omniture

ZTE dan MTN lancar rangkaian 5G SA pertama di Afrika Timur

ZTE Corporation
2020-01-22 04:42 400

SHENZHEN, China, 22 Januari 2020 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK/000063.SZ), penyedia antarabangsa yang utama bagi penyelesaian teknologi telekomunikasi, perusahaan dan pengguna untuk Internet Mudah Alih, hari ini mengumumkan bahawa ZTE dan MTN Uganda bersama-sama melancarkan rangkaian 5G SA yang pertama di Afrika Timur, mendemonstrasikan keadaan penggunaan 5G di sebuah acara bertema "Alami Masa Depan Bersama-sama" ("Experience the Future Together"), yang berlangsung di Nyonyi Garden, Kampala, Uganda.

ZTE dan MTN Uganda telah mempamerkan rangkaian 5G SA berkelajuan tinggi di bawah lebar jalur spektrum 60 MHz dengan kadar sebenar sebanyak lebih 1.494 Gbps, yang dapat menyokong pelbagai aplikasi seperti Gigabit tanpa Sambungan Gentian, XR Awan, siaran langsung ultra-HD, pemanduan automatik dan pembedahan jarak jauh.

Ia merupakan rangkaian 5G SA yang pertama di Afrika Timur. Penggunaan dan operasinya menerima pakai peralatan 5G hujung-ke-hujung ZTE termasuk Common Core, bagi mencapai pemisahan lengkap satah pengisyaratan dan satah data tanpa bergantung pada EPC rangkaian teras LTE sedia ada. Di samping itu, rangkaian ini dapat terus menyokong aplikasi 5G biasa, termasuk uRLLC dan mMTC, melalui penaiktarafan yang lancar.

Disokong oleh rangkaian SA 5G, demonstrasi ini turut menampilkan komunikasi waktu sebenar rangkaian akses tanpa wayar tetap di lapangan, robot bionik, VR Awan dan industri-industri vertikal yang lain, mempamerkan sepenuhnya keupayaan rangkaian 5G sebagai asas masyarakat pintar selain komitmen ZTE dan MTN untuk meneroka pembangunan 5G di Afrika.

Di samping itu, ZTE turut membawakan penyelesaian 5G komersial hujung-ke-hujungnya termasuk 5G Common Core, Beyond 100G Transmission, 5G Flexhaul, 5G New Radio dan Big Video, selain peranti terminal 5G seperti telefon pintar Axon 10 Pro 5G, penghala dalaman dan luar 5G.

"ZTE amat berminat untuk berkongsi teknologi baharu bersama MTN," kata Bill Yi, Naib Presiden di ZTE. "Kami sentiasa meningkatkan keupayaan 5G kami dan telah menjadi pembekal utama penyelesaian hujung-ke-hujung dalam industri ICT global."

Sebagai pengendali telekomunikasi yang terbesar di Afrika Selatan dan syarikat telekomunikasi multinasional yang terbesar di Afrika, MTN Group kini beroperasi di 21 buah negara di Afrika dan Timur Tengah. Sehingga kini, bilangan pengguna MTN telah melebihi 230 juta. ZTE telah menjadi rakan kongsi MTN sejak tahun 2009, melibatkan bidang-bidang tanpa wayar, rangkaian teras, penghantaran, infrastruktur tenaga, terminal dan perkhidmatan O&M. ZTE telah berkolaborasi dengan 11 cawangan MTN dalam projek-projek berbeza.

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi termaju, peranti mudah alih dan penyelesaian teknologi perusahaan untuk pengguna, pengendali, syarikat dan pelanggan daripada sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi ZTE, syarikat komited untuk menyediakan pelanggan dengan inovasi hujung-ke-hujung yang bersepadu bagi memberikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), ZTE menjual produk dan perkhidmatannya di lebih 160 buah negara.

Setakat ini, ZTE telah memperoleh 35 kontrak 5G komersial dalam pasaran-pasaran utama seperti Eropah, Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika (MEA). ZTE mengkhususkan 10 peratus daripada pendapatan tahunannya kepada usaha penyelidikan dan pembangunan serta memainkan peranan kepimpinan dalam organisasi-organisasi penetap standard antarabangsa.

Hubungan Media:
Margaret Ma
ZTE Corporation
Tel: +86 755 26775189
Emel: ma.gaili@zte.com.cn

 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Licensing/marketing agreements