri pelajar atau hotel dalam kampus disediakan manakala wang saku akan ditawarkan. Setiap pelajar yang menerima biasiswa akan ditetapkan kepada seorang ahli fakulti sebagai mentor pelajar semasa program penyelidikan tersebut. Di samping itu, pelajar yang menerima biasiswa akan berpeluang untuk terlibat dalam makmal dan mengambil bahagian dalam siri aktiviti akademik bersama penyelidik pasca kedoktoran, juruteknik atau pelajar siswazah. Pengalaman yang berharga ini akan merangsang minat penyelidikan pelajar yang menerima biasiswa dan meningkatkan kebolehan penyelidikan mereka, memberi asas yang mantap untuk pelanjutan pengajian mereka. Tambahan pula, kami akan menganjurkan aktiviti-aktiviti kokurikulum lain, seperti acara perangkaian dan penerokaan budaya, bagi membolehkan mereka berkenalan dengan rakan-rakan baharu serta belajar lebih banyak tentang budaya Cina. Program kami ternyata menjadi program yang bermakna dan berguna, memandangkan semua pelajar yang menerima biasiswa yang mengambil bahagian dalam program kami pada tahun 2019 menyatakan bahawa mereka mendapat banyak manfaat daripadanya dan dapat menikmati musim panas yang indah bersama-sama.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Tsinghua University berusaha secara aktif untuk memupuk bakat yang pelbagai dan memudahkan kolaborasi antarabangsa serta membuat kemajuan penting dalam pembangunan bakat dipacu inovasi. Rakan usaha sama koresponden utama Tsinghua untuk ASP ialah Sekolah Sains Farmaseutikal (SPS), yang memainkan peranan penting dalam pembangunan sains hayat universiti dan penyelidikan bioperubatan dengan pencapaian termaju. Tsinghua University akan terus menyediakan program yang cemerlang hasil kejayaan program 2019 bersama Amgen Foundation.

Tsinghua ASP kini dibuka untuk permohonan peringkat global. Untuk maklumat lanjut, sila klik http://www.sps.tsinghua.edu.cn/amgenscholars.html#

Source: School of Pharmaceutical Sciences, Tsinghua University
Keywords: Education Health Care/Hospital Higher Education