omniture

Platform maaiiConnect M800 - Cara Paling Pintar Tukar Pesanan kepada Jualan

M800
2020-01-22 04:40 289

HONG KONG, 22 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Platform maaiiConnect revolusioner M800 meletakkan syarikat-syarikat pada kedudukan yang betul untuk mengubah secara digital pengalaman khidmat pelanggan melalui penyelesaian pemesejan pintar.

Sokongan pelanggan generasi seterusnya 

Bayangkan menggabungkan alatan komunikasi yang paling popular di dunia pada satu platform. Satu penyelesaian penumpuan digital lengkap yang menghubungkan pelanggan pada saluran panggilan dan pemesejan kegemaran serta peranti mereka secara serentak. Turun naik interaksi yang lancar yang disesuaikan dengan sempurna untuk memberikan pelanggan apa yang benar-benar mereka perlukan. Bayangkan memperkasa ejen-ejen pusat hubungan dengan pandangan 360 darjah setiap pelanggan dan keupayaan untuk mengenali pelbagai keperluan setiap pengunjung, maklumat pembelian unik yang terdahulu dan pilihan keutamaan. Bayangkan melakukan semua ini dan banyak lagi melalui sambungan yang bukan sahaja luar biasa andal, tetapi turut diuji dengan baik, terbukti dan selamat. maaiiConnect ialah platform penumpuan digital berkuasa yang baharu daripada M800 – ekosistem komunikasi yang belum pernah tersedia sebelum ini yang bekerja lebih keras untuk menjana petunjuk, memperdalamkan hubungan dengan pelanggan sedia ada dan mewujudkan laluan baharu untuk mengembangkan jualan.   

Pemesejan pintar 

Lebih ramai pengguna mudah alih berbanding sebelum ini menggunakan pemesejan sembang untuk berinteraksi dengan jenama-jenama. Menurut satu laporan terkini oleh Juniper Research, trafik pemesejan mudah alih global akan melebihi 243 trilion setiap tahun menjelang tahun 2022. maaiiConnect diwujudkan untuk membantu perniagaan memanfaatkan peluang ini dengan menukarkan platform komunikasi yang popular seperti Facebook Messenger, WhatsApp, Line dan WeChat kepada alatan jualan yang hebat. Pautan sembang web atau ciri kod QR membolehkan pelanggan untuk membuat pertanyaan sembang melalui platform pilihan mereka dengan hanya satu klik. Ejen-ejen khidmat pelanggan seterusnya boleh membalas dan berkongsi video, foto atau fail pada waktu sebenar melalui platform tunggal, maaiiConnect, daripada peranti pilihan mereka. Ciri penghalaan pintar menambah lagi tahap pemperibadian yang tiada tandingan dengan setiap interaksi memandangkan setiap pelanggan dihalakan secara sistematik kepada ejen khidmat pelanggan yang paling relevan secara geografi untuk berkomunikasi dalam bahasa tertentu, zon waktu dan pilihan keutamaan. Menggunakan robot sembang (chatbot) dapat meningkatkan lagi bantuan waktu sebenar melalui soalan-soalan automatik dan tag FAQ, terus menentukur interaksi mengikut pengalaman terdahulu.

Mengubah perbualan kepada penukaran 

maaiiConnect membolehkan perniagaan bukan sekadar berbual dengan lancar bersama pelanggan merentas pelbagai saluran dan peranti pada satu platform, tetapi juga mengoptimumkan kandungan. Mampu milik/berkesan kos dan fleksibel, pemesejan sembang membuka pintu kepada peluang penglibatan pelanggan yang intuitif dan mendatangkan kepuasan. Kini, perniagaan dapat memanfaatkan platform-platform ini bagi menyampaikan kandungan yang lebih disasarkan dan menarik untuk meningkatkan kadar penukaran dengan ketara. maaiiConnect bersepadu dengan sistem dalam syarikat-syarikat, termasuk CRM atau ERP, untuk meningkatkan setiap interaksi pelanggan dengan memanfaatkan maklumat profil dan data jualan bagi mendayakan perkhidmatan yang lebih diperibadikan.

Pemperibadian omnisaluran 

Antara muka OneDashboard maaiiConnect mengesan, menganalisis dan melaporkan secara komprehensif log komunikasi pada waktu sebenar dengan suit alatan pengayaan data yang hebat, menghasilkan pandangan bernilai yang membantu menyesuaikan pesanan pemasaran dan menukarkan petunjuk jualan dengan lebih berkesan. Syarikat-syarikat kini dapat menunaikan janji jenama omnisaluran untuk menghubungkan pelanggan pada platform pemesejan dan peranti kegemaran mereka dengan maklumat yang betul pada waktu yang tepat. Analitik termaju menyerlahkan penyelesaian pemasaran yang disesuaikan dan relevan yang mengundang interaksi pelanggan – peluang yang terbukti untuk syarikat-syarikat bagi meningkatkan kadar penukaran selain kesetiaan jenama.

Sambungan andal dijamin 

maaiiConnect disokong oleh infrastruktur proprietari M800, rangkaian teragih secara global dan keselamatan bertaraf dunia. Penyelesaian termaju memperkasa syarikat-syarikat untuk menyampaikan perkhidmatan komunikasi suara, video dan data gred-pembawa kepada pelanggan mereka dan pemegang kepentingan dalaman. Kualiti gred-pembawa yang dijamin oleh lebih 28 PoP di seluruh Asia, Eropah dan Amerika Syarikat, lebih daripada 160 rakan kongsi pembawa global di seluruh dunia dan komitmen kepada 99.95% perjanjian tahap perkhidmatan (SLA). Standard keselamatan tahap tertinggi M800 menyulitkan data dalam transit untuk memberikan pesanan kalis-godam. Data disimpan dan diurus dengan selamat dalam awan awam atau awan persendirian M800 sebagaimana yang dipilih oleh setiap pelanggan.

Teknologi hebat maaiiConnect memobilisasikan hubungan pelanggan yang tiada tandingan – menggunakan alatan digital terbukti bagi mengubah cara syarikat-syarikat berkomunikasi dan meningkatkan perolehan keuntungan. maaiiConnect ialah platform yang tidak mampu diendahkan oleh perniagaan pada tahun 2020.

Cubalah secara percuma 

Syarikat-syarikat boleh mendaftar dan mengikuti PELAN PENAJA maaiiConnect secara percuma. Manfaatkan lebih 2,500 minit panggilan melalui rangkaian sebulan, 15 tempat duduk kakitangan, ciri-ciri asas dan sokongan 24/7. Naik taraf kepada PELAN melalui OneDashboard pada bila-bila masa untuk menambah panggilan melalui rangkaian dan luar rangkaian tanpa had, lebih 16 tempat duduk kakitangan dan ciri-ciri perniagaan termaju.

Untuk maklumat lanjut mengenai M800 dan maaiiConnect, sila kunjungi www.m800.com

Latar Belakang M800 

Dengan lebih 35 tahun pengalaman, M800 ialah perintis dalam industri telekomunikasi, mudah alih dan penumpuan IT global. Syarikat ini ditubuhkan oleh sekumpulan pakar telekomunikasi bagi merevolusikan komunikasi global. Disokong oleh infrastruktur dan rangkaian proprietari, M800 komited untuk membantu syarikat-syarikat di seluruh dunia menangani cabaran telekomunikasi mereka yang paling sukar. Ketahui lebih lanjut di www.m800.com.

Source: M800
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Telecommunications New products/services