SHENYANG, China, 17 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Shenyang Interconnected Refrigerator Factory Haier (SHA: 600690), pengeluar elektronik pengguna dan perkakas rumah yang terbesar di China telah dipilih sebagai salah satu daripada 18 kilang baharu untuk menyertai Global Lighthouse Network Forum Ekonomi Dunia (WEF) dengan pemimpin-pemimpin pembuatan termaju yang kini menyepadukan teknologi Revolusi Perindustrian Keempat (4IR). Pengumuman ini menandakan kali kedua Haier diiktiraf oleh WEF, susulan pemilihan Kilang Saling Hubung Qingdao Central-AC (CAC) pada September 2018.
Dikenali sebagai "rumah api" lantaran kedudukannya yang inovatif dan terkemuka di dunia, kilang-kilang ini dipilih oleh WEF berdasarkan penggunaan teknologi 4IR yang berjaya untuk merealisasikan pembuatan pintar, dengan faedah-faedah yang diperlihatkan pada peringkat operasi, kewangan dan alam sekitar.
Teknologi-teknologi canggih termasuk kecerdasan buatan, analitik data raya, Internet Pelbagai Benda (IoT) dan pencetakan 3D. Tambahan pula, separuh daripada rumah api baharu merupakan kilang-kilang hujung-ke-hujung, bermakna ia memacu nilai melangkaui fasa pembuatan sahaja bagi mencetuskan kesan sepanjang rantaian nilai keseluruhan. Kedua-dua rumah api Haier merupakan kilang-kilang hujung-ke-hujung.
"Shenyang Interconnected Refrigerator Factory Haier, juga merupakan kilang pertama yang mengaplikasikan ekosistem saling hubung, dipilih hasil model penyesuaian besar-besarannya yang bertumpu pengguna dan fleksibal, yang diperkasa oleh platform COSMOPlat yang dibangunkan sendiri dan boleh diskala, platform penyelesaian penyesuaian besar-besaran yang terbesar di dunia," kata Tingyi Hou, Prinsipal Haier Shenyang Interconnected Factory.
Terkumpul daripada pengalaman pembuatan pintar 15 kilang saling hubung di seluruh negara, Haier Smart Home membawakan 328 piawaian pembuatan, kaedah 87 langkah dan 56 buku panduan bagi membuktikan COSMOPlat dengan peralihan kepada awan (cloudification) untuk pengautomatan selanjutnya dan peningkatan pembuatan pintar antara 122 kilang.
Dibandingkan dengan model pembuatan tradisional, COSMOPlat menyepadukan secara digital seluruh proses kilang dan rantaian bekalan, memanfaatkan data raya, pengkomputeran awan dan IoT. Ia menghubungkan pembekal dan pengguna, membolehkan pelanggan untuk menyampaikan pilihan keutamaan mereka terus kepada kilang. Ini bukan sahaja menjadikan pelanggan sebagai peserta dalam proses reka bentuk dan pengeluaran yang telus, tetapi ia juga membolehkan penyesuaian produk dibuat mengikut kehendak pengguna, malah permintaan yang berbeza atau unik.
Penyesuaian menghasilkan produk-produk dibuat dengan kejituan yang tinggi menurut keperluan pelanggan sebenar, yang bukan sekadar mencapai kecekapan yang lebih tinggi, bahkan turut membuka lebih banyak kemungkinan buat pengguna. Tertib pengeluaran yang automatik dan pintar serta sistem maklumat digital melaksanakan seluruh proses dengan lancar, lalu meningkatkan produktiviti tenaga buruh secara langsung sebanyak 28%.
Sebagai ahli Global Lighthouse Network WEF, Haier aktif berkongsi pengalamannya dalam transformasi industri, untuk membantu penaiktarafan industri pembuatan global. Ia telahpun menerajui Cadangan Hannover Global Lighthouses yang berusaha untuk menetapkan dan melaksanakan norma-norma industri dalam standard, teknologi, keselamatan, bakat dan banyak lagi.
Untuk versi penuh Global Lighthouse Network, sila kunjungi: http://www3.weforum.org/docs/WEF_Global_Lighthouse_Network.pdf
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200116/2694575-1?lang=0