NIWOT, Colo., 19 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Crocs, Inc. (NASDAQ: CROX), peneraju global bagi kasut kasual yang inovatif untuk wanita, lelaki dan juga kanak-kanak, hari ini melancarkan tahun keempat kempen pemasaran global "Come As You Are" termasuk bakat terbaik yang baharu, selain inovasi produk yang baharu untuk musim bunga 2020.
Baharu dalam senarai duta global Crocs ialah Priyanka Chopra Jonas, pelakon, penerbit dan duta UNICEF global; dan Yang Mi, pelakon Cina yang terkenal. Kedua-duanya turut serta bersama penyanyi dan pelakon A.S., Zooey Deschanel; penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Kim Sejeong; dan pelakon Jepun, Suzu Hirose.
Sebagai duta-duta global untuk jenama Crocs pada tahun 2020, mereka akan memberi inspirasi kepada peminat untuk berasa selesa dengan kasut mereka sendiri dengan menunjukkan gaya Crocs peribadi melalui koleksi baharu yang mengujakan serta menggalakkan setiap orang untuk tampil sebagai diri mereka sendiri melalui kandungan dan pengaktifan yang menginspirasikan sepanjang tahun.
Selain daripada duta-duta global, Crocs turut menyenaraikan pelbagai barisan peragawati dan individu berpengaruh yang diiktiraf sebagai "One-Of-A-Kinds" untuk membawakan erti yang lebih bersifat peribadi kepada pesanan jenama "Come As You Are". Barisan peragawati baharu ini mewakili umur, latar belakang, kepercayaan, orientasi dan kebolehan berbeza bagi mengalu-alukan semua peminat Crocs untuk mengekspresikan keperibadian mereka dan berasa selesa dengan kasut mereka sendiri. Individu-individu berpengaruh dan para peragawati akan ditampilkan dalam fotografi serta imejan kempen yang akan dimanfaatkan pada tahun 2020 dan akan digalakkan untuk berhubung bersama peminat melalui forum-forum seperti media sosial bagi menunjukkan bahawa setiap orang dialu-alukan dan diperkasa untuk menjadi sebahagian daripada jenama Crocs.
"Lelaran keempat kempen 'Come As You Are' ialah satu pengisytiharan kepada peminat kami: Masanya telah tiba untuk bangkit dan menonjol," kata Terence Reilly, Ketua Pegawai Pemasaran Crocs. "Barisan duta jenama global baharu kami dan duta-duta 'One-Of-A-Kinds' menawarkan campuran sempurna antara kuasa bintang ternama dan gambaran autentik untuk membantu CrocNation berasa lebih hebat dan berani untuk menjadi diri mereka sendiri."
Bersama-sama kempen jenama "Come As You Are", usaha-usaha pemasaran Crocs akan memberi tumpuan pada produk-produk yang menonjolkan gaya terkini dan baharu, selain kepimpinan yang berterusan dalam inovasi keselesaan kasut, termasuk pelancaran pada musim bunga bagi kasut yang "perlu dimiliki" pada tahun 2020: Women's Crocs Brooklyn Wedge. Disediakan dengan pelbagai ketinggian tumit, campuran warna dan rupa bentuk yang sofistikated namun ringkas, setiap kasut wedge mempunyai teknologi busa LiteRide™ selesa yang menimbulkan sensasi. Penghasilan yang ringan, tali pengingat atas yang intuitif serta teknologi keselesaan revolusioner mencipta gaya yang mudah, keselesaan sepanjang hari yang unggul dan keserbabolehan koleksi pakaian yang hebat.
Seleksi produk-produk utama yang boleh diharapkan oleh pengguna untuk melihatnya pada musim bunga ini sebagai sebahagian daripada portfolio Crocs termasuk:
"Siang atau malam, di pantai atau jalan raya bandar, Crocs mempunyai kasut untuk setiap orang dan setiap peristiwa," kata Reilly. "Memandangkan senarai duta tahun ini berkongsi bagaimana mereka menggayakan beberapa produk kami yang paling popular – bermula daripada Classic Clogs dan Slides kepada Crocs Brooklyn Wedge baharu yang merupakan kasut UTAMA bagi tahun 2020 – mereka akan menerapkan personaliti mereka sendiri, menonjolkan bagaimana ekspresi diri, keselesaan dan gaya adalah saling tidak menyisihkan."
Untuk membantu menyebarkan maklumat ini, "Come As You Are" akan dapat dilihat melalui pelbagai bahan pemasaran digital, sosial, cetakan dan dalam kedai dengan tumpuan global pada negara-negara termasuk Amerika Syarikat, Jerman, China, Jepun dan Korea Selatan.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kempen "Come As You Are", kunjungi www.crocs.com/comeasyouare.
Latar Belakang Crocs, Inc.
Crocs, Inc. (Nasdaq: CROX) ialah peneraju dunia bagi kasut kasual inovatif untuk wanita, lelaki dan kanak-kanak, menggabungkan antara keselesaan dan gaya dengan nilai yang diketahui dan disukai oleh pengguna. Kebanyakan kasut Crocs™ mengandungi bahan Croslite™, iaitu teknologi kasut dibentuk yang proprietari, memberi keselesaan luar biasa dengan setiap langkah.
Pada tahun 2020, Crocs memperkukuh misinya iaitu "setiap orang berasa selesa dengan kasut mereka sendiri" menerusi tahun keempat kempen Come As You Are™ globalnya. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Crocs atau kempen Come As You Are, sila kunjungi www.crocs.com atau ikuti @Crocs melalui Facebook, Instagram dan Twitter.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200117/2695522-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200117/2695522-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200117/2695522-1-c?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200117/2695522-1-d?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200117/2695522-1-e?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200117/2695522-1LOGO?lang=0