omniture

5G: Usaha untuk Pertumbuhan Mampan di tengah-tengah Jangkaan

ZTE Corporation
2020-01-22 07:53 374

SHENZHEN, China, 22 Januari 2020 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia antarabangsa yang utama bagi penyelesaian teknologi telekomunikasi, perusahaan dan pengguna untuk Internet mudah alih, hari ini mengumumkan bahawa Ketua Pegawai Teknologi ZTE Wang Xiyu telah berkongsi pandangan beliau tentang era 5G yang akan datang, memberi tumpuan pada "5G: Berusaha untuk Pertumbuhan Mampan di tengah-tengah Jangkaan".

Ketua Pegawai Teknologi ZTE Wang Xiyu
Ketua Pegawai Teknologi ZTE Wang Xiyu

Artikel penuh adalah seperti yang berikut:

Pada tahun 2019, lebih daripada 50 pengendali di seluruh dunia mengumumkan pelancaran komersial 5G mereka, dengan lebih 200,000 stesen utama 5G Sub-6GHz baharu digunakan. Walau bagaimanapun, pengkomersialan 5G masih kekal pada tahap awal pembangunan infrastruktur, sebagaimana yang ditunjukkan oleh pembinaan berskala luas hanya di China, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan beberapa buah negara yang lain di Eropah dan juga Timur Tengah. Dianggarkan bahawa China akan membina lebih daripada 500,000 stesen utama 5G pada tahun 2020, yang akan mempercepatkan penggunaan 5G global. Pada masa kini, pelancaran 5G telah menghadapi beberapa cabaran, termasuk keperluan yang lebih ketat untuk kepadatan stesen utama, penggunaan kuasa yang lebih rendah dan model perniagaan yang menguntungkan. Di samping itu, pengendali mencari Pulangan Pelaburan (ROI) daripada industri-industri vertikal yang berbeza dan ekosistem kolaboratif untuk memperkasa semua industri melalui inovasi 5G.

Sedekad yang lalu, 4G menyaksikan kemakmuran seluruh dunianya meskipun berdepan dengan ketidaktentuan. Pembangunan teknologi yang digabungkan dengan amalan inovatif memudahkan penggunaan komersial 4G, lalu mendayakan internet mudah alih bagi mempercepatkan transformasi sosial.

Pembangunan teknologi mempromosi pengkomersialan 5G berskala luas

Walaupun penggunaan kuasa setiap bit 5G telah menurun secara mendadak dibandingkan dengan 4G, kecekapan kuasa masih kekal sebagai isu utama memandangkan rangkaian 5G dijangka mempercepatkan kadar pemprosesan data sebanyak berpuluh-puluh kali. Cip set merupakan penentu kepada prestasi, penyepaduan, penggunaan kuasa dan parameter utama yang lain pada produk-produk; oleh itu, proses faundri cip set adalah penting untuk evolusi produk. Pada masa lalu, proses faundri bagi cip set 28 nm disediakan untuk kedua-dua keperluan sistem dan peranti mudah alih yang mendorong pengkomersialan 4G. Hari ini, cip set 7 nm dijangka dapat memacu pengkomersialan 5G. Dengan cip jalur asas 7 nm yang dibangunkan sendiri dan cip DIF, ZTE membuat kemajuan yang luar biasa, termasuk peningkatan 40% dalam penyepaduan, lebih 20% peningkatan dalam kuasa output RF hujung-ke-hujung dan penurunan 30% dalam penggunaan kuasa mahupun berat produk. Pada tahun 2020, cip set ini akan digunakan secara meluas dalam rangkaian 5G. Pada beberapa tahun akan datang, pembangunan teknologi yang berterusan, penggunaan kuasa dan berat produk akan terus berkurangan. Oleh itu, pembangunan cip set 7nm/5nm yang utama dalam industri akan mengukuhkan kepimpinan produk-produk 5G vendor-vendor arus perdana.

Isu liputan yang dibawa oleh jalur spektrum lebih tinggi 5G boleh dikurangkan dengan menggunakan teknologi baharu seperti MIMO Besar-besaran. Oleh itu, kepadatan stesen utama 5G di kawasan-kawasan bandar adalah serupa dengan stesen utama 4G

Penyepaduan berbilang vendor masih menjadi cabaran terbesar untuk pengkomersialan 5GC. Pada masa kini, Seni Bina Natif-Awan (CNA) dan Seni Bina Berasaskan Perkhidmatan (SBA) telahpun mencapai penyahgandingan perisian-perkakasan dan telah diletakkan untuk kegunaan komersial. Penghirisan rangkaian dapat mencapai penggunaan-silang automatik dalam RAN, rangkaian pengangkutan dan rangkaian teras yang dibina oleh satu vendor. Pengendali kini berusaha untuk meneroka penyepaduan berbilang vendor bagi meningkatkan standard domain pengurusan yang memudahkan penerimaan hujung-ke-hujung yang automatik. Perkhidmatan biasa yang muncul dalam pengkomersialan 5GC termasuk 5G VoNR dan perkhidmatan SMS, perkhidmatan pengebilan, penyerahan antara-RAT dan pemindahan data pengguna tanpa penukaran kad SIM atau nombor, telah melepasi Ujian Saling Boleh Kendali (IOT) dan membuktikan keupayaannya bagi menyokong senario eMBB. Standard untuk perkhidmatan berorientasi industri vertikal seperti penentu kedudukan 5G dengan kejituan tinggi, ESTUN, NPN, TSN dan 5G LAN semakin matang. ZTE telah menjadi pengusaha utama dalam mempromosikan pengkomersialan 5GC berdasarkan produk-produk 5GC yang matang, ujian lapangan dan prestasi rangkaian.

Pada peringkat awal pembangunan 5G, standard untuk peralatan pengguna 5G dan sistem 5G masih dalam pembangunan. Oleh itu, vendor-vendor dengan keupayaan 5G hujung-ke-hujung menjadi peneraju industri dalam melaksanakan penjayaan seragam dan memanfaatkan jalur spektrum dengan lebih baik. Pada Februari 2019, ZTE melancarkan Axon 10 Pro 5G, telefon pintar 5G pertama China untuk kegunaan komersial. Menjelang penghujung tahun 2019, penghantaran telefon pintar 5G kepada pelanggan global telah mencecah 5 juta, seraya menyumbang sebanyak 0.15% daripada jumlah penghantaran telefon pintar di dunia. Pada suku pertama tahun 2020, ZTE berhasrat untuk melancarkan siri telefon pintar 5G berbilang mod, berbilang frekuensi generasi seterusnya seperti Axon 11. Menjelang penghujung tahun 2020, harga terendah untuk telefon pintar 5G ZTE dianggarkan mencecah USD 300 manakala harga modul-modul SA untuk industri-industri vertikal juga dijangkakan menurun dengan cepat. Dengan liputan rangkaian 5G yang lebih luas, pengendali global meramalkan bahawa menjelang akhir tahun 2020, peralatan pengguna 5G di seluruh dunia akan mencecah 160 juta.

Amalan pengkomersialan 5G mendorong transformasi digital

ZTE berkolaborasi dengan rakan-rakan kongsi dalam industri vertikal untuk memaksimumkan nilai setiap aplikasi. ZTE telah meneroka penyepaduan mendalam 5G dan industri-industri vertikal bersama Sany Heavy Industry, Xinhua News Agency, Tianjin Port dan Suning, yang bersama-sama mempromosikan transformasi digital industri-industri tersebut.

Amalan dan penerokaan 5G dalam industri-industri vertikal menunjukkan bahawa kombinasi senario sebenar dan maya merupakan keperluan penting yang ditimbulkan oleh industri-industri. Dalam banyak aplikasi 5G, perkhidmatan video dianggap penting untuk transformasi digital. Walaupun 4G dapat menyokong penghantaran teks, data, gambar dan video bersaiz kecil, 5G menjamin penghantaran andal isyarat kawalan dan perkhidmatan video yang menonjolkan interaksi, waktu sebenar dan kependaman berketentuan. Dengan mempromosikan pendigitan dalam masyarakat dan meletakkan sistem kawalan operasi ke dalam aplikasi, 5G dapat mempercepatkan transformasi digital.

Dalam era 2G, pengendali menumpukan pada pembinaan infrastruktur rangkaian, bagi menikmati faedah-faedah secara eksklusif, mencapai zaman keemasannya apabila perkhidmatan suara menguasai. Dalam era 3G dan 4G, korelasi yang lemah antara kandungan dan rangkaian membolehkan penyedia perkhidmatan OTT untuk berkongsi faedah-faedah yang diperoleh daripada rangkaian sedia ada. Oleh itu, mereka yang kekal di barisan hadapan dalam internet mudah alih dan pengkomputeran awan menjadi gergasi industri. Dalam era 5G, keperluan untuk lebar jalur yang besar, interaksi tinggi dan kependaman berketentuan menjadikan perkhidmatan lebih bergantung pada rangkaian yang mendayakan kandungan, pengkomputeran dan perkhidmatan storan. Meskipun 4G merupakan pemangkin untuk pengkomputeran awan yang berkembang pesat, 5G akan menjadi daya penggerak untuk perkhidmatan video yang teragih, pada waktu sebenar dan disegerakkan dalam era pengkomputeran awan. Pengendali telekomunikasi akan berkongsi faedah-faedah yang berasal daripada ekonomi digital berdasarkan sumber-sumber rangkaian unggul dan kelebihan keupayaan mereka.

Jalinan kerjasama dengan perusahaan-perusahaan yang terkemuka dalam industri-industri berbeza, ZTE berdedikasi untuk meningkatkan pembangunan industri-industri vertikal melalui 5G dan memperkasa semua rakan kongsi untuk mendayakan keupayaan teras seperti XR Awan, AI, saling sambung pintar, penentu kedudukan dengan kejituan tinggi dan keupayaan keselamatan untuk aplikasi perindustrian.

Aplikasi perisian penting memajukan pewujudan ekosistem berbilang vendor

Tidak seperti dalam bidang pengguna tradisional, transformasi digital dalam industri-industri vertikal memerlukan ekosistem yang lebih matang dan peningkatan keandalan yang dramatik daripada 99.9% kepada 99.999% malah lebih tinggi. Perisian yang penting, seperti sistem pengendalian dan pangkalan data ialah asas kepada penggunaan terbaik perkakasan mahupun aplikasi.

Sistem pengendalian NewStart ZTE telah diterima pakai dalam bidang-bidang utama iaitu telekomunikasi, kereta api berkelajuan tinggi, kuasa, automotif dan pengautomatan perindustrian. Dengan lebih 200 juta set dihantar kepada pelanggan global, sistem pengendalian NewStart menjadi teknologi asas yang menjamin evolusi sosial yang andal.

Memandangkan terdapatnya jumlah data yang semakin bertambah untuk diproses dan peningkatan urus niaga perniagaan dalam era 5G, seni bina rangkaian tradisional dengan pelayan khusus serta pangkalan data terpusat tidak dapat menyokong pembangunan perkhidmatan jangka panjang dengan prestasi, kebolehskalaan dan kefleksibelan sistemnya yang kini terhad. Aplikasi pangkalan data teragih, dengan prestasinya yang lebih baik dan keandalan yang lebih tinggi, menjamin pelaksanaan pantas teknologi baharu dalam ekosistem dan menyingkirkan risiko ekosistem yang mengecil, kesukaran pemupukan bakat dan kos tinggi yang dibawa oleh pelayan khusus. GoldenDB, pangkalan data teragih ZTE, telah diaplikasikan oleh bank-bank utama dalam sistem kad kredit mereka bagi memenuhi keperluan perniagaan yang ketat. Membantu pelanggan dalam memproses secara lancar trafik dengan peningkatan yang mendadak pada Festival Beli belah Dua 11 (11 November) dan Dua 12 (12 Disember), pangkalan data tersebut memberi contoh untuk aplikasi pangkalan data inovatif yang lain dalam pelbagai industri.

ZTE komited untuk memudahkan pengkomersialan 5G dan pembangunan lebuh raya maklumat, memajukan transformasi digital dengan memperkasa industri-industri vertikal melalui 5G. Dengan mempromosikan sistem pengendalian NewStart yang digunakan secara meluas dan matang serta pangkalan data GoldenDB, syarikat ini komited untuk berusaha demi kemakmuran ekosistem berkenaan.

HUBUNGI: Margret Ma di +86-755-26775189 / +86-136-4143-7743, Emel: ma.gaili@zte.com.cn 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200120/2696519-1?lang=0

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Wireless Communications