omniture

Loji Kuasa Huaneng Dongfang: Pintar sudah Tiga Tahun, Masih Terus Mantap

Huawei
2020-01-22 16:12 363

HAIKOU, China, 22 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Tiga tahun yang lalu, Huaneng Company dan Huawei bersama-sama mendigitalkan Loji Kuasa Dongfang. Sebagai projek PV pertama yang didigitalkan, berbaloi untuk mengimbau kembali bagi melihat bagaimana teknologi baharu ini telah meningkatkan prestasi.

Huaneng Dongfang Power Plant: Intelligent for Three Years, Still Going Strong
Huaneng Dongfang Power Plant: Intelligent for Three Years, Still Going Strong

20% Hasil Tenaga Lebih Tinggi

Projek ini dimulakan pada 30 Jun 2016 untuk penjanaan kuasa terikat-grid. Ia menerima pakai modul PV monohabluran 280 Wp, seperti yang dinyatakan dalam Program Penggerak Utama PV (PV Top Runner Program) dan Penyelesaian PV Pintar Huawei. Projek ini mendorong fenomena pendigitalan dan pememintaran loji PV. Sejak loji kuasa Huaneng Hainan Clean Energy diperkayakan dengan keupayaan pintar, hasil tenaga dan penunjuk Operasi dan Penyelenggaraan (O&M) telah melonjak ke tahap bersejarah.

Pada tahun 2017, apabila jam penggunaan diwujudkan untuk mencecah 1319, jam penggunaan komprehensif yang sebenar mencecah 1483, melebihi nilai yang dirancang sebanyak 12.43%. Dalam tahun yang sama, tenaga pada-grid ialah 19.14 juta kWj, 19.77% lebih tinggi berbanding hasil tenaga yang dirancang (15.98 juta kWj), dengan purata nisbah prestasi (PR) tahunan mencecah 84.58%.

Pada tahun 2018, tenaga pada-grid mencecah 19.05 juta kWj, dengan 1476.7 jam penggunaan dan PR mencecah 84.43%.

Pada tahun 2019, tenaga pada-grid meningkat kepada kira-kira 20.56 juta kWj, dengan jam penggunaan mencecah 1594.07, manakala PR mencecah 85.3%, angka yang utama dalam industri.

Loji Kuasa Dongfang Huaneng Hainan Power Inc. diiktiraf sebagai loji PV tahap-5A selama dua tahun berturut-turut, iaitu pada tahun 2017 dan 2018, menurut penilaian kebangsaan dan penunjuk statistik utama. Purata PR tahunan loji tersebut melebihi 84.43% dan kadar kegagalan menghampiri sifar sepanjang tempoh tiga tahun. Di samping itu, hasil tenaga tahunan melebihi nilai yang dirancang kira-kira sebanyak 20%.

Tahun 2019 menyaksikan pencapaian penting yang utama. Sinaran solar tahunan Loji Kuasa Huaneng Dongfang berjulat daripada 502 x 104 kJ/m2 hingga 586 x 104 kJ/m2, namun ia masih dapat menjana 20.56 juta kWj kuasa dalam setahun, dengan 1594 jam penggunaan, suatu prestasi yang mencatat rekod.

Tujuh Teknologi di sebalik Hasil Tenaga yang Melonjak Naik  

Maka, mengapakah hasil tenaga daripada Loji Kuasa Huaneng Dongfang terus meningkat naik? Jawapannya terletak pada tujuh teknologi utama ini.

1.  Berbilang MPPT untuk Memastikan Hasil Tenaga Tinggi

Ketakpadanan modul PV biasanya disebabkan oleh pelemahan modul PV, arah dan teduhan pada waktu pagi dan ketika matahari terbenam. Di Hainan, modul PV mungkin tidak sepadan lantaran teduhan yang disebabkan oleh awan dan najis burung serta kesan air pada modul PV berikutan hujan lebat. Semua ini menyumbang kepada penurunan hasil tenaga dengan ketara.

Bagi menangani masalah tersebut, projek ini menggunakan penyongsang rentetan pintar Huawei. Penyelesaian ini melibatkan penyambungan dua rentetan kepada litar MPPT tunggal dan mengkonfigurasi setiap megawatt dengan 80 MPPT. Apabila dibandingkan dengan penyongsang pusat, teknologi Huawei meminimumkan ketakpadanan rentetan PV, lalu meningkatkan kecekapan sistem dengan ketara.

2.  Julat Voltan Operasi Luas untuk Lanjutkan Masa Penjanaan Kuasa

Memandangkan MPPT rentetan PV membawakan julat voltan operasi yang luas, ini seterusnya membolehkan masa operasi yang lebih panjang untuk penyongsang solar, melanjutkan masa penjanaan kuasa dan meningkatkan lagi kecekapan keseluruhan loji kuasa.

Penyongsang rentetan pintar Huawei menggunakan topologi dwikutub yang membolehkan voltan output setiap modul PV melalui litar rangsangan voltan DC. Apabila voltan input DC rendah, voltan dapat ditingkatkan untuk memenuhi keperluan kapasitor bas. Oleh itu, voltan operasi MPPT boleh berjulat daripada 200 V hingga 1000 V. Sebaliknya, penyongsang pusat menggunakan topologi ekakutub dan voltan operasi MPPT hanya berjulat daripada 520 V hingga 1000 V. Oleh itu, penyongsang rentetan pintar Huawei boleh berfungsi dalam tempoh yang lebih lama dan menjana lebih banyak kuasa.

3.  Tiada Fius

Huaneng Dongfang Power Plant: Intelligent for Three Years, Still Going Strong
Huaneng Dongfang Power Plant: Intelligent for Three Years, Still Going Strong

+ Tiada Komponen Mudah Terjejas = Bebas O&M

Kesederhanaan ialah prinsip yang penting dalam reka bentuk PV pintar. Reka bentuk perangkaian yang ringkas memberikan titik kerosakan yang lebih sedikit dan kebarangkalian kerosakan yang lebih rendah dalam seluruh sistem. Loji Kuasa Huaneng Dongfang telah beroperasi selama tiga setengah tahun dan mengekalkan kadar kegagalan hampir sifar meskipun dalam persekitaran suhu tinggi yang panas, dicirikan juga oleh kabus garam yang tinggi. Ketersediaan penyongsang rentetan Huawei telah disahkan mencecah 99.996%, menurut ujian di lapangan yang dijalankan oleh TÜV.

Sebelum pelancarannya, penyongsang solar Huawei dilaporkan perlu melepasi lebih daripada 1400 ujian yang dijalankan oleh Pusat Pematuhan dan Pengujian Global (GCTC) bagi mengambil kira senario bermula dengan kabus garam dan kotoran basah yang mengkakis kepada panahan petir dan persekitaran altitud tinggi, dengan suhu bermula daripada –60°C hingga +100°C, bagi memastikan operasinya yang stabil dalam pelbagai jenis persekitaran yang tidak menggalakkan. Reka bentuk yang ringkas menjamin agar loji PV kekal andal dalam tempoh jangka panjang.

4.  Teknologi Anti-PID Cegah Kehilangan dan Jamin Keselamatan.

Loji Kuasa Huaneng Dongfang terletak hanya 220 m dari pantai. Oleh itu, modul PV terus beroperasi dalam persekitaran suhu tinggi dan dengan kelembapan tinggi, yang mana degredasi teraruh berpotensi (PID) untuk lebih kerap berlaku.  

Bagi menangani cabaran ini, modul anti-PID diletakkan dalam kotak komunikasi. Ia melaraskan voltan output secara automatik mengikut voltan penyongsang solar dan menyuntik voltan antara wayar fasa dan kabel tanah daripada titik neutral maya AC untuk mengimbangi voltan antara PV– dan darat, seraya mengelakkan PID daripada menjejaskannya.

Lebih penting, teknologi penyekatan PID yang terkini daripada Huawei menggunakan teknologi proprietari untuk membina titik neutral maya melalui litar penyongsang solar. Dibandingkan dengan penyelesaian tradisional yang menggunakan perintang atau induktor bagi membina titik neutral, teknologi penyekatan PID Huawei menonjolkan penaiktarafan utama, mengurangkan kehilangan imbangan dan menjadikan proses imbangan lebih selamat. Keputusannya ialah hasil tenaga yang dipertingkat sebanyak lebih 2% dan sokongan untuk tatasusunan lebih besar iaitu sebanyak lebih 5 MW.

5.  Pengurangan Kos dengan Penggantian RS485 dan Gentian Optik Dengan PLC dan 4G Tanpa Wayar.

Untuk pemindahan komunikasi, Loji Kuasa Huaneng Dongfang menggunakan PLC bagi menggantikan RS485, mengurangkan pelaburan yang diperlukan untuk penempatan dan pembinaan kabel komunikasi. Di samping itu, rangkaian persendirian 4G tanpa wayar telah menggantikan gentian optik.

Dengan mengaplikasikan teknologi ini, penempatan dan penjayaan boleh disempurnakan dalam masa dua minggu, tanpa perlu mengorek parit atau menanam kabel optik. Loji PV tunggal dapat meliputi maksimum 10 km2 di darat, mendayakan penempatan yang lebih pantas dan O&M bergerak. Walaupun loji kuasa ini terletak di kawasan terpencil dengan isyarat rangkaian awam yang lemah, isyarat untuk rangkaian persendirian tanpa wayar adalah tangkas, lalu memastikan komunikasi di lapangan yang andal. Kakitangan O&M berupaya untuk menggunakan terminal tanpa wayar untuk membuat panggilan video dengan bilik kawalan pusat.

Huaneng Dongfang Power Plant: Intelligent for Three Years, Still Going Strong
Huaneng Dongfang Power Plant: Intelligent for Three Years, Still Going Strong

6.  Analisis Kadar Diskret untuk Kenal Pasti Kerosakan

Analisis kadar diskret berperanan sebagai alatan berkuasa untuk meningkatkan kecekapan O&M. Dalam projek ini, analisis kadar diskret digunakan untuk mengesan dengan tepat rentetan PV yang rosak, yang memudahkan pemeriksaan di lapangan oleh kakitangan O&M. Menerusi analisis ini, kakitangan berupaya untuk membaiki rentetan PV berkecekapan rendah pada masa yang tepat, menjamin agar setiap rentetan PV dalam loji kuasa kekal bebas daripada kerosakan untuk tempoh waktu yang lama.

Setakat ini, projek-projek yang telah menerima pakai teknologi ini telah melebihi 20 GW. Aplikasi kadar diskret bagi menyelesaikan kerosakan di lapangan telah membantu menjamin operasi loji PV yang stabil.

7.  Smart I-V Curve Diagnosis untuk Tentukan Punca Kerosakan dengan Kawalan Jauh

Smart I-V Curve Diagnosis telah terbukti amat berkesan apabila dilaksanakan di Loji Kuasa Huaneng Dongfang. Pengimbasan untuk kerosakan rentetan PV bagi loji PV 12.9 MW dengan 1920 rentetan PV, boleh disiapkan dalam 4 minit, seperti bintik panas, rekahan dan litar pintas diod, lalu mendayakan penyelesaian masalah di lapangan yang tepat. Pengesanan boleh dilakukan secara dalam talian dan laporan pengesanan dihasilkan secara automatik apabila kerosakan dikesan. O&M yang pernah memerlukan masa berbulan-bulan lamanya untuk siap, kini dapat dipenuhi dalam hanya beberapa minit.

Huaneng Dongfang Power Plant: Intelligent for Three Years, Still Going Strong
Huaneng Dongfang Power Plant: Intelligent for Three Years, Still Going Strong

Pada tahun 2019, Smart I-V Curve Diagnosis dinaik taraf kepada versi 3.0 dan semua rentetan PV untuk loji PV 100 MW kini dapat dikesan dalam 15 minit. Selain itu, teknologi AI dan pembelajaran mesin disepadukan untuk menggabungkan pengalaman Smart I-V Curve Diagnosis dan mengoptimumkan model-model kerosakan. Sehingga kini, Smart I-V Curve Diagnosis Huawei telah diaplikasikan kepada lebih 5 GW pemasangan dan telah meraih pengiktirafan atas prestasinya. Huawei juga merupakan satu-satunya vendor diperakui TÜV yang memberi ketepatan diagnosis dengan darjah ketepatan yang tinggi.

Setelah selesainya projek tersebut, Huaneng terus menjalin kerjasama dengan Huawei untuk projek-projek PV pintar dengan jumlah skala melebihi 1 GW dan menggunakan lebih 80% daripada projek-projek tersebut dalam Sistem Pengurusan FusionSolar. Pada 8 Ogos 2019, Huaneng Group dan Huawei menandatangani perjanjian kerjasama strategik bagi tujuan pemeteraian perkongsian jangka panjang untuk menggalakkan penyepaduan teknologi AI yang selanjutnya dalam loji PV dan memudahkan kemajuan teknologi yang seterusnya untuk pembinaan loji PV penanda aras dalam era pariti grid.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200120/2696817-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200120/2696817-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200120/2696817-1-c?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200120/2696817-1-d?lang=0

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities