omniture

Yu Jan Shin keluarkan senarai hadiah khusus utama bagi 2019

Yu Jan Shin
2020-01-22 09:00 312

Pastri Mentega dan Kek Nanas terbukti paling popular antara pelancong

TAIPEI, 22 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Budaya seni kek tradisional Taiwan sentiasa menggamit perhatian pelancong dari serata dunia dan tahun 2019 tidak terkecuali. Tahun tersebut terbukti menjadi tahun yang cemerlang untuk hadiah khusus buatan Taiwan. Yu Jan Shin, sebuah bakeri di Dajia, Taichung, Taiwan, bandar yang mempunyai sejarah bermula lebih separuh abad yang lalu dan komitmen untuk mencipta pastri mentega legenda menggunakan bahan-bahan yang segar dan asli, telah menjadi jenama hadiah khusus yang popular dalam kalangan pelancong yang melawat Taiwan dari serata dunia. Pembuat pastri tersebut telah mengeluarkan senarai hadiah khusus yang paling popular bagi tahun 2019 dengan lima produk yang utama - Pastri Mentega, Kek Nanas Anugerah Emas, Kek Nanas dengan Kuning Telur, Kek Taro dengan Mochi dan Sachima Tidak Digoreng -- telah membina reputasi yang menjadi satu legenda dalam kalangan pelancong dan menjadi juadah yang harus dimakan dan perlu dibeli antara banyak pastri tradisional pulau berkenaan.

Yu Jan Shin menghasilkan senarai pastri mentega legenda mereka yang laris terjual bagi tahun 2019
Yu Jan Shin menghasilkan senarai pastri mentega legenda mereka yang laris terjual bagi tahun 2019

Pastri Mentega, Kek Nanas Anugerah Emas, Kek Nanas dengan Kuning Telur, Kek Taro dengan Mochi dan Sachima Tidak Digoreng merupakan hadiah khusus yang paling popular untuk pelancong yang melawat Taiwan

Seni kek tradisional Taiwan telah menggamit perhatian pelancong-pelancong pulau berkenaan. Yu Jan Shin telah ditubuhkan pada tahun 1966 dan mempunyai hubungan yang mendalam dengan budaya Mazu, satu sistem kepercayaan dan pemujaan buat dewi laut Cina dengan nama yang sama dan salah satu watak yang paling penting dalam budaya rakyat Taiwan. Jenama ini berasal daripada tuah kekayaan yang diberikan oleh Mazu, "Sebuah Sajak Tuah Kekayaan, Enam Gabungan Suci" ("One Fortune Poem, Six Sacred Combinations"), asal usul yang bermula sejak lebih separuh abad yang lalu.

Yu Jan Shin telah mencipta legenda Pastri Mentega di Taiwan. Kerak yang dihasilkan secara eksklusif bersifat tidak padat, berlapis-lapis dan teragih dengan sekata seperti sarang lebah. Krim asli dan inti lembut maltosa yang direneh perlahan meningkatkan rasa dan aroma krim tersebut, memberikan pastri berkenaan rasa manis tetapi tidak berminyak sama sekali. Semakin banyak anda mengunyah, semakin enak rasanya. Dengan kehebatan dalam kemahiran pembuatan yang telah membawa kepada penghasilan kek menggunakan tangan, Pastri Mentega ini menduduki tempat pertama dalam senarai hadiah khusus Yu Jan Shin yang paling popular dalam kalangan pelancong bagi tahun 2019. Bagi penduduk tempatan Taiwan, sekali merasa Pastri Mentega Yu Jan Shin pastinya dapat membangkitkan kenangan nostalgik, sementara itu, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, makanan istimewa ini telah menjadi hadiah khusus yang harus dimakan dan perlu dibeli antara pelancong-pelancong antarabangsa yang melawat Taiwan. Selain daripada Pastri Mentega biasa, Yu Jan Shin telah mencipta beberapa perisa baharu dan luar biasa termasuk susu, bijan hitam, teh hijau dan teh earl grey, kesemuanya telah diterima baik. Bagi memenuhi keperluan tertentu pelancong, pembuat pastri tersebut turut melancarkan Pastri Mentega (Kecil) dan Pastri Mentega (Mini), dua saiz bahagian yang senang dan mudah dibawa.

Kerak pastri yang dihasilkan secara eksklusif daripada Yu Jan Shin bersifat tidak padat dan berlapis-lapis, seperti sarang lebah. Krim asli dan inti lembut maltosa yang direneh dengan perlahan disatukan bagi memberi hasil terbaik kek buatan tangan: pastri mentega yang telah menduduki tempat pertama dalam senarai hadiah khusus yang paling popular daripada Yu Jan Shin dalam kalangan pelancong.
Kerak pastri yang dihasilkan secara eksklusif daripada Yu Jan Shin bersifat tidak padat dan berlapis-lapis, seperti sarang lebah. Krim asli dan inti lembut maltosa yang direneh dengan perlahan disatukan bagi memberi hasil terbaik kek buatan tangan: pastri mentega yang telah menduduki tempat pertama dalam senarai hadiah khusus yang paling popular daripada Yu Jan Shin dalam kalangan pelancong.

Di samping Pastri Mentega yang laris terjual itu, empat hasil ciptaan yang mewah - Kek Nanas Anugerah Emas, Kek Nanas dengan Kuning Telur, Kek Taro dengan Mochi dan Sachima Tidak Digoreng - juga merupakan antara lima yang teratas dalam senarai tersebut. Kek Nanas, pencuci mulut Taiwan tradisional, Yu Jan Shin menggabungkan nanas premium segar yang ditanam di Taiwan yang telah direbus dalam tempoh yang lama untuk melembutkan pulpa dan pektin yang kemudian dijadikan inti. Keseimbangan yang disesuaikan dengan baik antara rasa manis dan masam, berserta dengan aroma krim asli dan cairannya—kerak dengan rasa yang rangup, disatukan bagi menghasilkan Kek Nanas Anugerah Emas yang mengagumkan. Kek Nanas dengan Kuning Telur juga merupakan salah satu snek yang paling popular. Kuning telur yang masin dan dan berisi serta inti nanas yang sedikit masam memberikan makanan istimewa ini keharuman dan kerangupannya, tanpa sebarang kesan minyak. Buat pelawat ke Taiwan, yang terkenal dengan taronya, Kek Taro Yu Jan Shin dengan dua inti tidak harus dilepaskan. Keraknya terdiri daripada sedozen lapisan yang membaluti puri taro yang harum dan lembut serta mochi yang besar diperbuat daripada beras lumat, menonjolkan kekayaan aroma dan tekstur halus puri berkenaan. Berbeza daripada Sachima Goreng yang biasa terdapat dalam pasaran, Sachima Yu Jan Shin dibakar dengan 70% kurang minyak dan mempunyai rasa yang lembut dan tidak berminyak. Aroma telur yang pekat digandingkan dengan pelbagai buah-buahan kering dan kekacang yang sihat menjadikan snek Taiwan klasik ini sebagai salah satu manisan yang perlu dibeli oleh pelancong yang melawat wilayah berkenaan.

Yu Jan Shin memilih nanas keluaran Taiwan yang segar dan premium, merebusnya dalam tempoh yang lama untuk melembutkan pulpa dan pektin yang menjadi intinya, menghasilkan Kek Nanas Anugerah Emas eksklusif - keseimbangan sempurna antara manis dan masam.
Yu Jan Shin memilih nanas keluaran Taiwan yang segar dan premium, merebusnya dalam tempoh yang lama untuk melembutkan pulpa dan pektin yang menjadi intinya, menghasilkan Kek Nanas Anugerah Emas eksklusif - keseimbangan sempurna antara manis dan masam.

Yu Jan Shin berdedikasi untuk menghasilkan pencuci mulut dengan bahan-bahan terpilih selama separuh abad, membawakan barisan hadiah khusus yang pelbagai menggabungkan tradisi dan inovasi

"Dalam 50 tahun yang lalu sejak penubuhannya, Yu Jan Shin sentiasa mematuhi semangat "integriti, tanggungjawab dan keriangan", berkeras untuk menghasilkan pencuci mulut menggunakan tangan dengan bahan-bahan yang asli, berkualiti tinggi dan segar yang diperoleh di kawasan tempatan di Taiwan, tanpa mengira kos yang lebih tinggi, bagi menyakinkan pengguna, kata Chen Yu Hsien, Pengerusi Yu Jan Shin. "Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Yu Jan Shin telah mencipta pencuci mulut yang dibuat sepenuhnya mengikut pelbagai citarasa melalui inovasi yang berterusan, berusaha secara bersungguh-sungguh bagi menjamin kualiti bahan-bahan." Pembuat roti di Yu Jan Shin kini telah mengumpul pengalaman selama tiga generasi, bukan sahaja membolehkan mereka untuk mengekalkan resipi tradisional yang telah dapat bertahan lama, tetapi turut mengekalkan kemahiran hebat yang diperlukan untuk menghasilkan kek pastri krim Taiwan yang telah menjadi suatu legenda, selain kenangan yang sering dikongsikan antara penduduk tempatan pulau berkenaan. Selepas tiga generasi pewarisan, Yu Jan Shin bukan sahaja menjadikan pastri tradisionalnya mampu bersaing mengikut zaman, tetapi turut mencipta suatu legenda dalam penghasilan Pastri Mentega menerusi kemahiran pembuatan mereka yang hebat, menjamin tempat Pastri Mentega antara tradisi ikonik Taiwan.

Selain daripada Pastri Mentega, Kek Nanas Anugerah Emas, Kek Nanas dengan Kuning Telur, Kek Taro dengan Mochi dan Sachima Tidak Digoreng yang klasik dan laris terjual, Yu Jan Shin turut menghasilkan banyak pencuci mulut Cina tradisional yang lain seperti Kek Kuning Telur, Pastri Kacang Mung dan Bijan Hitam, Pastri Kacang Mung dan Daging, Kek Bulan Kastard Momoyama, Nougat dan Kurma Cina & Gula-gula Walnut. Set makanan istimewa yang pelbagai ini popular dalam kalangan pelancong yang melawat Taiwan.

Yu Jan Shin turut menghasilkan beberapa pencuci mulut Cina tradisional yang lain, antaranya, Kek Kuning Telur, Pastri Kacang Mung dan Bijan Hitam, Pastri Kacang Mung dan Daging, Kek Bulan Kastard Momoyama, Nougat serta Kurma Cina & Gula-gula Walnut, kesemuanya terbukti amat popular dalam kalangan pelancong.
Yu Jan Shin turut menghasilkan beberapa pencuci mulut Cina tradisional yang lain, antaranya, Kek Kuning Telur, Pastri Kacang Mung dan Bijan Hitam, Pastri Kacang Mung dan Daging, Kek Bulan Kastard Momoyama, Nougat serta Kurma Cina & Gula-gula Walnut, kesemuanya terbukti amat popular dalam kalangan pelancong.

Yu Jan Shin memiliki dan mengendalikan 14 buah kedai di seluruh Taiwan, dengan kedai utama di Dajia, Taichung, berhampiran Tokong Jenn Lann. Sesuatu yang tidak boleh dilepaskan untuk pelancong yang melawat Taichung ialah lawatan ke tokong Mazu yang berusia 200 tahun, yang mana mereka dapat mengalami budaya agama tradisional Taiwan dan Pastri Mentega yang enak. Kedai di pasar malam Raohe, salah satu pasar malam yang paling sibuk di Taipei serta pasar malam di Taipei 101 merupakan tempat perniagaan di Taiwan yang paling ramai dikunjungi oleh pelancong asing. Apabila anda berkunjung lagi ke Taiwan, jangan lupa untuk membeli sekotak hadiah khusus yang dipenuhi dengan rasa Taiwan yang tidak dapat dilupakan buat keluarga dan rakan taulan anda di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan Taiwan apabila anda meninggalkan Taiwan!

Laman sesawang rasmi: http://www.yjs.com.tw

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200108/2685768-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200108/2685768-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200108/2685768-1-c?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200108/2685768-1-d?lang=0

Source: Yu Jan Shin
Related Links:
Keywords: Food/Beverages Retail Travel Survey, Polls & Research